SENARAI ISTILAH JALUR LEBAR

header detail header detail

Semasa anda memilih penyedia internet yang sesuai dengan kediaman anda, mungkin anda perlu memahami terminologi dan istilah baharu. Mujur, iMoney telah menyediakan senarai istilah pelan jalur lebar di Malaysia yang menyeluruh dan mudah anda fahami. Ini akan memudahkan anda untuk membuat perbandingan dan keputusan dalam memilih pelan jalur lebar yang terbaik. Senarai istilah ini juga boleh diguna pakai untuk kedua-dua jenis pelan jalur lebar di rumah dan juga di pejabat.

Bait: Apa itu Bait?

Bait (Byte) adalah unit maklumat asas dalam simpanan dan pemprosesan komputer. Satu bait mengandungi 8 digit perduaan (bit).

Bit: Apa itu Bit?

Bit (singkatan untuk digit perduaan) adalah unit data terkecil yang boleh diproses dan disimpan dalam komputer. Satu bit hanya boleh mewakili dua nilai: 0 dan 1.

DSL: Apa itu DSL?

DSL (atau Digital Subscriber Line) adalah rantaian teknologi (VDSL, ADSL, HDSL, dan SDSL), yang digunakan untuk menghantar isyarat digital melalui piawaian talian telefon.

Gentian Optik: Apa itu jalur lebar Gentian optik?

Ini adalah sebuah jenis sambungan jalur lebar, yang direka untuk menghantar data pada kelajuan yang sangat tinggi. Di Malaysia, anda boleh mendapatkan penyedia perkhidmatan Internet yang menyediakan sambungan jenis ini.

Had Muat Turun: Apa itu Had Muat Turun?

Had muat turun adalah jumlah maksimum yang boleh dimuat turun menggunakan sambungan jalur lebar anda. Kebiasannya, pelan jalur lebar akan menetapkan had muat turun, yang menghadkan jumlah data yang anda boleh memuat turun melalui Internet berdasarkan satu tempoh masa tertentu (kebiasannya mengikut bulanan).

Had muat turun pelan jalur lebar dikadarkan dalam MB atau GB.

IP address : Apa itu Alamat Protokol Internet?

Alamat IP (atau Alamat Protokol Internet) adalah alamat unik, di mana setiap peranti pengkomputeran, seperti komputer peribadi, tablet dan telefon pintar digunakan untuk mengenal pasti peranti itu sendiri di rangkaian tersebut dan berkomunikasi secara mudah dengan peranti lain pada rangkaian yang sama.

IPTV: Apa itu IPTV?

IPT (atau Televisyen Protokol Internet) adalah sebuah sistem, di mana perkhidmatan televisyen digital dihantar melalui Internet menggunakan Protokol Internet.

Di Malaysia, salah satu penyedia terkenal IPTV adalah seperti Astro.

ISP: Apa itu Penyedia Perkhidmatan Internet?

ISP adalah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan sambungan jalur lebar anda.

Jalur Lebar: Apa itu Jalur Lebar?

Jalur lebar boleh didefinisikan sebagai sambungan lebar jalur tinggi dengan Internet. Sambungan jalur lebar akan lebih mudah dan laju berbanding sambungan tradisional telefon atau modem. Dengan adanya jalur lebar yang pantas, anda boleh menghantar dan memuat turun data pada tahap kelajuan yang lebih tinggi. Anda boleh memasang sambungan jalur lebar melalui telefon anda, kabel atau satelit.

Di Malaysia, antara penyedia jalur lebar yang terkenal adalah seperti: Astro, TIME, Maxis dan TM. Dengan iMoney, anda boleh membuat permohonan pelan jalur lebar yang terbaik mengikut pilihan anda.

Jalur Lebar Tanpa Wayar: Apa itu Jalur Lebar Tanpa Wayar?

Jalur lebar boleh didefinisikan sebagai sambungan lebar jalur tinggi dengan Internet. Sambungan jalur lebar akan lebih mudah dan laju berbanding sambungan tradisional telefon atau modem. Dengan adanya jalur lebar yang pantas, anda boleh menghantar dan memuat turun data pada tahap kelajuan yang lebih tinggi. Anda boleh memasang sambungan jalur lebar melalui telefon anda, kabel atau satelit.

Di Malaysia, antara penyedia jalur lebar yang terkenal adalah seperti: Astro, TIME, Maxis dan TM. Dengan iMoney, anda boleh membuat permohonan pelan jalur lebar yang terbaik mengikut pilihan anda.

Jalur Lebar Tanpa Wayar: Apa itu Jalur Lebar Tanpa Wayar?

Ini merujuk kepada sambungan kepada Internet tanpa wayar. Ini adalah salah satu pilihan jalur lebar yang membolehkan anda untuk mengakses sambungan Internet dalam kawasan pejabat atau rumah anda tanpa memerlukan pemasangan wayar.

Kawasan khas: Apa itu kawasan khas?

Kawasan khas, atau hotspot, kebiasaannya adalah lokasi fizikal, di mana pengguna boleh mengkases Internet dengan mudah (selalunya menggunakan teknologi Wi-Fi). Kebiasaannya, anda akan menggunakan rangkaian kawasan tempatan tanpa wayar menggunakan penghala yang tersambung dengan penyedia perkhidmatan Internet.

Kelajuan Memuat Naik: Apa itu Kelajuan Memuat Naik?

