Kalkulator Zakat

Untuk negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

header detail header detail

Penafian:
Ini adalah anggaran pengiraan zakat pendapatan dan zakat harta. Sesiapa yang memiliki pendapatan/harta di bawah kadar Nisab dikecualikan daripada membayar zakat ini.

Sila rujuk Lembaga Zakat anda untuk pengiraan yang lebih tepat.

Pendapatan

Jumlah

RM 0

RM
RM 0
RM
RM 0
RM
RM 0

Potongan

Jumlah

RM 0

RM 11,300.00
RM 0
RM 0

Soalan Lazim – Zakat di Malaysia

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam kelima yang diwajibkan ke atas orang yang beragama Islam untuk menunaikannya. Terdapat dua jenis zakat yang perlu dibayar oleh seorang Muslim. Yang pertama adalah zakat harta dan yang kedua adalah zakat fitrah yang wajib dibayar apabila tibanya bulan Ramadhan.

  • 1. Kewajipan untuk membayar Zakat Harta

    Setiap muslim yang memiliki harta diwajibkan untuk membayar 2.5% daripada nilai harta mereka sebagai zakat. Zakat Harta merangkumi harta bernyawa dan tidak bernyawa. Ini termasuklah dalam bentuk pendapatan, simpanan, emas, binatang ternakan, dan juga saham syarikat.

    Terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang Muslim tersebut diwajibkan untuk membayar zakat. Yang pertama adalah jika pemilikan harta tersebut dimiliki oleh tuannya dalam tempoh satu tahun (1 tahun kalendar Islam). Ini bermaksud, seseorang Muslim tersebut hanya perlu membayar zakat jika harta tersebut telah dimiliki selama tempoh satu tahun.

    Yang kedua adalah jika harta yang dimiliki melebihi kadar Nisab. Kadar Nisab adalah jumlah minimum harta yang perlu dimiliki sebelum seseorang Muslim tersebut diwajibkan untuk membayar zakat. Ini adalah bertujuan untuk meringankan beban bagi mereka yang mempunyai harta yang sedikit.

    Kadar Nisab adalah berbeza setiap tahun dan terikat dengan nilai semasa emas. Kadar Nisab ditetapkan oleh Lembaga Zakat berdasarkan nilai purata 85g emas mengikut tahun sebelumnya.

    Kadar Nisab semasa adalah RM13,490.00 di Selangor dan RM13,968 di Wilayah Persekutuan.

  • 2. Zakat Harta

    Pendapatan dan Simpanan

    Zakat pendapatan dan simpanan merujuk kepada segala jenis pendapatan dan simpanan.

    Pendapatan adalah termasuk gaji, harta pusaka, pekerjaan bebas, dan pendapatan pasif seperti duit sewa dan perkongsian dividen. Simpanan pula adalah termasuk akaun deposit tetap, simpanan EPF, dan juga wang tunai di tangan.

    Potongan untuk kos sara hidup dibenarkan di bawah zakat pendapatan dan simpanan. Jumlah potongan ditetapkan oleh Lembaga Zakat negeri masing-masing yang memberikan nilai potongan yang berbeza. Sila rujuk Lembaga Zakat negeri anda untuk maklumat lanjut.

    Untuk pengetahuan anda, kalkulator zakat iMoney menggunakan maklumat terkini dari Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

    Emas dan Perak

    Zakat emas dan perak adalah sama seperti harta tetapi sedikit berlainan. Sebarang pelaburan yang melibatkan emas dan perak juga perlu diambil kira sebagai pembayaran zakat. Ini termasuklah pelaburan di mana emas disimpan oleh pihak ketiga dan emas yang disimpan di rumah.

    Barang kemas dibahagi kepada dua kategori: yang pertama adalah barang kemas yang dipakai setiap hari dan barang kemas yang disimpan sama ada sebagai pelaburan, barang pusaka atau pun barang kemas yang tidak dipakai.

    Barang kemas yang tidak dipakai perlu dibayar zakat kerana barang kemas tersebut tersebut dikira sebagai nilai keseluruhan harta anda.

    Manakala, barang kemas wanita yang dipakai setiap hari tidak dikira sebagai nilai keseluruhan harta. Walaupun tiada penjelasan tentang barang kemas harian, kebiasaannya barang kemas harian merujuk kepada apa-apa barang kemas yang diguna; walaupun ianya dibeli untuk hari atau peristiwa istimewa.

    Walau bagaimanapun, Islam tidak menggalakkan hidup secara berlebih-lebihan dan terdapat had (uruf) untuk jumlah barang kemas yang boleh digunakan. Sekiranya anda memiliki barang kemas melebihi nilai uruf, itu bermaksud anda perlu membayar zakat, tidak kiralah jika ianya digunakan atau pun tidak.

     

    Zakat Fitrah

    Ini merupakan zakat yang perlu dibayar semasa bulan Ramadan, sebelum hari pertama Syawal. Ini merupakan zakat yang berlainan daripada zakat harta yang anda bayar.

    Nilai Zakat Fitrah ditetapkan oleh Lembaga Zakat negeri masing-masing setiap tahun. Orang Muslim perlu membayar Zakat Fitrah apabila bermulanya bulan Ramadan dan sebelum solat Aidilfitri pada hari pertama bulan Syawal.

  • 3. Bila zakat perlu dibayar?

    Orang Muslim perlu membayar zakat sekiranya nilai harta mereka melebihi Kkadar Nisab. Pembayaran ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan tidak mempunyai tarikh tamat tempoh. Jika anda tidak ingat tarikh nilai harta anda melebihi kadar Nisab, anda digalakkan untuk membuat anggaran dan mengikut tarikh anggaran tersebut setiap tahun.

  • 4. Dimana zakat perlu dibayar?

    Mereka yang menetap di Selangor boleh membuat pembayaran zakat melalui sistem eZakat Pay. Sistem ini adalah 100% dalam talian yang menawarkan pembayaran melalui perbankan dalam talian dan kad kredit.

    Bagi mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan pula, ada beberapa pilihan pembayaran. Terdapat beberapa kaunter Pusat Pungutan Zakat yang terletak di Kuala Lumpur dan satu di Labuan. Zakat juga boleh dibayar melalui laman web PPZ melalui perbankan dalam talian.

    Anda juga boleh membayar zakat melalui potongan gaji oleh majikan anda.

  • 5. Rebat Cukai

    Orang Muslim yang membayar zakat harta dibenarkan untuk menebus potongan cukai semasa memfailkan cukai pendapatan mereka. Ini untuk mengelakkan mereka daripada dikenakan cukai berganda dalam tahun kalendar yang sama. Juga, resit pembayaran haruslah disimpan sebagai bukti bahawa zakat tersebut telah dibayar kepada badan kerajaan yang diiktiraf.