Menu
Kadar Faedah

5.10%

Bayaran Bulanan

RM1,357

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama

  • Pakej Full Flexi
  • Jumlah minimum pinjaman yang rendah
  • Terbaik untuk jumlah pinjaman bernilai RM500,000-RM600,000

Terma & Syarat
  • Umur Minima: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan CIMB Bank sesuai untuk saya?

CIMB Bank menawarkan pelbagai pakej yang fleksibel untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berlainan. Pakej konvensional HomeLoan didatangkan bersama kadar faedah yang berubah-ubah dan amat sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan pembayaran balik awal yang rendah. Ia juga membenarkan pinjaman perumahan bersaiz kecil. Jumlah minimum pinjaman untuk produk ini ialah sebanyak RM15,000.

Pakej HomeFlexi CIMB disediakan untuk pinjaman berjumlah RM150,000 dan ke atas dan mempunyai ciri fleksibiliti pembayaran balik kerana ia membenarkan anda untuk mendepositkan apa-apa nilai pada bila-bila masa ke dalam sambungan akaun semasa untuk menjimatkan pembayaran faedah.

Selain dari itu, CIMB Bank menawarkan pinjaman perumahan pada kadar yang dihadkan sekiranya berlaku perubahan dalam kadar BR (Base Rate). Pakej kadar yang dihadkan ini juga membolehkan pilihan untuk menentukan semula harga setiap 3 hingga 5 tahun supaya pelanggan tidak perlu melakukan refinancing.

CIMB juga mengambil bahagian di dalam Skim RUmah Pertamaku yang direka khas untuk pembeli rumah kali pertama yang berumur di bawah 35 tahun serta menawarkan pakej pinjaman perumahan yang mematuhi Shariah untuk pelanggan perbankan Islamik.

Pinjaman perumahan CIMB baru-baru ini mengenakan semula tempoh lock-in selama 3 tahun, menjadikannya antara tempoh yang terpendek jika dibandingkan dengan bank-bank lain. Margin pembiayaan sehingga 90% + 5% disediakan dengan tambahan 5% akan digunakan untuk membiaya kos MRTA dan kos kemasukan lain. Elaun 5% ini adalah bergantung kepada pakej tertentu yang dipilih oleh bakal peminjam.

CIMB menawarkan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun.

Pakej Pinjaman Perumahan CIMB

Kepelbagaian pakej pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB yang termasuk HomeLoan, HomeFlexi, Capped Rate Home Loan dan Skim Rumah Pertamaku boleh memenuhi keperluan berbeza setiap individu. Kami telah menyusun ciri utama kesemua pinjaman perumahan tersebut untuk memudahkan perbandingan buat anda mencari pinjaman yang paling sesuai untuk diri anda.

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
HomeLoan
  • Pinjaman berjangka konvensional dengan pilihan fasiliti overdraf
  • Kadar faedah yang berubah-ubah
  • Tiada yuran pemprosesan dan yuran komitmen dikecualikan
Tidak
HomeFlexi
  • Pinjaman perumahan Flexi dengan pilihan fasiliti overdraf
  • Penjimatan ke atas faedah dengan pendepositan wang ke dalam
  • Kadar faedah yang berubah-ubah
Ya, Full-Flexi
Capped Rate Home Loan
  • Pertama di pasaran yang menawarkan kadar faedah yang dihadkan jika berlaku perubahan BR (Base Rate)
  • Pilihan untuk menentukan semula harga pinjaman setiap 3-5 tahun
Tidak
Skim Rumah Pertamaku
  • Sah untuk pemilik rumah kali pertama yang berumur 35 tahun dan ke bawah
  • Nikmati margin pembiayaan sehingga 100%
  • Hanya untuk pinjaman perumahan konvensional sahaja
Tidak

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi CIMB

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

HomeFlexi
Jenis Flexi Full-Flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Ya
Yuran Penyelenggaraan Akaun RM10 setahun
Yuran Pengeluaran Tiada
Terma & Syarat Pengeluaran Tiada

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan CIMB?

Semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon pinjaman perumahan CIMB.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan CIMB Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan CIMB Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari CIMB Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan CIMB?

Terdapat banyak cara untuk melakukan pembayaran balik pinjaman perumahan CIMB. Mereka juga mempunyai salah satu rangkaian cawangan terbesar di Malaysia yang semestinya memudahkan pembayaran secara fizikal.

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa CIMB Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM CIMB Bank
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa CIMB Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan CIMB.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan CIMB Bank.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada CIMB Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan AmIslamic Bank
Di AmIslamic Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.80%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tiada tempoh berkunci untuk gadai janji ini.
Pinjaman Perumahan Bank Muamalat
Bank Muamalat menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.90%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun.
Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank
Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Public Islamic Bank adalah 3.65%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun.
Pohon di sini
DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di