Dapatkan Robo Advisor

yang sesuai untuk anda.

Cari Platform Pelaburan Online Terbaik - Banding Risiko dan Pulangan

Kami menjumpai 6 pelaburan online untuk anda!

iMoney Exclusive

StashAway

Dapatkan diskaun 50% fi pengurusan untuk 6 bulan pada RM100,000 pertama pelaburan anda!

Permulaan Min.
RM 0
Platform
Mobile Icon Desktop Icon
Yuran Tahunan
0.2% - 0.8%
Review Icon

Bina portfolio secara automatik berdasarkan risiko profil dan matlamat kewangan anda. Mula melabur dalam dagangan global ETF pada kos rendah dan algoritma hak milik StashAway akan menguruskan portfolio anda mengikut aliran pasaran.

Raiz

Permulaan Min.
RM 0
Platform
Mobile Icon Desktop Icon
Yuran Tahunan
RM1.50 or 0.025% a month
Review Icon

Labur baki wang pembelian harian anda. Pembelian akan diimbangi secara automatik (mengikut pilihan) dan dilaburkan di dalam pelbagai unit amanah ASN.

Wahed Invest

Permulaan Min.
RM 0
Platform
Mobile Icon Desktop Icon
Yuran Tahunan
0.39% - 0.79%
Review Icon

Portfolio halal dalam talian yang berteraskan matlamat dan Shariah. Laburlah dalam stok Malaysia dan US (ETF), dan unit amanah sukuk.

BEST Invest

Permulaan Min.
RM 10
Platform
Mobile Icon Desktop Icon
Yuran Tahunan
0.5% - 1.8%
Review Icon

Simpan wang anda ke dalam unit amanah yang melabur dalam pasaran dana ekuiti global, sukuk dan dana wang. Semua portfolio adalah patuh Shariah yang memfokuskan pelaburan mapan.

MYTHEO

Permulaan Min.
RM 100
Platform
Mobile Icon Desktop Icon
Yuran Tahunan
0.5% - 1%
Review Icon

Bina portfolio secara automatik dan bebas semasa menguruskan peruntukkan pendapatan, perkembangan dan aset lindung nilai inflasi. Pelaburan pada kos rendah dan dalam dagangan global ETF.

Akru

Permulaan Min.
RM 0
Platform
Desktop Icon
Yuran Tahunan
0.2% - 0.7%
Review Icon

Penasihat robo Malaysia yang pertama ini menawarkan pelaburan kos rendah dalam dagangan global ETF. Bina portfolio berdasarkan matlamat dan risiko profil anda.

Last updated: Okt 12, 2021

Soalan Lazim Penasihat Robo di Malaysia

Penasihat robo pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2018 walaupun mereka sudah wujud sejak 2008.

Sekiranya anda menangguhkan pelaburan kerana anda menganggapnya menakutkan, dan jika anda menghargai faktor kemudahan berbanding faktor yang lain, maka penasihat robo boleh memberi apa yang anda perlukan. Ini apa yang anda harus tahu sebagai permulaan.

  • Penasihat robo adalah platform pelaburan digital yang menggunakan algoritma untuk membuat portfolio pelaburan anda berdasarkan matlamat pelaburan anda dan toleransi risiko dengan sedikit atau tanpa pengawasan manusia.

  • Penasihat robo secara automatik memilih pelaburan, memperuntukkan dan mengimbangkan semula portfolio anda berdasarkan pilihan risiko dan matlamat kewangan anda.

    Ia kemudian melaburkan wang anda dalam dana dagangan pertukaran (ETF), yang merupakan kumpulan saham, bon atau pelaburan lain. Wang anda akan dilabur berdasarkan platform penasihat robo yang anda pilih.

  • Secara amnya, penasihat robo mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar berbanding jenis pelaburan yang lain. Kebanyakkan penasihat robo mempunyai syarat pelaburan permulaan yang memerlukan minimum atau sifar pelaburan.

    Tidak ada satu ukuran yang sesuai untuk semua pelabur. Untuk memilih penasihat robo yang memberikan pulangan terbaik, anda mesti menentukan pilihan pelaburan anda terlebih dahulu.

    Adakah anda ingin melabur hanya dalam dana patuh Syariah, atau fokus pada dagangan global ETF? Sila lawat laman web setiap platform yang disenaraikan di atas untuk mengetahui lebih lanjut sebelum membuat keputusan.

  • Kebanyakan penasihat robo mengenakan yuran mengikut saiz portfolio anda - semakin besar portfolio anda, semakin sedikit yuran yang anda bayar. Anda juga harus berhati-hati dengan yuran yang berkaitan dengan pelaburan asas yang membentuk portfolio anda.

    BEST Invest, Raiz dan Wahed Invest melabur dalam dana unit amanah, umumnya mempunyai yuran yang lebih tinggi. MyTHEO, Akru dan StashAway melabur dalam dagangan ETF, yang mempunyai yuran yang lebih rendah.

  • Kelebihan:

    • Yuran rendah. Penasihat Robo mengenakan yuran pengurusan yang biasanya di bawah 1% setahun.
    • Keselesaan. Anda boleh membina portfolio lengkap dengan hanya sedikit modal, tanpa perlu mengira secara manual berapa banyak sekuriti yang anda perlukan untuk membeli atau mengimbangkan semula portfolio anda sendiri.
    • Mengelakkan pelaburan berasaskan emosi. Ia menggunakan algoritma untuk bertindak balas terhadap keadaan pasaran. Dengan penasihat robo, anda dapat menggunakan pendekatan purata kos seringgit dengan melaburkan jumlah tetap setiap bulan, ini dapat mengelakkan dorongan emosi untuk membeli dan menjual berdasarkan sentimen pasaran.
    • Pelaburan pasif. Sekiranya anda tidak selesa membuat keputusan pelaburan sendiri, atau anda tidak mahu (atau tidak dapat) menghabiskan banyak masa untuk meneliti, dan mengimbang semula portfolio anda, maka penasihat robo boleh menjadi alternatif yang baik.

     

    Kekurangan:

    • Tidak telus. Sekiranya anda seorang pelabur yang bijak, anda mungkin ingin mengetahui kriteria khusus yang digunakan oleh penasihat robo untuk melabur, atau bagaimana penasihat robo memilih untuk mengimbangkan semula portfolio anda. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak selalu tersedia.
    • Tidak diperibadikan. Penasihat Robo membolehkan anda menetapkan perkara tertentu seperti profil risiko anda atau tujuan pelaburan, tetapi itu sahaja. Anda secara amnya tidak dapat mengubah kaedah pelaburan, memilih (atau mengecualikan) pelaburan berindividu dalam portfolio anda atau mengubah pelaburan anda ke kawasan geografi tertentu.