Menu
Kadar Faedah

4.62%

Bayaran Bulanan

RM1,285

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama
  • Pakej Zero Entry Cost
  • Fasiliti overdraf disediakan
Terma & Syarat
  • Umur Minima: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90% + 10% untuk pembiayaan MRTA
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan Public Bank sesuai untuk saya?

Antara produk pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Public Bank adalah 5 Home Plan yang memberikan anda pilihan pembayaran balik tetap, flexi ataupun graduate dan juga MORE Plan yang direka untuk refinancing hartanah. Pakej 5 Home Plan memberikan peminjam fleksibiliti untuk memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah. Terdapat juga pilihan Graduate Home Loan yang membenarkan pembayaran faedah sahaja untuk tempoh awal pinjaman supaya dapat memaksimakan keupayaan kemampuan pembeli.

Pinjaman perumahan Public Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun, di mana peminjam perlu membayar penalti penyelesaian awal sebanyak 2% jika mereka bercadang untuk melakukan refinancing ataupun menjual hartanah mereka. Nilai penalti ini bergantung kepada jumlah pinjaman terkumpul.

Setiap pelan pinjaman perumahan Public Bank menawarkan pilihan Zero Entry Cost. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 100% termasuk yuran perundangan, duti setem dan pembiayaan MRTA (Mortgage Term Reducing Assurance). Tempoh pinjaman pula boleh mencapai sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pembelian Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident Insurance (PA) adalah wajib.

Pakej Pinjaman Perumahan Public Bank

Public Bank menawarkan variasi pakej pinjaman perumahan yang memenuhi pelbagai jenis pembelian yang berbeza. Maklumat lanjut Pakej 5 Home Plan dan MORE Plan dirumuskan seperti di bawah.

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
5 Home Plan
  • Pilih dari pakej kadar tetap, flexi atau Graduate Loan
  • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun
  • Pilihan untuk pengeluaran semula dan fasiliti overdraf
Ya, Semi-Flexi
MORE Plan
  • Direka khas untuk refinancing
  • Peminjam yang layak akan dapat kad kredit percuma dengan pengecualian yuran tahunan
Ya, Full-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi Public Bank

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

5 Home Plan MORE Plan
Jenis Flexi Semi-flexi Full-flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Tidak
Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada Tiada
Yuran Redrawal RM50 RM50
Terma & Syarat Redrawal Tiada Tiada

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Public Bank?

Hanya individu yang berumur di atas 21 tahun boleh memohon pinjaman perumahan Public Bank.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Public Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Public Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Public Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Public Bank?

Public Bank mempunyai rangkaian cawangan yang meluas di seluruh Malaysia. Selain dari ini, terdapat beberapa kaedah mudah untuk anda lakukan pembayaran.

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Public Bank
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Public Bank.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Public Bank.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada Public Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank
Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Al Rajhi Bank adalah 4.25%. Ia tidak mempunyai pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, tiada tempoh berkunci.
Pinjaman Perumahan Bank Islam
Bank Islam menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.90%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun.
Pinjaman Perumahan MBSB
MBSB menawarkan pinjaman rumah bermula dari BLR-1%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun.
Pohon di sini
DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di