Hong Leong Logo

Pinjaman Perumahan Hong Leong Bank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    4.69 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPinjaman Perumahan Hong Leong Bank?

  • Pakej Full Flexi

  • Produk komprehensif – Pinjaman Berjangka dengan pilihan Overdraf, Pakej Semi-Flexi dan Full-Flexi

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA dengan Hong Leong Assurance
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • Hong Leong Bank menawarkan pelbagai pinjaman perumahan termasuk Hong Leong Flexi Mortgage yang mempunyai ciri “bullet-payment” yang membenarkan anda untuk melakukan pembayaran balik prinsipal sehingga 35% sebagai pembayaran balik terakhir pada hujung tempoh pinjaman.

    Selain itu, terdapat Hong Leong Housing Loan dengan pilihan tempoh berjangka dengan fasiliti overdraf dan juga pakej refinancing yang dikenali sebagai Hong Leong MortgagePlus yang membenarkan pembayaran balik secara berlebih untuk mengurangkan caj faedah. Pakej Hong Leong Special Housing Loan direka cipta khas untuk pembeli rumah kali pertama melalui penyertaan Hong Leong Bank di dalam Skim Rumah Pertamaku, iaitu program yang membantu pembeli rumah kali pertama yang berumur di bawah 35 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM5,000.

    Pinjaman Perumahan Hong Leong Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dan anda boleh jangkakan penalti penyelesaian awal sehingga 3% dari jumlah terkumpul pinjaman sekiranya anda mahu membayar pinjaman secara penuh ataupun melakukan refinancing di dalam tempoh ini.

    Tempoh lock-in serta nilai penalti dari Hong Leong adalah antara yang terendah berbanding dengan produk pinjaman perumahan lain di pasaran semasa. Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank boleh mencecah sehingga 90% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 30 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun. MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) boleh dibiaya bersama dengan pinjaman, membuatkan margin pembiayaan boleh mencecah 95%, asalkan polisi MRTA ini dibeli dari Hong Leong Assurance.

  • Hong Leong Bank menawarkan pelbagai pakej pinjaman perumahan seperti Flexi Mortgage, Housing Loan, MortgagePlus, Special Housing Loan dan Skim Rumah Pertamaku dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Kami telah gabungkan ciri-ciri setiap pakej untuk perbandingan anda.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    Flexi Mortgage
    • Pinjaman berjangka konvensional dengan ciri “bullet-payment” yang membenarkan pembayaran prinsipal sehingga 35% pada hujung tempoh pinjaman sebagai pembayaran akhir
    • Hanya untuk pinjaman berjumlah minimum RM100,000 untuk hartanah yang bernilai lebih RM200,000
    Ya, Semi-Flexi
    Housing Loan
    • Pilihan pinjaman berjangka atau pinjaman berjangka dengan fasiliti overdraf
    • Margin pembiayaan yang lebih untuk Mortgage Decreasing Term Assurance
    • Hanya untuk hartanah berbentuk kediaman
    Tidak
    MortgagePlus
    • Pinjaman perumahan disambung dengan akaun semasa
    • Membenarkan pembayaran balik secara lebih untuk mengurangkan caj faedah
    • Penjimatan melalui kaedah pengiraan kadar faedah harian
    Ya, Full-Flexi
    Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme)
    • Untuk pembeli rumah kali pertama sahaja
    • Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah
    • Margin pembiayaan sehingga 100%
    Tidak
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      Flexi Mortgage MortgagePlus
    Jenis Flexi Semi-flexi Full-flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Ya
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada RM10 sebulan
    Yuran Pengeluaran RM50 Tiada
    Terma & Syarat Pengeluaran Tiada Tiada
  • Tiada syarat tertentu untuk permohonan pinjaman perumahan Hong Leong. Pemohon Skim Rumah Pertamaku perlulah warganegara Malaysia yang belum pernah membeli rumah, berumur 35 tahun dank e bawah serta mempunyai pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000.

  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Hong Leong Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Hong Leong Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Hong Leong Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Berikut merupakan beberapa kaedah pembayaran balik pinjaman perumahan Hong Leong.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM Hong Leong Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Hong Leong.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Hong Leong Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada Hong Leong Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package