iMoney × FINTOS | Rakan Rasmi Penilaian Pinjaman Rumah

Layak Lebih. Bayar Kurang. BUKA POTENSI PINJAMAN RUMAH MAKSIMUM ANDA.

Ramai yang tertanya-tanya — "Berapa saya layak? Bank mana yang terbaik? Macam mana nak dapatkan kadar paling rendah?" FINTOS ada jawapannya. Dapatkan Penilaian Profesional Percuma untuk menilai kredibiliti anda, memaksimumkan margin pinjaman, dan mendapatkan kadar faedah serendah 3.50% setahun.

header detail header detail
  • Margin Pinjaman? Kami Naikkan.

    Dengan profiling pintar FINTOS, margin pinjaman anda boleh mencapai sehingga 120% — cukup untuk tampung kos guaman, setem, dan pendahuluan.

  • KELULUSAN LEBIH CEPAT, BEBAS MASALAH

    Lupakan kaunter bank dan dokumen berlonggok. FINTOS tahu apa yang bank mahukan, dan pastikan permohonan anda tepat dari awal.

  • DAPATKAN KADAR FAEDAH YANG LEBIH RENDAH

    Bukan anda yang kejar bank — tapi bank yang bersaing dapatkan anda. Kami padankan profil anda dengan institusi terbaik untuk kadar paling kompetitif.

  • PENILAIAN PERCUMA YANG MENYELURUH

    Analisis mendalam tentang Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) dan kesihatan kredit anda tanpa komitmen.

Product Current Estimate Rate
(Based on current SBR = 2.75%)
AIA Fixed Rate Mortgage
AIA Fixed Rate Mortgage
2.25% Apply
Maybank Islamic Commodity Murabahah Home Financing-i
Maybank Islamic Commodity Murabahah Home Financing-i
1.15% Apply
Bank Muamalat Home Financing-i
Bank Muamalat Home Financing-i
1.3% Apply
HSBC Amanah HomeSmart-i
HSBC Amanah HomeSmart-i
1.2% Apply
Public Islamic Bank Home Equity Financing-i
Public Islamic Bank Home Equity Financing-i
0.85% Apply
Standard Chartered MortgageOne Housing Loan
Standard Chartered MortgageOne Housing Loan
1.15% Apply
HSBC HomeSmart
HSBC HomeSmart
1.2% Apply
OCBC Home Loan
OCBC Home Loan
1.2% Apply
Standard Chartered Malaysia Saadiq My Home-i
Standard Chartered Malaysia Saadiq My Home-i
1.15% Apply
CIMB Islamic Flexi Home Financing-i
CIMB Islamic Flexi Home Financing-i
1.35% Apply
Affin Bank Home Loan
Affin Bank Home Loan
1.2% Apply
Alliance ONE Account
Alliance ONE Account
1.5% Apply
Alliance Islamic Bank Mortgage-i
Alliance Islamic Bank Mortgage-i
1.5% Apply
Hong Leong Islamic Bank Home Financing-i
Hong Leong Islamic Bank Home Financing-i
0.8% Apply
MBSB Bank Property Financing-i
MBSB Bank Property Financing-i
1.01% Apply
Maybank Home Loan
Maybank Home Loan
1.15% Apply
Affin Islamic Bank Home Financing-i
Affin Islamic Bank Home Financing-i
1.2% Apply
OCBC Al Amin Financing Manarat Home-i
OCBC Al Amin Financing Manarat Home-i
1.2% Apply
RHB Home Financing
RHB Home Financing
0.8% Apply
UOB Malaysia Intelligent Home Loan
UOB Malaysia Intelligent Home Loan
1.2% Apply
Al Rajhi Home Financing-i
Al Rajhi Home Financing-i
0.9% Apply
RHB Islamic Home Financing-i
RHB Islamic Home Financing-i
0.8% Apply
Alliance Bank Conventional Home Financing
Alliance Bank Conventional Home Financing
1.5% Apply
Bank Rakyat Home Financing-i
Bank Rakyat Home Financing-i
1.6% Apply
BSN MyHome-i (Residential Property)
BSN MyHome-i (Residential Property)
0.9% Apply
Bank Islam Baiti Home Financing-i
Bank Islam Baiti Home Financing-i
1.25% Apply
Maybank Islamic HouzKEY
Maybank Islamic HouzKEY
1.15% Apply
Hong Leong Bank Home Loan
Hong Leong Bank Home Loan
0.8% Apply
Bank Of China Malaysia Flexi Housing Loan
Bank Of China Malaysia Flexi Housing Loan
0.8% Apply
AmBank Islamic Home Financing-i
AmBank Islamic Home Financing-i
1.2% Apply
Public Bank 5 HOME Plan
Public Bank 5 HOME Plan
0.85% Apply
CBP Home Financing-i Al-Amali
CBP Home Financing-i Al-Amali
1.45% Apply
AmBank Home Loan
AmBank Home Loan
1.2% Apply
CIMB Home Loan
CIMB Home Loan
1.35% Apply
Alliance ONE Account Islamic Financing
Alliance ONE Account Islamic Financing
1.5% Apply
Rates are for illustration purposes and subject to bank approval

