• Kadar Faedah (p.a)

    4.71%

  • Kadar Asas Baru

    4.08%

  • Jenis Pinjaman

    Pinjaman Fleksi

  • Tempoh Berkunci

    Tiada

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

4.71%

Bayaran Bulanan

RM2,596

Apa yang menarik tentang Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin?
  • Pilihan pakej dengan atau tanpa tempoh lock-in
  • Servis selepas jualan yang baik
  • Pengiraan kadar harian untuk merendahkan pembayaran faedah

Kelayakan

Umur Minima: 21 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 10% untuk pembiayaan MRTT
Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Product Review by iMoney

Adakah Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin sesuai untuk saya?

OCBC Al-Amin mempunyai satu produk perdana pembiayaan perumahan Islamik iaitu pakej Manarat Home-i yang menawarkan peminjam pilihan yang mematuhi Shariah selain dari pakej pinjaman perumahan konvensional OCBC. Manarat Home-i memberi peminjam fleksibiliti untuk memilih antara pakej fixed+floating atau pure floating. Bagi pakej floating, kadar faedah OCBC Al-Amin adalah setara dengan pinjaman perumahan konvensional OCBC. Maka, peminjam mempunyai keyakinan bahawa mereka mendapat tawaran pinjaman perumahan yang kompetetif. Pakej Manarat Home-i adalah pinjaman perumahan semi-flexi yang menawarkan fleksibiliti untuk tempoh lock-in. Tempoh lock-in ini terpulang kepada pilihan pelanggan dengan pakej tanpa tempoh lock-in mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding pakej dengan tempoh lock-in. Jika anda tidak bercadang untuk melakukan refinancing atau menjual hartanah dalam tempoh 3 tahun, pakej dengan tempoh lock-in boleh dipertimbangkan. Lagipun, pilihan tempoh lock-in selama 3 tahun boleh dianggap pendek apabila dibandingkan dengan bank di seluruh Malaysia. Bagi pinjaman dengan tempoh lock-in, penalti penyelesaian awal sebanyak 3% ke atas jumlah pinjaman terkumpul akan dikenakan apabila hartanah dijual atau melalui proses refinancing dalam tempoh 3 tahun. OCBC bertekad untuk mempraktikkan keunggulan khidmat pelanggan mereka dengan menekankan kepantasan tindak balas jawapan pertanyaan dari pelanggan melalui hotline yang mudah untuk diakses serta tindakan susulan untuk tawaran pinjaman perumahan. Peminjam boleh memohon pinjaman untuk kerja pengubahsuaian rumah dengan jumlah pinjaman sehingga 30% dari nilai hartanah jika mereka mahu lakukannya semasa di dalam tempoh pinjaman. Produk-produk OCBC Al-Amin adalah berlandaskan Shariah. Manarat Home-i adalah berdasarkan konsep Musharakah Mutanaqisah (Diminishing Partnership) dan Ijarah Muntahiah bi Al-Tamlik di mana pihak bank membeli hartanah dari pelanggan dan menyewakannya kembali kepada pelanggan, yang kemudiannya akan dijual kepada pelanggan pada hujung tempoh pinjaman pada nilai yang nominal. OCBC Al-Amin mempunyai margin pembiayaan sehingga 100% dan tempoh pinjaman boleh mencecah sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Faedah pinjaman perumahan OCBC Al-Amin dikira berdasarkan kadar harian.

Pakej Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin

Pakej pinjaman perumahan Manarat Home-i yang ditawarkan oleh OCBC Al-Amin adalah mematuhi prinsip Shariah. Bergantung kepada keperluan individu, anda mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil pinjaman dengan kadar tetap atau kadar berubah-ubah. Ciri utama pakej Manarat Home-i dirumuskan seperti di bawah.
Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Manarat Home-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik dengan pilihan kadar tetap atau berubah-ubah
  • Margin pembiayaan sehingga 100%
  • Membenarkan pembiayaan yuran perundangan, duti setem dan premium Takaful
  • Pengecualian duti setem disediakan
Ya, Semi-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi OCBC Al-Amin

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Manarat Home-i
Jenis Flexi Semi-flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak
Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada
Yuran Pengeluaran RM10
Terma & Syarat Redrawal Tiada

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Borang Permohonan * Kad Pengenalan * Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju * Salinan Individual Title Deed * Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap) * Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut) * Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut) * Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut) * Borang EA terkini * Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut) * Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan OCBC Al-Amin untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari OCBC Al-Amin adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin?

OCBC Al-Amin tidak mempunyai rangkaian cawangan yang luas seperti bank tempatan. Namun, terdapat banyak cara pembayaran yang tidak memerlukan peminjam untuk pergi ke bank. OCBC juga hanya menawarkan pinjaman untuk hartanah yang terletak di kawasan bandar di mana cawangannya berada. Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa OCBC Al-Amin anda untuk melakukan pembayaran secara online. MEPS : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara. Interbank GIRO : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online. Fasiliti Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan. Mesin ATM OCBC Al-Amin : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa OCBC Al-Amin anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan OCBC Al-Amin. Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan OCBC Al-Amin. Pembayaran Melalui Pos : Poskan kepada OCBC Al-Amin cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup. Perbankan Telefon : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank : Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Public Islamic Bank adalah 3.65%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun. Pinjaman Perumahan RHB : RHB menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 4.00%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 3 tahun. Pinjaman Perumahan Affin Bank : Di Affin Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.99%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun untuk gadai janji ini.