HSBC AMANAH Logo

HSBC Amanah HomeSmart-i

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Keuntungan
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Pembiayaan

RM
tahun
Kadar Keuntungan
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangHSBC Amanah HomeSmart-i?

  • Pakej Pinjaman Perumahan Fleksibel

  • Fleksibiliti transaksi Akaun Semasa

  • Kos Perpindahan Sehingga RM20,000 Ditanggung, Tiada Bayaran Guaman Pinjaman, Duti Setem dan Yuran Penilaian apabila membuat pembiayaan semula dengan HSBC.

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90%
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • HSBC AMANAH menawarkan pakej pinjaman perumahan Islamik fleksibel yang berdasarkan prinsipal Diminishing Musharakah. Melalui pinjaman perumahan HomeSmart-i, anda boleh lakukan pembayaran awal serta pengeluaran pada bila-bila masa tanpa sebarang caj dan tidak perlu mengemukakan sebarang notis terlebih dahulu. Selain itu, anda boleh satukan kesemua deposit anda termasuk gaji dan simpanan ke dalam satu akaun HomeSmart-i dan ini boleh merendahkan jumlah bayaran keseluruhan. Ciri-ciri pakej pinjaman perumahan HSBC AMANAH ini adalah termasuk, margin pembiayaan sehingga 90% dan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan dari Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun. Melalui pakej pinjaman perumahan HSBC AMANAH, anda boleh dapatkan Produk Takaful untuk perlindungan penuh ke atas rumah serta perlindungan peribadi.

  • HSBC AMANAH menawarkan produk pinjaman perumahan Islamik fleksibel iaitu HomeSmart-i yang memberikan anda fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan keutamaan berbeza yang mungkin timbul pada masa hadapan. Jadual di bawah merumuskan ciri-ciri utama kedua-dua pakej ini.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    Home Smart-i
    • Lakukan pembayaran awal dan pengeluaran bayaran lebihan bila-bila masa tanpa notis atau caj
    • Kemudahan perbankan melalui ATM, buku cek dan perbankan internet
    • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas pembelian rumah baru
    • Pengecualian duti setem untuk pembiayaan semula (refinancing) pinjaman konvensional anda kepada pinjaman perumahan HomeSmart-i (Hanya untuk baki pinjaman yang belum dijelaskan)
    Ya
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      Home Smart-i
    Jenis Flexi Fleksi penuh
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak
    Yuran Penyelenggaraan Akaun RM10 sebulan
    Yuran Redrawal Tiada
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan HSBC AMANAH, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan HSBC AMANAH untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari HSBC AMANAH adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • HSBC AMANAH mempunyai rangkaian cawangan yang besar di Malaysia dan menjadikannya amat mudah untuk melakukan pembayaran semula. Cara-cara berikut boleh digunakan untuk membayar semula pinjaman perumahan HSBC AMANAH.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa HSBC AMANAH Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan

    Mesin ATM HSBC AMANAH
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa HSBC AMANAH anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan HSBC AMANAH

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan HSBC AMANAH

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada HSBC AMANAH cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package