• Kadar Faedah (p.a)

    4.72%

  • Kadar Asas Baru

    3.77%

  • Jenis Pinjaman

    Pinjaman Fleksi

  • Tempoh Berkunci

    Tiada

Kalkulator Pinjaman
Jumlah Pinjaman

RM

Tempoh Pinjaman (tahun)
Kadar Faedah (p.a)

4.72%

Bayaran Bulanan

RM2,599

Apa yang menarik tentang Pinjaman Perumahan Standard Chartered Saadiq?
  • Pakej Full Flexi
  • Tiada tempoh lock-in
  • Terbaik untuk jumlah pinjaman di atas RM600,000

Kelayakan

Umur Minima: 21 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90%
Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Product Review by iMoney

Adakah Pinjaman Perumahan Standard Chartered Saadiq sesuai untuk saya?

Dari segi harga, Standard Chartered Saadiq adalah pakej yang paling kompetetif untuk hartanah dan jumlah pinjaman melebihi RM600,000. Standard Chartered Saadiq menawarkan pengurangan perkongsian melalui pajakan. Pakej My Home-i adalah pinjaman berjangka Islamik tanpa perkhidmatan tambahan di mana anda akan menikmati pengecualian duti setem untuk pembelian baru dan pengecualian penuh duti setem apabila anda melakukan refinancing dari pinjaman perumahan konvensional. Pakej My Home-i adalah pembiayaan rumah full-flexi yang digabungkan dengan akaun semasa dan memberikan anda fleksibiliti untuk penjimatan kos kewangan dengan pendepositan wang lebihan anda. Standard Chartered Saadiq juga menyediakan perlindungan kadar siling untuk kedua-dua pakej pinjaman perumahan dan dengan itu melindungi anda dari perubahan BRF (Base Financing Rate) serta kenaikan kadar pembiayaan. Pinjaman perumahan Standard Chartered Saadiq tidak mempunyai tempoh lock-in, membuatkannya antara yang terbaik berbanding dengan produk pinjaman perumahan lain. Ini bermakna, anda boleh membuat pembayaran penuh pinjaman bila-bila masa tanpa perlu membayar penalti penyelesaian awal.

Pakej Pinjaman Perumahan Standard Chartered Saadiq

Kami telah rumuskan ciri-ciri utama pakej pinjaman perumahan Standard Chartered Saadiq di dalam jadual di bawah untuk perbandingan anda.
Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
My Home-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik berdasarkan konsep Diminishing Musharakah
  • Pengecualian duti setem apabila melakukan refinancing dari pinjaman konvensional
  • Perlindungan kadar siling dari perubahan BR untuk peminjam
Tidak
My HomeOne-i
  • Menggabungkan fasiliti pembiayaan rumah dengan akaun yang mudah untuk digunakan (Akaun Mudharabah), memberikan anda fleksibiliti untuk mengawal kewangan anda
  • Perlindungan kadar siling dari perubahan BR untuk peminjam
  • Penjimatan kos kewangan mudah dengan pendepositan wang lebihan
Ya, Full-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi Standard Chartered Saadiq

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
MyHomeOne-i
Jenis Flexi Full-flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Ya
Yuran Penyelenggaraan Akaun RM10 sebulan
Yuran Pengeluaran Tiada
Terma & Syarat Pengeluaran Tiada

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Standard Chartered Saadiq Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut: * Borang Permohonan * Kad Pengenalan * Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju * Salinan Individual Title Deed * Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap) * Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut) * Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut) * Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut) * Borang EA terkini * Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut) * Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Standard Chartered Saadiq Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Standard Chartered Saadiq Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Standard Chartered Saadiq?

Berikut adalah beberapa cara pembayaran balik pinjaman perumahan Standard Chartered Saadiq anda. Pemindahan Secara Online : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Standard Chartered Saadiq Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online. MEPS : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara. Interbank GIRO : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online. Fasiliti Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan. Mesin ATM Standard Chartered Saadiq Bank : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Standard Chartered Saadiq Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Standard Chartered Saadiq. Mesin Express Payment : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Standard Chartered Saadiq Bank. Pembayaran Melalui Pos : Poskan kepada Standard Chartered Saadiq Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup. Perbankan Telefon : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan RHB : RHB menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 4.00%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 3 tahun. Pinjaman Perumahan AIA : Kadar pinjaman perumahan daripada AIA bermula dari 4.99%. Ia tidak mempunyai pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun. Pinjaman Perumahan CIMB Bank : Di CIMB Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 4.00%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini.