RHB Islamic Bank Logo

Pembiayaan Perumahan-i RHB Islamic

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Keuntungan
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Pembiayaan

RM
tahun
Kadar Keuntungan
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPembiayaan Perumahan-i RHB Islamic?

  • Pembiayaan Islam Fleksi Penuh

  • Bayaran balik yang fleksibel

  • Pengeluaran lebihan yang mudah

icon Kelayakan

Umur Minima: 18 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful)
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • Equity Home Financing-i yang ditawarkan oleh RHB Islamic ialah produk pembiayaan rumah Islamik yang berlandaskan Shariah. Ianya adalah berdasarkan konsep Diminishing Musharakah di mana anda dan bank akan memperoleh hartanah bersama-sama dan anda akan membayar sewa untuk bahagian Bank, di mana secara beransur-ansur pada akhirnya akan membeli bahagian atau saham anda dalam perkongsian ini sehingga anda melakukan pembayaran penuh ekuiti anda dan pihak bank. Pembiayaan Zero Entry Cost disediakan dan yuran perundangan serta polisi Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) juga boleh dibiaya bersama pinjaman untuk mengurangkan kos pendahuluan peminjam. Pinjaman perumahan RHB Islamic mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dan anda perlu membayar yuran penyelesaian awal sehingga 2% dari jumlah terkumpul pinjaman anda sekiranya anda bercadang untuk melakukan pembayaran penuh semasa di dalam tempoh lock-in ini. RHB Islamic boleh menawarkan anda margin pembiayaan sehingga 90% + 10% untuk pembiayaan entry cost sekaligus. Tempoh maksimum pinjaman ditetapkan pada 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun.

  • Pakej pembiayaan rumah yang berlandaskan Shariah, Equity Home Financing-i oleh RHB Islamic direka secara khusus untuk memenuhi keperluan pembeli rumah perbankan Islam. Di dalam jadual di bawah, ciri-ciri utama pakej pinjaman ini telah dirumuskan untuk memudahkan perbandingan buat anda.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    Equity Home Financing-i
    • Pakej pembiayaan rumah Islamik berdasarkan konsep Diminishing Musharakah
    • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur mencecah 65 tahun
    • Margin pembiayaan sehingga 90% dengan tambahan 10% untuk pakej Zero Entry Cost
    Tidak
  • Pinjaman perumahan RHB Islamic adalah terbuka kepada semua pemohon yang berumur di atas 21 tahun. Mereka juga menerima permohonan jumlah pinjaman di bawah RM100,000.

  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan RHB Islamic Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan RHB Islamic Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari RHB Islamic Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • RHB mempunyai rangkaian lebih 180 cawangan di seluruh Malaysia di mana pembayaran boleh dilakukan. Terdapat juga beberapa cara mudah yang lain untuk peminjam pinjaman perumahan RHB Islamic melakukan pembayaran balik.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa RHB Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM RHB Islamic Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa RHB Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan RHB Islamic.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan RHB Islamic Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada RHB Islamic Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package