Adakah Pinjaman Perumahan MBSB sesuai untuk saya?
MBSB menawarkan satu produk pinjaman perumahan digelar MBSB Home Financing, yang disediakan untuk hartanah yang telah siap dan yang masih di bawah pembinaan, tidak lupa juga untuk refinancing. Pakej Zero Entry Cost disediakan untuk semua pinjaman bernilai RM150,000 ke atas.
Margin pembiayaan pinjaman perumahan MBSB boleh mencecah sehingga 100% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pembelian polisi Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident Insurance (PA) dari MBSB adalah wajib.
Pinjaman perumahan MBSB mempunyai tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya antara tempoh terpanjang di pasaran.
Pakej Pinjaman Perumahan MBSB
MBSB menyediakan pinjaman perumahan konvensional dalam bentuk produk Home Financing. Ciri utama produk ini dirumuskan di bawah untuk perbandingan anda.
Produk
|
Ciri-ciri Utama
|
Adakah ini Pakej Flexi?
|
MBSB Home Financing
|
-
Zero Entry Cost (RM150,000 dan ke atas) dan yuran perundangan subsidi (di bawah RM150,000) disediakan
-
Margin pembiayaan sehingga 100%
-
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident (PA) adalah wajib
|
Tidak
|
Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan MBSB, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
* Borang Permohonan
* Kad Pengenalan
* Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
* Salinan Individual Title Deed
* Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
* Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
* Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
* Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
* Borang EA terkini
* Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
* Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan MBSB untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.
Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari MBSB adalah pilihan yang terbaik untuk anda,
klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan MBSB?
MBSB kini mempunyai rangkaian cawangan yang kecil di mana kebanyakan pinjaman perumahan MBSB dibayar. Kekurangan ATM dan sokongan perbankan online membuatkan pembayaran balik sedikit sukar.
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa MBSB anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM MBSB
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa MBSB anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan MBSB.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan MBSB.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada MBSB cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan Alliance Bank
: Di Alliance Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 4.00%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini.
Pinjaman Perumahan Bank Rakyat
: Bank Rakyat menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.87%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun.
Pinjaman Perumahan Public Bank
: Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Public Bank adalah 3.65%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun.