Hitung bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan Alliance Bank. Pohon secara percuma.
Alliance Bank menawarkan dua pakej pinjaman perumahan, bermula dengan Conventional Home Loan yang merupakan pakej semi-flexi yang membenarkan anda melakukan pembayaran secara lebih dari nilai ansuran untuk merendahkan nilai faedah. Produk keduanya iaitu SaveLink Home Loan adalah merupakan pinjaman perumahan full-flexi yang bersambung dengan akaun semasa yang mampu mengurangkan faedah dan memendekkan tempoh pinjaman (sekiranya anda melakukan pembayaran tetap ke dalam akaun semasa tersebut).
Pinjaman Perumahan Alliance Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun, meletakkannya di antara tempoh lock-in kebiasaan untuk kebanyakan bank. Jika anda bercadang untuk melakukan penyelesaian awal di dalam tempoh 3 tahun ini – melalui jualan hartanah atau refinancing – anda akan dikenakan penalti sehingga 3% dari jumlah pinjaman terkumpul.
Alliance Bank menyediakan margin pembiayaan sehingga 90% dan juga pilihan 5% termasuk MRTA. Polisi MRTA hanya boleh dibiaya jika dibeli dari rakan kongsi insurans Alliance Bank. Produk pinjaman perumahan ini juga datang bersama tempoh maksimum pinjaman selama 35 tahun (mengikut garis panduan terkini dari Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun.
Alliance Bank menawarkan tiga pakej gadai janji yang bersesuaian dengan keperluan individu dalam bentuk Conventional Home Loan, SaveLink Home Loan dan SaveLink Interest Payment Option. Ciri-ciri utama setiap pakej diterangkan di bawah untuk perbandingan anda:
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
Conventional Home Loan |
|
Ya, semi-flexi |
SaveLink Home Loan |
|
Ya, Full Flexi |
Pakej Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Conventional Home Loan | SaveLink Home Loan | |
---|---|---|
Jenis Flexi | Semi-Flexi | Full-Flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Tidak | Ya |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | Tiada | RM10 sebulan |
Yuran Pengeluaran | RM50 | No |
Terma & Syarat Pengeluaran | Yuran penyediaan fasiliti pengeluaran sebanyak RM200 | Tiada |
Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan sedang mencari jumlah minimum pinjaman sebanyak RM100,000 untuk layak memohon. Warga asing juga boleh memohon tetapi tertakluk kepada terma yang berbeza dan margin pembiayaan yang lebih rendah.
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Alliance Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Alliance Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.
Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Alliance Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.