Mengapa Kad Kredit CIMB?
Dapatkan kad kredit CIMB yang sesuai dengan keperluan anda. Bergantung kepada perbelanjaan anda, terdapat kad yang menawarkan rebat tunai untuk perbelanjaan perjalanan, restoran, hiburan dan beli-belah! Untuk pembeli-belah atas talian, CIMB Kad Cash Rebate Platinum menawarkan rebat tunai sehingga 5% untuk transaksi atas talian. CIMB Touch-n-Go dan siri Petronas boleh memberi rebat tunai sehingga 5% untuk perbelanjaan petrol.
Kad CIMB Touch-n-Go membenarkan anda menambah nilai dengan cara yang anda gemar. Penerbang kerap boleh mendapat Enrich Miles dengan setiap pembelian beli-belah dan boleh mendapat penerbangan percuma ke destinasi idaman anda dengan siri kad CIMB Enrich. Dengan Kad Cash Rebate Platinum, anda boleh mendapat diskaun tambahan 20% pada tiket penerbangan yang dibeli dan diskaun untuk tiket wayang. Anda boleh mendapat sehingga 2x mata apabila anda menggunakan Kad CIMB World MasterCard, Visa Signature atau Infinite untuk pembelian di luar negara dan menikmati faedah pelan pembayaran ansuran 0% di semua kedai niaga yang terlibat. CIMB menawarkan pemindahan baki yang menarik untuk kesemua kad mereka, dengan faedah serendah 0% untuk 6 bulan tanpa yuran tahunan.
Kad Kredit CIMB termasuk kemudahan pemindahan baki di mana pemegang kad dibenarkan untuk melakukan pemindahan secara penuh atau sebahagian (tertaluk pada jumlah pemindahan minimum) baki tertunggak dari akaun kad kredit dari mana-mana bank ke dalam akaun kad kredit CIMB.
CIMB menawarkan tempoh pemindahan 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan tanpa yuran pendahuluan sekali sahaja. Kadar faedah untuk pemegang kad kredit CIMB adalah 10% setahun (tempoh 12 bulan), 11% setahun (tempoh 18 bulan) dan 12% setahun (tempoh 24 bulan) tetapi pemilik kad baru akan menikmati faedah 0% untuk 6 bulan pertama. Jumlah pemindahan minimum sebanyak RM1,000 diperlukan.