FAQs

  • iMoney ialah platform perbandingan kewangan nombor 1 Malaysia. Kami telah melantik FINTOS Advice Consultancy — pakar kewangan berlesen — sebagai rakan penilaian pinjaman rumah rasmi kami. Maknanya, anda bukan sekadar bandingkan kadar. Anda dapat pakar yang betul-betul bantu susun profil dan pastikan anda dapat tawaran terbaik dari bank.

  • Betul-betul percuma. Penilaian DSR, semakan kredit, dan analisis profil awal anda — semuanya tanpa kos. Dan yang penting, ia adalah ‘semakan lembut’ yang tidak tinggalkan sebarang kesan pada rekod CCRIS rasmi Bank Negara anda. Anda boleh semak dengan tenang, tanpa risiko.

  • Ketelusan adalah nilai teras kami. Penilaian awal sentiasa percuma. Kalau anda memilih untuk beri mandat kepada FINTOS untuk uruskan keseluruhan proses — dari negosiasi bank hingga kelulusan pinjaman — yuran perundingan profesional akan dibentangkan dan dipersetujui bersama anda sebelum apa-apa tindakan diambil. Tiada kejutan, tiada caj tersembunyi. Bagi pinjaman itu sendiri, duti setem dan yuran guaman standard akan dikenakan — tapi FINTOS sering bantu cover kos ni melalui margin pinjaman yang lebih tinggi.

  • Boleh. Penolakan bukan bermakna anda tidak layak selamanya — ia bermakna profil kredit sebelum ni tidak cukup kuat. Penasihat FINTOS akan kenal pasti punca sebenar penolakan itu dan susun semula profil kewangan anda — termasuk gabungkan hutang sedia ada jika perlu — supaya permohonan seterusnya lebih kukuh dan bertepatan dengan kriteria bank yang dipilih.

  • Ada. Sistem bank konvensional memang kerap menolak secara automatik berdasarkan isu-isu sebegini. Tapi FINTOS menilai setiap kes secara individu Kami membantu individu yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan dan berusaha untuk merangka penyelesaian yang yang praktikal: sama ada melalui pelan penyatuan hutang, penyusunan semula kewangan, atau strategi lain yang sesuai dengan situasi anda.

  • Boleh. Pemohon yang bekerja sendiri layak jika ada bukti pendapatan yang konsisten — penyata bank, rekod cukai, atau akaun perniagaan. Penasihat FINTOS pakar dalam membantu pemilik perniagaan dan individu yang bekerja sendiri menyusun dan mengatur dokumentasi mereka untuk memenuhi penilaian bank yang ketat.

  • DSR adalah peratusan jumlah bayaran hutang bulanan anda berbanding pendapatan bersih. Kebanyakan bank mahu DSR di bawah 60–70% sebelum luluskan pinjaman. Semakin rendah DSR anda, semakin tinggi margin yang bank sanggup beri. Penasihat FINTOS pakar membuat analisis dan akan mencadangkan cara terbaik untuk optimumkan DSR anda sebelum membuat pemohonan kepada bank.

  • Selain harga rumah, anda perlu sediakan lebih kurang: 10% bayaran pendahuluan, yuran guaman (SPA, Perjanjian Pinjaman, Pertukaran Hakmilik), duti setem, yuran penilaian hartanah, dan premium insurans MRTA atau MLTA. Kelebihan FINTOS: Kami bantu dapatkan margin pinjaman sehingga 120% — maknanya kos-kos ini boleh dicover dalam pinjaman anda sendiri, tanpa perlu keluarkan duit tunai lebih.

  • Tempoh maksimum untuk pinjaman rumah bank komersial di Malaysia adalah 35 tahun, atau sehingga peminjam mencapai umur 70 tahun — yang mana lebih awal dahulu. Tempoh yang lebih panjang bermakna ansuran bulanan lebih rendah, tapi jumlah faedah lebih tinggi. FINTOS bantu anda cari keseimbangan terbaik.

    • Pinjaman Flexi — paling fleksibel. Bayar lebih bila ada lebihan, dan boleh tarik balik lebihan itu bila-bila masa.
    • Semi-Flexi — boleh bayar lebih untuk kurangkan faedah, tapi nak tarik balik perlu notis dan mungkin ada yuran.
    • Pinjaman Berjangka — struktur tetap. Bayaran sama setiap bulan, kurang fleksibel tapi mudah urus.

    FINTOS bantu anda pilih struktur yang paling sesuai dengan tabiat kewangan anda.

  • Pinjaman konvensional kenakan faedah atas baki prinsipal yang tertunggak. Pinjaman Islam pula guna kontrak berasaskan untung seperti Tawarruq atau Murabahah — patuh Syariah, tanpa faedah dalam erti kata konvensional. Bayaran bulanan kedua-duanya hampir sama, tapi struktur undang-undang berbeza. Yang mana lebih baik? Bergantung pada nilai peribadi dan syarat bank. FINTOS bantu anda compare kedua-dua dan pilih yang terbaik.

  • Dengan dokumen yang lengkap, penilaian awal FINTOS dan kelulusan-dalam-prinsip boleh siap dalam masa 1–2 hari bekerja. Kelulusan rasmi bank biasanya ambil masa 3–7 hari bekerja untuk kelulusan bersyarat, dan 2–4 minggu untuk dokumentasi penuh bergantung kepada bank yang dipilih. FINTOS pantau setiap langkah supaya tiada kelewatan yang tidak perlu.

  • Anda tidak akan dibiarkan dalam kegelapan. Kami akan memberikan kemas kini berterusan mengenai status permohonan anda terus ke nombor telefon bimbit berdaftar anda. Anda juga boleh menyemak terus dengan penasihat kewangan FINTOS yang ditetapkan khusus untuk anda pada bila-bila masa.

  • Beberapa perkara mudah yang boleh buat bezaan besar: jaga rekod kredit, kurangkan hutang tanpa cagaran, elak hantar permohonan ke banyak bank serentak (boleh jejaskan skor), dan pastikan dokumen lengkap. Tapi cara paling berkesan? Cara terbaik mutlak untuk meningkatkan peluang anda adalah dengan menggunakan penilaian percuma iMoney × FINTOS untuk mendapatkan pakar menyusun permohonan anda sebelum bank melihatnya.

Rumah Impian Anda Menunggu.

Ribuan rakyat Malaysia dah mengambil langkah pertama. Giliran anda.