• Kadar Faedah (p.a)

    4.70%

  • Kadar Asas Baru

    4.1%

  • Jenis Pinjaman

    Pinjaman Fleksi

  • Tempoh Berkunci

    5 tahun

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

4.70%

Bayaran Bulanan

RM2,593

Apa yang menarik tentang Pinjaman Perumahan Affin Bank?
  • Pakej Full Flexi
  • Terbaik untuk jumlah pinjaman dari RM500,000-RM600,000

Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Product Review by iMoney

Adakah Pinjaman Perumahan Affin Bank Sesuai Dengan Saya?

Pinjaman perumahan Affin Bank didatangkan bersama tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya di antara tempoh terpanjang antara bank-bank di Malaysia. Anda boleh jangkakan penalti penamatan awal bernilai 5% dari jumlah keseluruhan pinjaman jika anda membayar pinjaman atau melakukan refinancing dalam tempoh 3 tahun pertama dan 3% untuk 2 tahun berikutnya. Dengan itu, pinjaman perumahan Affin Bank adalah sesuai untuk pembeli yang tidak berniat untuk melakukan refinancing atau menjual hartanah mereka sekurang-kurangnya selama 5 tahun dari tarikh pembelian. Affin Bank menawarkan pakej pinjaman perumahan inovatif – Home Solution Plus yang menyediakan pilihan pinjaman flexi ataupun tanpa flexi, bergantung kepada objektif kewangan anda. Bagi mereka yang mahukan lebih fleksibiliti, pakej Home Flexi Plus adalah kombinasi pinjaman perumahan dan pembiayaan overdraft. Bagi mereka yang mahu meminjam kurang dari RM200,000, Home Assist Plus adalah pakej terbaik Affin Bank. Ia juga diklasifikasikan di bawah Skim Rumah Pertamaku, jadi jika anda adalah pembeli rumah kali pertama yang sedang mencari margin pinjaman sehingga 100%, anda boleh memohon dengan Affin Bank. Kesemua kadar faedah pinjaman perumahan Affin Bank dikira berdasarkan baki harian. Di luar Skim Rumah Pertamaku, Affin Bank menawarkan margin pembiayaan sehingga 90%-95% dan lebihan 5% untuk membiaya polisi MRTA anda. Untuk layak menerima keistimewaan ini, anda perlu pilih polisi MRTA dari AXA Insurance. Pemohon boleh meminjam sehingga tempoh maksimum selama 35 tahun (berdasarkan garis panduan baru dari Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga berumur 75 tahun.

Pakej Pinjaman Perumahan Affin Bank

Affin Bank menawarkan 4 pakej gadai janji yang menepati keperluan pelbagai individu di dalam bentuk Home Solution Plus, Home Flexi Plus, Home Assist Plus dan Skim Rumah Pertamaku. Ciri-ciri istimewa setiap pakej adalah seperti berikut:
Produk Ciri-ciri Utama Jenis Pinjaman
Home Solution Plus
  • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar faedah ke atas baki harian
  • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
  • Khas untuk hartanah bernilai RM200,000 dan ke atas
Pinjaman Flexi atau Tanpa Flexi
Home Flexi Plus
  • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar faedah ke atas baki harian
  • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
  • Kemudahan overdraft sehingga 70% dari jumlah pinjaman
Pinjaman Tanpa Flexi + Overdraf
Home Assist Plus
  • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar faedah ke atas baki harian
  • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
  • Khas untuk hartanah bernilai RM100,000 hingga RM200,000
Pinjaman Full Flexi
My First Home Scheme
  • Khas untuk pembeli rumah kali pertama
  • Umur pemohon dari 35 tahun dan ke bawah
  • Untuk individu yang berpendapatan bulanan sebanyak RM5,000 dan ke bawah
Pinjaman Tanpa Flexi

Maklumat terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi Affin Bank

Pakej pinjaman flexi membenarkan peminjam melakukan pembayaran balik secara lebih pada setiap bulan untuk mengurangkan caj kadar faedah bulanan yang dikenakan. Pakej ini datang bersama dengan spesifikasi, yuran dan syarat yang patut diberi perhatian disamping manfaat lain.
Home Solution Plus Home Assist Plus
Jenis Flexi Full-Flexi Full-Flexi
Adakah akaun bank bersambung diperlukan? Ya Ya
Yuran Penyelenggaraan Akaun Ada Tiada
Yuran Pengeluaran RM25 RM25

Adakah saya layak memohon Pinjaman Perumahan Affin Bank?

Tidak kira sama ada anda adalah warganegara Malaysia atau tidak, anda layak untuk memohon gadai janji ini sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sedang mencari hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM100,000. Bagi pakej Home Solution Plus, terdapat syarat minimum hartanah bernilai RM200,000 dan jumlah minimum pinjaman sebanyak RM100,000.

Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?

Jika anda telah memohon gadai janji Affin Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Borang Permohonan * Kad Pengenalan * Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju * Salinan Individual Title Deed * Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap) * Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut) * Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut) * Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut) * Borang EA terkini * Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut) * Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Affin Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah idaman anda serta jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney, dan kami akan hubungi anda semula. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Affin Bank ini adalah yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah pembayaran balik gadai janji Affin Bank mudah?

Beberapa cara yang anda boleh lakukan pembayaran balik Pinjaman Perumahan Affin Bank termasuklah: Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari akaun Simpanan atau Semasa Affin Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online MEPS : Bayar semula pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara Interbank GIRO : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang terlibat atau melalui perbankan online Kemudahan Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan Mesin ATM Affin Bank : Pindahkan wang dari akaun Simpanan atau Semasa Affin Bank anda untuk melakukan pembayaran di mana-mana cawangan Affin Bank Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Affin Bank Pembayaran melalui Pos : Poskan kepada Affin Bank cek serta penyata anda di dalam sampul surat Perbankan Telefon : Bekalkan arahan melalui T-PIN supaya pembayaran pinjaman perumahan anda dilakukan melalui pemotongan dari akaun bank
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan AIA : Kadar pinjaman perumahan daripada AIA bermula dari 4.99%. Ia tidak mempunyai pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun.. Pinsjaman Perumahan Bank Islam : Bank Islam menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.90%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun. Pinjaman Perumahan Maybank : Di Maybank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.20%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini.