• Kadar Faedah (p.a)

    4.60%

  • Kadar Asas Baru

    3.89%

  • Jenis Pinjaman

    Pinjaman Fleksi

  • Tempoh Berkunci

    3 tahun

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

4.60%

Bayaran Bulanan

RM2,563

Apa yang menarik tentang Pinjaman Perumahan HSBC?
  • Pakej Pinjaman Perumahan Fleksibel
  • Pembayaran balik awal yang rendah

Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90%
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan

Product Review by iMoney

Adakah Pinjaman Perumahan HSBC Sesuai untuk saya?

HSBC menawarkan dua pakej pembiayaan rumah untuk keperluan pelaburan individu yang berbeza. Pakej asas iaitu Pelan Ideal Home adalah sesuai terutamanya untuk pembeli rumah kali pertama untuk hartanah bernilai sehingga RM100,000 di Semenanjung Malaysia atau RM120,000 di Timur Malaysia dan ianya datang dengan ciri pembayaran balik yang sistematik. Pakej Pelan Ideal Home ini tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula (refinancing). Dengan pakej Home Smart, HSBC juga menyediakan produk pinjaman perumahan yang lebih fleksibel di mana ia membenarkan anda mendepositkan wang tambahan serta mengeluarkan wang lebihan ini apabila anda memerlukannya. Anda juga mungkin mahu memilih HSBC HomeSmart dengan ciri Step-Up yang bermula dengan nilai permulaan ansuran bulanan yang rendah dan akan meningkat secara berperingkat untuk menandingi nilai pendapatan anda. Produk Pinjaman Perumahan HSBC mempunyai tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya nilai tempoh lock-in purata jika dibandingkan dengan produk pinjaman perumahan dari bank lain. Sekiranya anda melakukan pembayaran penuh pinjaman, anda boleh jangkakan untuk membayar sehingga 5% dari nilai jumlah terkumpul pinjaman anda sebagai bayaran penalti. Ciri-ciri lain pakej pinjaman perumahan HSBC termasuklah margin pembiayaan sehingga 90% dan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun (berdasarkan panduan terkini dari Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun dengan kedua-dua pakej pinjaman perumahan HSBC.

Pakej Pinjaman Perumahan HSBC

HSBC menawarkan dua produk pinjaman perumahan berbeza dengan ciri-ciri yang tersendiri iaitu, pakej asas Home Plan dan pakej fleksibel Home Smart. Jadual di bawah merumuskan ciri-ciri utama untuk kedua-dua pakej.
Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Ideal Home Plan
  • Pembayaran balik yang sistematik dan tetap
  • Tiada yuran bulanan dan kos permulaan
  • Pengiraan faedah bulanan
Tidak
Home Smart
  • Ciri fleksibel membenarkan anda menyusun semula keutamaan hidup, bila-bila masa
  • Pengiraan faedah harian
  • Pengeluaran mudah sebarang bayaran lebihan
Ya

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi HSBC

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Home Smart
Jenis Flexi Fleksi penuh
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak
Yuran Penyelenggaraan Akaun RM10 sebulan
Yuran Redrawal Tiada

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan HSBC?

Peminjam perlu berumur 18 tahun dan ke atas.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan HSBC, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Borang Permohonan * Kad Pengenalan * Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju * Salinan Individual Title Deed * Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap) * Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut) * Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut) * Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut) * Borang EA terkini * Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut) * Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan HSBC untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari HSBC adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan HSBC?

HSBC mempunyai rangkaian cawangan yang besar di Malaysia dan menjadikannya amat mudah untuk melakukan pembayaran semula. Cara-cara berikut boleh digunakan untuk membayar semula pinjaman perumahan HSBC. Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa HSBC Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online MEPS : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara Interbank GIRO : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online Fasiliti Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan Mesin ATM HSBC : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa HSBC anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan HSBC Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan HSBC Pembayaran Melalui Pos : Poskan kepada HSBC cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup Perbankan Telefon : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan Alliance Bank : Di Alliance Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 4.00%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini. Pinjaman Perumahan Hong Leong Islamic : Hong Leong Islamic menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.84%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tiada tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini. Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin : Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada OCBC Al-Amin adalah 3.92%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun.