• Kadar Faedah (p.a)

    4.36%

  • Kadar Asas Baru

    3.82%

  • Jenis Pinjaman

    Pinjaman Fleksi

  • Tempoh Berkunci

    Tiada

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

4.36%

Bayaran Bulanan

RM2,492

Apa yang menarik tentang Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank?
  • Pakej Full Flexi
  • Terbaik untuk nilai pinjaman berjumlah RM400,000-RM550,000
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% untuk pinjaman baru

Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Product Review by iMoney

Adakah Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank Sesuai Untuk Saya?

Alliance Islamic Bank menawarkan pakej produk yang mematuhi Shariah untuk memenuhi keperluan individu yang berbeza. Alliance Bank i-Wish Home Financing adalah pinjaman berjangka asas yang memberikan pengecualian ke atas duti setem apabila anda melakukan refinancing dari pinjaman perumahan konvensional kepada pembiayaan Islamik yang membenarkan anda untuk menjimatkan sebahagian kos pendahuluan yang berkaitan dengan pinjaman perumahan. Pakej i-Wish Flexi Home Financing adalah pinjaman perumahan full-flexi, yang bersambung kepada akaun semasa. Dengan pendepositan pembayaran lebihan secara kerap, ini membolehkan anda menjimatkan bayaran faedah untuk tempoh jangka masa panjang. Dengan kedua-dua pakej pinjaman perumahan Alliance Islamic Bank, anda dilindungi dari kenaikan BFR (Base Financing Rate) melalui permohonan kadar siling yang dihadkan. Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun, iaitu tempoh lock-in purata dan kompetetif dengan produk pinjaman perumahan dari kebanyakan bank. Jika anda mahu lakukan penyelesaian awal pembayaran balik pinjaman anda sebelum berakhirnya tempoh 3 tahun ini, anda perlu jangkakan pembayaran penalti sehingga 3% dari jumlah pinjaman terkumpul. Alliance Islamic Bank menyediakan margin pembiayaan sehingga 95% termasuk MRTA dari rakan kongsi insuransnya atau sehingga 90% tanpa MRTA. Tempoh maksimum pinjaman ditetapkan pada 35 tahun (berdasarkan garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pakej pinjaman perumahan oleh Alliance Islamic Bank adalah sesuai untuk membiaya pelbagai jenis hartanah (sama ada yang telah siap atau masih dalam pembinaan), sub-jualan, pinjaman tambahan serta refinancing.

Pakej Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank

Alliance Islamic Bank menyediakan dua pakej pinjaman perumahan Islamik yang berdasarkan konsep Bai Bithaman Ajil (BBA), iaitu penjualan barangan berasaskan pembayaran tertunda dalam bentuk i-Wish Home Financing-i dan i-Wish Flexi Home Financing-i. Kami telah senaraikan ciri utama setiap pakej di bawah untuk memudahkan perbandingan anda.
Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
i-Wish Home Financing-i
  • Pakej pembiayaan rumah asas Islamik
  • Diskaun 20% ke atas duti setem untuk pinjaman baru
  • Pengecualian penuh duti setem apabila melakukan refinancing dari pinjaman konvensional
  • Pengecualian penuh duti setem apabila melakukan refinancing dari pinjaman konvensional
  • Perlindungan dari peningkatan BFR
Ya, Semi-Flexi
i-Wish Flexi Home Financing-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik fleksibel yang bersambung dengan akaun semasa
  • Tiada yuran penubuhan atau yuran penyeleggaraan bulanan
  • Pengecualian 20% ke atas duti setem untuk pinjaman baru
  • Pengecualian penuh duti setem apabila melakukan refinancing dari pinjaman konvensional
Ya, Full-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi Alliance Islamic Bank

Pakej Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
i-Wish Home Financing-i i-Wish Flexi Home
Jenis Flexi Semi-Flexi Full-Flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Ya
Yuran Penyelenggaraan Akaun Tidak Tidak
Yuran Pengeluaran RM50 Tiada
Terma & Syarat Pengeluaran Notis 5 hari diperlukan untuk melakukan pengeluaran Tiada

Adakah Saya Layak Untuk Memohon Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank?

Sesiapa sahaja yang berumur di atas 21 tahun dengan jumlah pinjaman minimum sebanyak RM100,000 boleh memohon pinjaman perumahan Alliance Islamic Bank.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Borang Permohonan * Kad Pengenalan * Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju * Salinan Individual Title Deed * Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap) * Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut) * Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut) * Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut) * Borang EA terkini * Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut) * Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Alliance Islamic Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Alliance Islamic Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Alliance Islamic Bank?

Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Alliance Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online. MEPS : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara. Interbank GIRO : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online. Fasiliti Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan. Mesin ATM Alliance Islamic Bank : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Alliance Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Citibank. Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Alliance Islamic Bank. Pembayaran Melalui Pos : Poskan kepada Alliance Islamic Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup. Perbankan Telefon : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan HSBC Amanah : Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada HSBC Amanah adalah 3.90%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun. Pinjaman Perumahan OCBC : Di OCBC, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 4.02%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tiada tempoh berkunci untuk gadai janji ini. Pinjaman Perumahan AmBank : AmBank menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.99%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 3 tahun.