- Anda Bayar
- RM 89 /mth
- Kadar Faedah
- Jumlah Faedah Perlu Dibayar
- RM 70
- Jumlah Keseluruhan
- RM 1,070
Pilihan pelaburan bijak untuk masa depan yang lebih terjamin. Nikmati bayaran bulanan yang berpatutan dan jana kekayaan anda dengan Pembiayaan Berjangka BSN ASB-i.
Gunakan alat Cadangkan Saya Pinjaman Peribadi kami untuk mencari pinjaman peribadi yang terbaik berdasarkan keperluan dan kelayakan anda.
Pilih produk yang memenuhi keperluan anda dan klik butang Mohon.
Sila isi borang pemohonan dengan butiran anda. Wakil dari iMoney ataupun dari bank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda.
Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM200,000, tidak termasuk caj lain.
Bagi produk ini, penjamin tidak diperlukan kerana semua Sijil Unit ASB yang dibiayai akan disimpan oleh Bank sepanjang tempoh pembiayaan dan digadai sebagai cagaran di bawah kontrak Syariah Rahn, di mana penggadai (rahin) menggadaikan aset (marhun) kepada penerima gadaian (murtahin) bagi menjamin liabiliti atau obligasi penghutang (marhun bih) sekiranya berlaku kegagalan bayaran.
Adalah sangat penting untuk anda memaklumkan kepada Bank secara bertulis atau melalui emel jika terdapat sebarang perubahan dalam maklumat perhubungan anda. Ini bagi memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
Jika anda mempunyai kesukaran membuat pembayaran, anda perlu menghubungi pihak Bank dengan segera untuk membincangkan alternatif pembayaran. Anda boleh hubungi kami:
Pusat Perhubungan Pelanggan
Bank Simpanan Nasional
Tel: 1300 88 1900 / 03-2613 1900 (Luar Negara) / (Overseas)
Emel/Email: customercare@bsn.com.my