Penafian

- IMONEY -

header detail header detail

iMoney.my (selepas ini dirujuk sebagai “iMoney”) adalah sebuah laman web perbandingan produk kewangan yang tidak terlibat dengan mana-mana pihak. iMoney bukanlah penyedia perkhidmatan kewangan dan tidak boleh memberi sebarang nasihat kewangan.

Kandungan di www.imoney.my disediakan atas dasar “seperti sedia ada” untuk tujuan maklumat am sahaja. Kandungan tersebut tidak membentuk sebarang nasihat dan mana-mana bahagian kandungan tersebut tidak merupakan suatu tawaran yang mampu membentuk asas kontrak. iMoney berusaha untuk memastikan maklumat di laman web ini adalah tepat dan terkini, namun, iMoney tidak memberi jaminan bahawa apa-apa yang tertulis adalah 100% tepat, mengikut masa, atau berkait dengan sebarang penyelesaian kepada masalah yang mungkin dialami oleh pengguna. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, iMoney menafikan sebarang dan semua waranti yang nyata atau tersirat, termasuk kualiti atau kesesuaian yang boleh dirunding untuk tujuan tertentu, berkenaan dengan penerbitan kandungan ini.

iMoney pada masa-masa tertentu akan memasukkan kenyataan, pendapat atau pandangan daripada pihak ketiga. Walaupun iMoney pada masa-masa tertentu akan merujuk kepada pembekal, produk atau perkhidmatan menggunakan nama tertentu, ia tidak membentuk sebarang pengesahan oleh iMoney. iMoney menafikan sebarang dan semua liabiliti atau tanggungjawab ke atas sebarang kesilapan, ketidaktepatan, peninggalan, pengeliruan atau pernyataan fitnah. Sebagai pelawat atau pengguna yang berdaftar di iMoney, anda tidak boleh bergantung kepada sebarang kandungan tersebut tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan yang profesional.

Nama produk, logo, jenama dan tanda dagangan lain yang dirujuk di laman web iMoney adalah hak milik yang diperolehi oleh pemegang-pemegang tanda dagangan masing-masing. Pemegang-pemegang tanda dagangan ini tidak bergabung atau tidak berkaitan dengan iMoney atau laman web kami dan mereka tidak menaja atau menyokong bahan-bahan kami.

iMoney khususnya mengecualikan liabiliti untuk sebarang kehilangan atau kerugian yang timbul daripada penggunaan laman web ini atau sebarang maklumat atau perkhidmatan yang dibekalkan melalui laman web ini. iMoney berhak mengemaskini, meminda atau mengubah kandungan laman web ini tanpa notis awal.

Perhatian: Perkhidmatan kami adalah 100% PERCUMA. iMoney tidak mengenakan sebarang bentuk pembayaran. Jika terdapat pihak yang mengenakan pembayaran menggunakan nama kami, sila sekat pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa.