• Kadar Faedah (p.a)

    4.70%

  • Kadar Asas Baru

    4.1%

  • Jenis Pinjaman

    Term Loan

  • Tempoh Berkunci

    3 tahun

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

4.70%

Bayaran Bulanan

RM2,593

Apa yang menarik tentang Pembiayaan Perumahan AFFIN ISLAMIC?
  • Tempoh Lock-in 3 - 5 tahun
  • 20% diskaun duti setem

Kelayakan

Tempoh: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTT
Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Product Review by iMoney

Adakah Pembiayaan Perumahan AFFIN ISLAMIC Sesuai Dengan Saya?

Pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC mempunyai tempoh tertutup selama 3 hingga 5 tahun berdasarkan pakej. AFFIN ISLAMIC menawarkan pakej pembiayaan perumahan inovatif – Home Invest-i dan Home Assist Plus-i. Kedua-dua pakej adalah sebahagian daripada produk pembiayaan baru berdasarkan Musharakah Mutanaqisah (MM) atau Perkongsian Berkurangan. Bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan kurang daripada RM200,000, Home Assist Plus-i merupakan pakej yang ideal bagi anda. Tawaran ini termasuk sehingga 95% margin pembiayaan, termasuk pembiayaan 5% Gadai Janji Takaful (MRTT ). Kesemua kadar keuntungan pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC dikira berdasarkan baki harian. Untuk nilai hartanah RM200,000 dan ke atas , anda boleh memohon Home Invest-i, dan mendapatkan pembiayaan sehingga 95%, termasuklah pembiayaan MRTT 5%. Pemohon boleh mendapatkan pembiayaan untuk tempoh maksimum 35 tahun ( mengikut peraturan terbaru oleh Bank Negara Malaysia ) atau sehingga umur 70 tahun, yang mana terdahulu.

Pakej Pembiayaan Perumahan AFFIN ISLAMIC

AFFIN ISLAMIC menawarkan 2 pakej gadai janji yang menepati keperluan pelbagai individu, iaitu Home Invest-i dan Home Assist Plus-i. Ciri-ciri istimewa setiap pakej adalah seperti berikut:
Produk Ciri-ciri Utama Jenis Pembiayaan
Home Invest-i
  • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar keuntungan ke atas baki harian
  • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
  • Khas untuk hartanah bernilai RM200,000 dan ke atas
  • 20% diskaun duti setem
Pembiayaan tanpa flexi
Home Assist Plus-i
  • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar keuntungan ke atas baki harian
  • Khas untuk hartanah bernilai RM100,000 hingga RM200,000
  • 20% diskaun duti setem
Pembiayaan tanpa flexi

Maklumat terperinci Pakej Pembiayaan Perumahan Flexi AFFIN ISLAMIC

AFFIN ISLAMIC tidak menawarkan Pakej Pembiayaan Perumahan Flexi untuk Home Invest-i dan Home Assist-i. Walaubagaimanapun AFFIN ISLAMIC menawarkan kemudahan pengeluaran fleksibel apabila dana diperlukan.

Adakah saya layak memohon Pembiayaan Perumahan AFFIN ISLAMIC?

Tidak kira sama ada anda adalah warganegara Malaysia atau tidak, anda layak untuk memohon gadai janji ini sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sedang mencari hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM100,000. Bagi pakej Home Assist Plus-i, terdapat syarat minimum hartanah bernilai RM200,000 dan jumlah minimum pembiayaan sebanyak RM100,000.

Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?

Jika anda telah memohon gadai janji AFFIN ISLAMIC, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Kad Pengenalan * 3 bulan Slip Gaji terkini * 3 bulan Penyata Bank terkini (akaun gaji dimasukkan) * Borang BE/EA terkini * Salinan Tempahan atau Resit Pendahuluan atau Salinan Perjanjian jual beli * Surat Hak Milik Tanah (jika berkenaan) * 6 bulan Penyata Bank / Pembiayaan jika dibiayai semula * Penyata KWSP terkini * Surat Pengesahan Jawatan daripada majikan yang dialamatkan kepada Affin Islamic * Borang Permohonan yang telah diisi lengkap Untuk bekerja sendiri: * Borang Pendaftaran Peniagaan * 6 bulan Penyata Akaun Perniagaan/ Penyata Akaun Peribadi terkini * Borang B / E-Filing disertai dengan resit pembayaran cukai terkini * Akaun Untung & Rugi atau Akaun Pengurusan terkini

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah idaman anda serta jumlah pembiayaan. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney, dan kami akan hubungi anda semula. Permohonan pembiayaan perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pembiayaan perumahan dari AFFIN ISLAMIC ini adalah yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pembiayaan perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah pembayaran balik gadai janji AFFIN ISLAMIC mudah?

Beberapa cara yang anda boleh lakukan pembayaran pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC termasuklah: Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari Akaun Semasa-i / Simpanan-i AFFIN ISLAMIC anda untuk melakukan pembayaran secara online MEPS : Pembiayaan anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara Interbank GIRO : Bayar semula pembiayaan anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang terlibat atau melalui perbankan online Kemudahan Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan Mesin ATM AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC : Pindahkan wang dari Akaun Semasa-i / Simpanan-i AFFIN ISLAMIC anda untuk melakukan pembayaran di mana-mana cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC bank Pembayaran melalui Pos : Poskan kepada AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank cek serta penyata anda di dalam sampul surat Perbankan Telefon : Bekalkan arahan melalui T-PIN supaya pembayaran pembiayaan perumahan anda dilakukan melalui pemotongan dari akaun bank
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan AIA : Kadar pinjaman perumahan daripada AIA bermula dari 4.99%. Ia tidak mempunyai pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun.. Pinjaman Perumahan Bank Islam : Bank Islam menawarkan pembiayaan rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.90%. Pilihan untuk pakej pembiayaan fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pembiayaan rumah ini adalah 5 tahun. Pinjaman Perumahan Maybank : Di Maybank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.20%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini.