Menu
Kadar Faedah

4.32%

Bayaran Bulanan

RM1,240

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama
  • Pakej Full-Flexi
  • Pakej Zero Entry Cost
  • Pakej pinjaman perumahan dengan kadar tetap
  • Fasiliti overdraf disediakan
Terma & Syarat
  • Umur Minima: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90% + 10% untuk pembiayaan MRTA
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank sesuai untuk saya?

Produk pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Public Islamic Bank adalah pakej pembiayaan rumah yang mematuhi prinsip Shariah. Produk terbaik Public Islamic Bank adalah pakej full-flexi Home Save-i, yang datang dengan sambungan akaun semasa. Anda boleh simpan wang lebihan seperti wang simpanan anda di dalam akaun semasa ini untuk mengurangkan pembayaran faedah pinjaman perumahan anda. Pengeluaran wang boleh dilakukan tanpa sebarang kos atau yuran.

Pakej lain termasuklah Home/Term Equity Financing-i yang merupakan pinjaman berjangka asas dengan pilihan fasiliti pengeluaran semula. ABBA Financing-i pula adalah pinjaman perumahan dengan kadar berubah-ubah dengan pilihan fasiliti pengeluaran semula. 5 Home Loan pula didatangkan bersama pilihan pembiayaan Islamik pada kadar tetap dan mempunyai pilihan Zero Entry Cost.

Pinjaman perumahan Public Islamic Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun. Jika anda melakukan refinancing ataupun menjual hartanah anda dalam tempoh 3 tahun ini, anda perlu membayar tambahan sebanyak 2% dari jumlah terkumpul pinjaman kepada pihak bank.

Pakej Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank

Public Islamic Bank menawarkan pembiayaan hartanah berdasarkan Musharakah Mutanaqisah dan Bai Bithaman Ajil yang direka bentuk khas untuk pelanggan perbankan. Ciri utama pakej-pakej ini dirumuskan di dalam jadual di bawah untuk perbandingan anda.

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Home / Term Equity Financing-i
  • Pakej pembiayaan berjangka Islamik
  • Pilihan fasiliti pengeluaran semula
  • Untuk pembiayaan dan refinancing hartanah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan
Ya, Semi-Flexi
ABBA Financing-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik dengan kadar berubah
  • Pilihan fasiliti pengeluaran semula
  • Untuk pembiayaan dan refinancing hartanah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan
Ya, Semi-Flexi
5 Home Plan
  • Pilihan pakej kadar tetap, flexi dan pakej Graduated Loan
  • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun
  • Pilihan redrawal dan fasiliti overdraf
Ya, Semi-Flexi
Home Save-i
  • Kurangkan pembayaran faedah dengan pendepositan secara lebih ke dalam akaun semasa anda
  • Fleksibiliti dalam pengeluaran jumlah yang telah didepositkan
Ya, Full-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi Public Islamic Bank

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

Home / Term Equity Financing-i ABBA Financing-i 5 Home Plan Home Save-i
Jenis Flexi Semi-flexi Semi-flexi Semi-flexi Full-flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Tidak Tidak Ya
Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada Tiada Tiada RM10 sebulan
Yuran Pengeluaran RM50 RM50 RM50 Tiada
Terma & Syarat Pengeluaran Tiada Pengeluaran minimum RM5,000 Tiada Tiada

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Public Islamic Bank?

Hanya individu yang berumur di atas 21 tahun boleh memohon pinjaman perumahan Public Islamic Bank.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Public Islamic Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Public Islamic Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank?

Public Bank mempunyai rangkaian cawangan yang meluas di seluruh Malaysia. Selain dari ini, terdapat beberapa kaedah mudah untuk anda lakukan pembayaran.

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Public Islamic Bank
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Public Islamic Bank.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Public Islamic Bank.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada Public Islamic Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan HSBC Amanah
HSBC Amanah menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.75%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun.
Pinjaman Perumahan Citibank
Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Citibank adalah 3.70%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 6 tahun.
Pinjaman Perumahan Affin Bank
Di Affin Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.99%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun untuk gadai janji ini.
Pohon di sini
DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di