Hong Leong Islamic Logo

Pinjaman Perumahan-i Hong Leong Islamic Bank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Keuntungan
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    4.69 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    Tiada

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Pembiayaan

RM
tahun
Kadar Keuntungan
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPinjaman Perumahan-i Hong Leong Islamic Bank?

  • Pakej Pembiayaan Menarik

  • Pakej Full-Flexi

  • Buka Prapembayaran - Bayar Lebih Untuk Lebih Jimat

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTT
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • Pembiayaan hartanah Flexi Property Financing-i yang mematuhi prinsip Shariah yang disediakan oleh Hong Leong Islamic Bank menawarkan rebat kepada pelanggan untuk harga siling bank di bawah prinsip ibra’. Ianya adalah berdasarkan pengiraan keuntungan harian tetapi menyediakan perlindungan dari kenaikan kadar faedah melalui kadar siling. Pinjaman perumahan full-flexi Hong Leong Islamic Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dan anda boleh jangkakan yuran penyelesaian awal sebanyak 3% jika anda mahu melengkapkan pembayaran balik pinjaman di dalam tempoh ini. Ini merupakan syarat kebiasaan apabila dibandingkan dengan produk pinjaman perumahan lain di pasaran. Pinjaman berjangka Hong Leong menawarkan tiada tempoh lock-in. Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank boleh mencecah sehingga 90% + 5% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 30 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun.

  • Pakej pinjaman perumahan berasaskan Shariah Hong Leong Islamic Bank di dalam bentuk pinjaman berjangka dan Flexi Property Financing-i dibentuk khas untuk pelanggan perbankan Islamik. Ciri utama produk-produk ini dirumuskan di bawah untuk perbandingan anda.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    Hong Leong Flexi Property Financing-i
    • Lakukan pembayaran secara lebih tanpa perlu notis awal atau yuran
    • Pengecualian ke atas duti setem untuk kes refinancing
    • Kaedah pengiraan kadar secara harian menawarkan penjimatan ke atas pembayaran yang dibuat
    Ya, Full-Flexi
    Term Loan
    • Pembayaran ansuran tetap untuk mengawal pengaliran wang
    • Pengecualian ke atas duti setem untuk kes refinancing
    • Kaedah pengiraan kadar secara harian menawarkan penjimatan ke atas pembayaran yang dibuat
    Tidak
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      Flexi Property Financing-i
    Jenis Flexi Semi-flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada
    Yuran Pengeluaran Tiada
    Terma & Syarat Pengeluaran Tiada
  • Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun. Warga asing boleh memohon tertakluk kepada syarat berbeza serta margin pembiayaan yang lebih rendah.

  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Hong Leong Islamic Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Hong Leong Islamic Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Hong Leong Islamic Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Pembayaran semula pinjaman perumahan Hong Leong Islamic anda adalah mudah. Berikut adalah beberapa cara anda boleh lakukannya.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM Hong Leong Islamic Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Hong Leong Islamic Bank.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Hong Leong Islamic Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada Hong Leong Islamic Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package