Mengapa Kad Kredit Alliance Bank?
Alliance Bank menawarkan pelbagai jenis kad kredit untuk memenuhi keperluan berbeza pengguna. Untuk pengguna yang tidak ingin membawa tunai, Kad Klasik, Emas atau Platinum Alliance sesuai untuk penggunaan harian kerana ia menawarkan rebat tunai untuk semua kategori sementara anda boleh mendapat mata Timeless Bonus yang tidak ada tempoh tamat. Untuk yang gemar membeli-belah, Alliance Bank Kad You:nique kad yang sesuai untuk anda. Selain daripada memperibadikan gambar anda pada kad, anda boleh memilih di antara mendapat rebat tunai atau mata ganjaran pada transaksi runcit tanpa had dan menikmati caj kewangan 0% untuk 3 bulan; tanpa mengira berapa yang dibelanjakan.
Bagi kad kredit berjenama bersama Alliance Bank seperti Tiger FC, Chinese Independent School Kad Emas dan sebagainya, kad-kad ini dikhaskan bagi mereka yang mempunyai keperluan yang terperinci. Anda boleh mendapat manfaat eksklusif seperti pelan pembayaran ansuran dengan 0% faedah untuk yuran peperiksaan CPA dengan Kad CPA dan keistimewaan ‘football viewing party’ dengan Kad Tiger FC. Akhir sekali, mata ganjaran bonus Alliance Bank Visa Infinite pada transaksi di seluruh dunia dan anda dapat menjimat untuk tambang penerbangan. Dengan kad kredit Alliance Bank, anda dapat menikmati diskaun, pengalaman makan yang hebat dan keistimewaan yang lain. Mata ganjaran yang diperoleh boleh digunakan untuk menebus hadiah menarik seperti baucer, jam dan barangan eletronik.
Kad kredit Alliance Bank merangkumi kemudahan pemindahan baki di mana pemegang kad dibenarkan melakukan pemindahan secara penuh atau sebahagian (tertaluk pada jumlah pemindahan minimum) baki tertunggak dari akaun kad kredit dari mana-mana bank ke dalam akaun kad kredit Alliance Bank.
Tempoh pemindahan adalah dari 12 bulan sehingga 24 bulan pada kadar faedah 6% setahun untuk semua tempoh. Alliance Bank tidak mengenakan yuran pendahuluan pada jumlah pemindahan tetapi jumlah pinjaman minimum RM1,000 diperlukan.