Kelajuan memuat naik merujuk kepada kelajuan semasa anda menghantar data atau fail daripada komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar atau peranti lain ke Internet.

Kelajuan Muat Turun: Apa itu Kelajuan Muat Turun?

Ini adalah kelajuan muat turun pelan jalur lebar anda yang anda boleh memuat turun melalui Internet ke dalam komputer anda.

LAN: Apa itu Rangkaian Kawasan Tempatan?

LAN digunakan untuk membekal kapasiti rangkaian kepada sebuah rantaian komputer antara satu sama lain dalam jarak yang berdekatan, seperti sebuah bangunan pejabat, sekolah atau rumah. Tujuan utama LAN adalah untuk membolehkan perkongsian sumber dan perkhidmatan seperti fail, mesin cetak, aplikasi, e-mel atau akses Internet.

Lebar Jalur: Apa itu Lebar Jalur?

Lebar jalur merujuk kepada kadar pemindahan data maksimum sesuatu rangkaian atau sambungan Internet. Ini bermaksud, ia mengukur sebanyak mana data boleh dihantar dalam sesuatu sambungan berdasarkan satu tempoh masa tertentu.

Mbps: Apa itu Mbps?

Mbps (atau Megabit sesaat) adalah kadar kecepatan sesuatu data yang boleh dihantar melalui sambungan Internet tetap atau tanpa wayar.

*1 Mbps = 1,000,000 bit.

Modem: Apa itu Modem?

Modem adalah sebuah peranti elektronik yang membenarkan transmisi data kepada dan dari sebuah komputer melalui telefon atau talian komunikasi yang lain.

Muat Turun: Apa itu Muat Turun?

Secara ringkasnya, muat turun adalah salinan (kebiasaannya data) daripada satu sistem komputer ke satu sistem komputer yang lain. Salinan ini selalunya dilakukan melalui Internet.

Muat Turun Tanpa Had: Apa itu Muat Turun Tanpa Had?

Pelan yang mempunyai kuota muat turun tanpa had membenarkan anda untuk menstrim atau memuat turun data sebanyak mana yang anda inginkan, tanpa had. Kebanyakan pelan Internet di Malaysia menggunakan kuota muat turun tanpa had, yang membolehkan anda untuk melayari internet, memuat turun dan memuat naik tanpa had melalui sambungan Internet.

Penghala: Apa itu Penghala?

Sesebuah Penghala (Router) membolehkan komputer untuk berhubung dengan sambungan rangkaian. Kebiasaannya, sambungan ini membenarkan lebih daripada satu komputer untuk berhubung.

Penjelasan tentang kelajuan muat turun

Berikut adalah kategori penggunaan internet, yang akan membantu anda memilih kelajuan jalur lebar semasa anda memilih pelan anda.

Penggunaan Rendah: Antara 1Mbps dan 10 Mbps
Penggunaan Sederhana: Antara 10Mbmps dan 30Mbps
Pengunaan Tinggi: Antara 30Mbps dan 50Mbps
Penggunaan Sangat Tinggi: Antara 50Mbps dan 500Mbps

Penstriman: Apa itu Penstriman?

Penstriman adalah proses melihat video atau mendengar musik secara dalam talian tanpa perlu memuat turun media tersebut.

Rangkaian: Apa itu Rangkaian?

Sebuah rangkaian adalah pengumpulan komputer, pelayan, kerangka utama, peranti rangkaian, atau peranti lain yang tersambung antara satu sama lain untuk membolehkan perkongsian rangkaian.

Rangkaian Tanpa Wayar: Apa itu Rangkaian Tanpa Wayar?

Ini adalah sebuah proses di mana lebih daripada satu peranti dibolehkan untuk berkomunikasi, menghantar dan mengongsi data antara satu sama lain (peranti) menggunakan sambungan rangkaian tanpa wayar.

Sambungan Gentian: Apa itu Sambungan Gentian?

Sambungan Internet gentian adalah sambungan Internet yang menghantar data secara penuh atau separuh melalui kabel gentian optik. Kebiasaannya, jalur lebar gentian mempunyai sambungan yang lebih pantas berbanding DSL yang biasa. Dengan adanya sambungan gentian, anda boleh menstrim video secara dalam talian dengan lebih mudah.

Penyedia terkenal untuk sambungan jalur lebar fiber di Malaysia adalah TIME.

VoIP: Apa itu VoIP?

VoIP (atau Suara Melalui Protokol Internet) membolehkan anda untuk bercakap secara dalam talian, sama seperti anda bercakap menggunakan telefon melalui sambungan jalur lebar. Sebagai contoh seperti Skype.

WAN: Apa itu WAN?

WAN (atau Rangkaian Kawasan Luas) adalah rangkaian yang merentasi kawasan geografik yang luas. Kebiasannya ia meliputi dua atau lebih rangkaian kawasan tempatan (LANs).

WLAN: Apa itu WLAN?

WLAN (atau Rangkaian Kawasan Tempatan Tanpa Wayar) menggunakan penghantaran model tanpa wayar dengan dua atau lebih peranti yang menggunakan gelombang radio frekuensi tinggi dan kadang-kala merangkumi pengaksesan. WLAN membolehkan pengguna untuk bergerak dalam kawasan liputan, seperti rumah atau pejabat sambil mengekalkan sambungan rangkaian.

Sudah mata rambang? Cubalah SmartSearch