Logo

Pembiayaan Perumahan RHB Bank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPembiayaan Perumahan RHB Bank?

  • Pakej Full Flexi

  • Tiada caj tambahan

  • Pengeluaran lebihan yang mudah

icon Kelayakan

Umur Minima: 18 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • RHB menawarkan dua pakej pinjaman perumahan yang mudah: yang pertama ialah My1 Flexi Home Loan yang merupakan pakej semi-flexi yang membenarkan anda untuk melakukan pembayaran lebih dari nilai ansuran yang telah ditetapkan. Tiada sambungan akaun semasa untuk pakej ini, maka permintaan pengeluaran semula (bersama yuran RM50) diperlukan untuk mengeluarkan lebihan pembayaran yang telah dilakukan sebelum itu.

    Pakej My1 First Home Loan yang ditawarkan menepati ciri-ciri Skim Rumah Pertamaku yang dimulakan oleh kerajaan. Pinjaman perumahan RHB didatangkan bersama tempoh lock-in selama 3 tahun. Apabila anda bercadang untuk melakukan pembayaran penuh dan melengkapkan pinjaman anda semasa tempoh ini, anda boleh jangkakan untuk membayar yuran penalti sehingga 2% dari jumlah pinjaman terkumpul anda.

    Yuran penalti ini adalah agak rendah jika dibandingkan dengan bank-bank lain di Malaysia. Pakej pinjaman perumahan RHB datang dengan tempoh pinjaman maksimum sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pakej My1 First Home Loan boleh menawarkan pembiayaan sehingga 90% + 5% termasuk pembelian polisi MRTA dari Tokio Marine Insurance yang merupakan rakan kongsi RHB. My1 First Home Loan menawarkan pembiayaan sehingga 100%.

  • Ciri-ciri utama pakej pinjaman perumahan RHB dirumuskan seperti di bawah.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    My1 Flexi Home Loan
    • Pinjaman perumahan Flexi yang membenarkan pembayaran lebih dari nilai ansuran
    • Pengeluaran semula dibenarkan dengan kos transaksi sebanyak RM50 setiap kali
    • Margin pembiayaan sehingga 90% + 5% (untuk MRTA dari Tokio Marine)
    Ya, Semi-Flexi
    My1 First Home Loan
    • Hanya untuk pembeli rumah kali pertama
    • Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 35 tahun dan ke bawah
    • Margin pembiayaan sehingga 100
    Tidak
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      My1 Flexi Home Loan
    Jenis Flexi Semi-flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada
    Yuran Pengeluaran RM50 (seteap transaksi)
    Terma & Syarat Pengeluaran Tiada
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan RHB Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan RHB Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari RHB Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Berikut merupakan beberapa cara untuk membayar semula pinjaman perumahan RHB.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa RHB Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM RHB Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa RHB Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan RHB.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan RHB Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada RHB Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package