Menu
Kadar Faedah

4.96%

Bayaran Bulanan

RM1,336

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama
  • Tada tempoh lock-in untuk pinjaman di atas RM500,000
  • Servis selepas jualan yang baik
  • Pengiraan kadar harian untuk merendahkan pembayaran faedah
Terma & Syarat
  • Umur Minimum: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan OCBC sesuai untuk saya?

OCBC mempunyai dua produk pinjaman perumahan yang utama, Ideal Mortgage dan Standard Housing Loan. Dari segi harga, pakej Standard Housing Loan dibentuk berdasarkan BR (Base Rate) Malaysia, iaitu penanda aras kadar faedah pinjaman. Pakej Ideal Mortgage dibentuk berasaskan Mortgage Lending Rate, iaitu penanda aras kadar faedah untuk pinjaman gadai janji. Buat masa ini, tiada perbezaan antara harga akhir untuk kedua-dua pakej walaupun terdapat perbezaan dalam kadar penanda aras.

Kedua-dua pakej utama OCBC adalah pakej pinjaman perumahan semi-flexi dengan fleksibiliti tempoh lock-in. Pinjaman perumahan OCBC mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun (boleh dikira rendah) untuk pinjaman di bawah RM500,000. Bagi pinjaman yang melebihi RM500,000, tiada tempoh lock-in dikenakan. Ini membenarkan pelanggan untuk melakukan refinancing atau menjual rumah mereka tanpa menanggung penalti penyelesaian awal. Bagi peminjam dengan tempoh lock-in, penalti penyelesaian awal sebanyak 3% akan dikenakan.

OCBC bertekad untuk mempraktikkan keunggulan khidmat pelanggan mereka dengan menekankan kepantasan tindak balas jawapan pertanyaan dari pelanggan melalui hotline yang mudah untuk diakses serta tindakan susulan untuk tawaran pinjaman perumahan. Peminjam boleh memohon pinjaman untuk kerja pengubahsuaian rumah dengan jumlah pinjaman sehingga 30% dari nilai hartanah jika mereka mahu lakukannya semasa di dalam tempoh pinjaman, menjadikannya suatu ciri menarik untuk pelanggan jangka masa panjang.

OCBC juga menawarkan program Graduated Home Loan untuk memenuhi permintaan golongan belia yang bekerja yang merupakan pembeli rumah kali pertama. Peminjam ditawarkan fleksibiliti harga tetap atau harga berubah-ubah (atau kombinasi keduanya). Bayaran ansuran yang berpatutan (ansuran faedah sahaja) meringankan beban pembayaran balik dan memudahkan proses pengurusan kewangan untuk pembeli rumah muda.

Pakej lain OCBC termasuklah skim perumahan istimewa untuk hartanah yang bernilai rendah dan pembiayaan hartanah di luar negara. Pakej pinjaman perumahan OCBC menyediakan margin pembiayaan sehingga 90% untuk tempoh pinjaman sehingga 35 tahun (berdasarkan panduan terbaru Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pembiayaan lebihan sebanyak 5% adalah mungkin, dengan syarat peminjam membeli polisi dari Great Eastern Insurance.

Pakej Pinjaman Perumahan OCBC

OCBC menawarkan tiga pakej utama pembiayaan rumah untuk memenuhi keperluan berbeza individu: Home Loans, Skim Rumah Pertamaku, Special Housing Loan Scheme dan Overseas Property Financing. Ciri utama pakej-pakej ini dirumuskan di dalam jadual di bawah.

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Ideal Mortgage & Standard Housing Loan
  • Tempoh lock-in hanya untuk pinjaman di bawah RM500,000
  • Ideal Mortgage diikat kepada Mortgage Lending Rate (MLR)
  • Standard Housing Loan diikat kepada BR
Ya, Semi-Flexi
Graduated Housing Loan
  • Pembayaran ansuran permulaan yang berpatutan
  • Permohonan yang mudah
  • Pilihan kadar faedah tetap atau berubah-ubah
Ya, Semi-Flexi
Special Housing Loan Scheme
  • Hanya untuk pemohon yang telah mempunyai satu rumah
  • Pilihan kadar faedah tetap atau berubah-ubah
  • Hanya untuk hartanah yang bernilai RM100,000 di semenanjung Malaysia dan RM120,000 di Timur Malaysia
Ya, Semi-Flexi
Overseas Property Financing
  • • Pinjaman perumahan untuk hartanah kediaman di UK dan Australia
  • Akaun pinjaman dikira dalam bentuk Ringgit untuk mengurangkan risiko pertukaran mata wang
  • Pilihan bayaran semula dan pengeluaran semula untuk memenuhi stragtegi kewangan peminjam
Ya, Semi-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi OCBC

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

Ideal Mortgage & Standard Housing Loan Graduated Housing Loan Special Housing Loan Scheme Overseas Property Financing
Jenis Flexi (i) Semi-flexi Semi-flexi Semi-flexi Semi-flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? (i) Tidak Tidak Tidak Tidak
Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada Tiada Tiada Tiada
Yuran Pengeluaran (i) RM10 RM10 Tiada RM10
Terma & Syarat Pengeluaran Tiada Tiada Tiada Tiada

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan OCBC?

Pinjaman perumahan OCBC adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur di atas 21 tahun. Jika anda mahu memohon untuk Skim Rumah Pertamaku, anda perlu berumur di bawah 35 tahun.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan OCBC, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan OCBC untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari OCBC adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan OCBC?

OCBC tidak mempunyai rangkaian cawangan yang luas seperti bank tempatan. Namun, terdapat banyak cara pembayaran yang tidak memerlukan peminjam untuk pergi ke bank. OCBC juga hanya menawarkan pinjaman untuk hartanah yang terletak di kawasan bandar di mana cawangannya berada.

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa OCBC anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM OCBC
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa OCBC anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan OCBC.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan OCBC.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada OCBC cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan CIMB Bank
Kadar pinjaman perumahan daripada CIMB Bank dengan kadar asas (Base Rate) 4.00%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun.
Pinjaman Perumahan Maybank
Di Maybank, kadar asas (Base Rate) untuk gadai janji adalah 3.20%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini.
Pinjaman Perumahan Citibank
Citibank menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.70%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 6 tahun.
Pohon di sini
DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di