-
Gaji Min. Sebulan
RM4,000.00
-
Kadar Faedah
15% p.a.
-
Pindahan Baki
5.99% p.a.
-
Yuran Tahunan
Percuma
Ciri-ciri Terutama
- Perolehi sehingga 5% rebat tunai petrol di semua stesen petrol PETRONAS
- Terima diskaun dan rebat tunai di kedai niaga yang terlibat
Petrol
- 5% rebat tunai bagi minggu pertama setiap bulan
- 2% rebat tunai bagi lain-lain
- 0.5% rebat tunai sebulan di petrol stesen lain
Groceries
- 2% rebat tunai sebulan di semua kedai runcit Mesra
- 0.5% rebat tunai sebulan di semua kedai runcit lain
Dining
- 0.5% rebat tunai sebulan
Shopping
- 0.5% rebat tunai sebulan
Utilities
- 0.5% rebat tunai sebulan
Ciri-ciri tambahan
Diskaun sehingga 20% bagi transaksi runcit di kedai niaga yang terlibat
10% rebat tunai bagi servis kereta di mana-mana Pusat Servis Perodua
Faedah Pelan Bayaran Mudah 0% selama 10 bulan bagi bayaran pendahuluan kereta Perodua baru
Kad CIMB Touch ‘n’ Go Zing percuma bagi semua pemegang kad baru
Pindahan Baki
- Jumlah minimum pindahan: RM1,000
- [Pelan A]: 5.99% p.a bagi tempoh 6 bulan
[Pelan B]: 7.99% p.s bagi tempoh 12 bulan
Pelan Ansuran
- Faedah Pelan Pembayaran Ansuran 0% di semua kedai niaga yang terlibat
Informasi Kad
Yuran Tahunan | Percuma |
Gaji minima sebulan | RM4,000.00 |
Had umur pemegang kad utama | 21 |
had umur pemegang kad supplementary | 18 |
Yuran Kad Tambahan | Percuma seumur hidup |
Kadar Faedah | 15% setahun – bayaran tepat pada masanya untuk 12 bulan |
17% setahun – bayaran tepat pada masanya untuk sekurang-kurangnya 10 bulan daripada 12 bulan |
|
18% setahun – jika syarat-syarat di atas tidak dipenuhi |
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) | 0% atas yuran tahunan dan caj lain |
Caj bayaran lewat | RM10 atau 1% dari baki tertunggak (mana-mana yang lebih tinggi), caj maksimum sehingga RM100 |
Amaun pengeluaran tunai | 80% daripada had kredit |
Caj pengeluaran tunai | RM15 atau 5% dari jumlah pendahuluan tunai (mana-mana yang lebih tinggi) |
Faedah pengeluaran tunai | 18% setahun dari jumlah pendahuluan tunai |
Had Cashback | Tiada |
Pelupusan mata ganjaran | Tiada |
Review Produk dari 
Dapatkan Rebat Tunai untuk Petrol!
Dapatkan sehingga 5% rebat tunai petrol di semua stesen petrol Petronas bagi minggu pertama setiap bulan dengan CIMB Kad Platinum Petronas. Selain itu, anda juga memperolehi 2% rebat tunai bagi transaksi lain-lain. Di samping itu, dapatkan 2% rebat tunai sebulan di semua kedia runcit Mesra dan diskaun sehingga 20% bagi transaksi runcit di kedai niaga yang terlibat. 10% rebat tunai bagi servis kereta di mana-mana Pusat Servis Perodua dan faedah pelan bayaran mudah 0% selama 10 bulan bagi bayaran pendahuluan kereta Perodua baru mempersembahkan kad ini ideal untuk sesiapa yang berminat untuk membeli sebuah kereta Perodua baru. Tambahan pula, kad CIMB Touch ‘n’ Go Zing juga akan dihadiahkan. Kad ini bagus untuk mereka yang kerap dalam perjalanan.
Caj Pembiayaan
Yuran tahunan untuk kad ini adalah dikecualikan untuk seumur hidup. Cukai Perkhidmatan Kerajaan akan dikenakan kepda semua kad kredit selaras dengan syarat Bank Negara pada RM50 untuk setiap kad utama dan RM25 pada setiap kad tambahan. Jika anda membuat pembayaran minimum tepat pada masa 12 bulan (membuat pembayaran minima 5% dari baki tertunggak atau RM50 yang mana lebih tinggi), anda berhak menikmati caj pembiayaan yang rendah pada 15% setahun. Untuk caj bayaran lewat pula, anda akan dicaj bayaran lewat serendah RM10 atau 1% (yang mana lebih tinggi) daripada jumlah baki tertunggak yang belum dijelaskan (tidak melebihi RM100). Jika anda berminat untuk membuat pindahan baki, jumlah minimum pindahan adalah RM1,000 dengan kadar faedah pada 5.99% bagi tempoh 6 bulan serta 7.99% bagi tempoh 12 bulan.
Adakah anda layak untuk memohon CIMB Kad Platinum Petronas?
Untuk memohon kad CIMB Kad Platinum Petronas, anda perlu mempunyai pendapatan bulanan minima sebanyak RM4,000 dan berumur 21 tahun ke atas.
Sedang mencari pilihan yang lebih meluas? Pakar kredit kami mencadangkan anda untuk membuat analisis yang lebih mendalam dengan kad kredit lain seperti CIMB Kad VISA Infinite dan HSBC Amanah Kad Kredit-i MPower Platinum, yang boleh memenuhi pelbagai keperluan anda.
Jika anda ingin meluaskan pencarian kad kredit anda, kaji semula pelbagai jenis kad kad kredit CIMB dan bandingkannya sekarang!