- Anda Bayar
- RM 89 /mth
- Kadar Faedah
- Jumlah Faedah Perlu Dibayar
- RM 70
- Jumlah Keseluruhan
- RM 1,070
Sebarang maklumat yang anda kongsikan di laman web pihak ketiga akan tertakluk kepada polisi laman web tersebut, dan tidak lagi tertakluk kepada polisi privasi kami. as our privacy policy will no longer apply.
Juga, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pelanggaran maklumat sulit atau polisi privasi yang disebabkan oleh perkongsian anda di laman web pihak ketiga.
As this link is provided for your convenience only, our connecting you to the third party website also does not constitute an endorsement of the contents of this website.
Setuju, teruskan!Pinjaman boleh digunakan untuk menggabungkan hutang kredit kad dan pinjaman peribadi lain
Nilai pinjaman boleh mencecah sehingga RM150,000
Kadar faedah tetap bermula dari 4.99% setahun (tertakluk kepada kriteria kelulusan bank)
Gunakan kalkulator kami untuk mencari pinjaman peribadi paling sesuai untuk anda.
Pilih produk yang memenuhi keperluan anda dan klik butang Mohon.
Sila isi borang pemohonan dengan butiran anda. Wakil dari iMoney ataupun dari bank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda.
Pinjaman Peribadi CashFirst Alliance Bank ialah sebuah pinjaman konvensional yang tidak bercagar. Seperti juga pembiayaan peribadi Islam yang ditawarkan oleh Alliance Bank, pinjaman peribadi ini membenarkan anda menyatukan sehingga empat kad kredit dan/atau pinjaman peribadi lain. Akan tetapi, pinjaman ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah, dan anda boleh meminjam dari RM5,000 hingga RM150,000.
Kesesuaian: Pinjaman Peribadi CashFirst Alliance Bank sesuai untuk menyatukan hutang kerana ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kad kredit atau pinjaman peribadi lain.
Kelayakan pendapatan: Pinjaman peribadi ini terbuka kepada mereka yang menjana pendapatan sebanyak RM3,000 dan ke atas, atau mereka yang ingin meminjam jumlah pembiayaan yang lebih tinggi (boleh mencecah sehingga RM150,000).
Kebaikan: Tiada fi pemprosesan, penjamin atau cagaran diperlukan, dan tiada fi penyelesaian awal.*
Anda boleh mohon di sini.
Ya, Alliance Bank adalah bank tempatan Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur. Alliance Bank adalah termasuk Alliance Islamic Bank, Alliance Investment Bank dan Alliance Bank Malaysia.
Jumlah maksimum pinjaman ini adalah sehingga RM150,000.
Pemohon mesti berumur antara 21 hingga 60 tahun untuk layak memohon. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 60 tahun pada penghujung tempoh pinjaman.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang bekerja dan tinggal di Malaysia dengan gaji kasar minimum sebanyak RM3,000 sebulan.
Warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura namun tinggal di Malaysia boleh dipertimbangkan.
Apabila permohonan lengkap telah dilakukan melalui iMoney, wakil kami akan menghubungi anda dalam hari bekerja yang sama untuk mengesahkan permohonan anda. Setelah itu, Alliance Bank akan memerlukan tempoh purata 7 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan cuti umum) sebelum kelulusan atau pembayaran keluar dilakukan.
Anda perlu mengemukakan dokumen berikut bagi permohonan pinjaman anda:
Pemohon MNC:
Pemohon bukan syarikat MNC atau syarikat berhad swasta:
Pemohon yang bekerja sendiri:
Pemohon komisen pendapatan:
Seperti pinjaman-pinjaman peribadi lain, anda dikehendaki membayar ansuran bulanan yang terdiri daripada jumlah pokok dan caj keuntungan.
Jumlah yang perlu anda bayar setiap bulan bergantung pada jumlah pinjam, tempoh pinjaman, dan kadar faedah. Contohnya, jika anda meminjam RM50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak 4.99% dalam tempoh 5 tahun, ansuran bulanan anda adalah RM1,041.
Gunakan kalkulator pinjaman peribadi di atas untuk mengira ansuran bulanan anda.
Berikut adalah bayaran selain daripada pinjaman anda:
Setelah anda selesai memohon dengan iMoney, anda dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut:
Anda boleh dapatkan jadual pembayaran pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst tahun 2022 di sini.
Ya, anda boleh melakukan penyelesaian awal untuk pinjaman ini. Juga, rebat penyelesaian awal akan diberikan kepada anda.
Anda akan dikenakan caj bayaran lewat tahunan sebanyak 1% ke atas jumlah tunggakan anda.
Tidak, anda tidak layak memohon jika nama anda disenarai hitamkan.
Tidak, anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pinjaman mengikut masa untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula.
Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus
Jika kelayakan minima yang berjumlah RM3,000 terlalu tinggi, anda boleh pertimbangkan Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus. Pinjaman ini menawarkan kelayakan pendapatan minima serendah RM2,000, kadar faedah tetap bermula dari 6.88% setahun, dan tempoh pinjaman maksima selama 5 tahun.
Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi
Adakah anda mencari pembiayaan dengan tempoh pembiayaan yang lama? Cubalah Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi dengan tempoh pembiayaan selama 8 tahun. Pembiayaan ini juga menawarkan kadar faedah tetap serendah 6.99% setahun. Walau bagaimanapun, kelayakan pendapatan minima adalah lebih tinggi iaitu RM5,000.