Menu

Ciri Utama Produk

Jumlah minimum pembiayaan RM2,000
Jumlah maksimum pembiayaan RM150,000
Tempoh minimum pinjaman 1 tahun
Tempoh maksimum pinjaman 5 tahun
Islamik / Konvensional Konvensional
Kadar faedahKadar tetap dari 8.18% – 14.52% setahun
Tempoh kelulusan Serta-merta
Penggabungan hutang Tidak dibenarkan

Yuran & Caj Lain

Yuran Pengurusan (sekali sahaja) Penalti
Yuran pemprosesan
Tiada
Duti setem
Yuran duti setem 0.5% dikenakan mengikut Akta Setem 1949 (Pindaan 1989)
Yuran pembayaran & yuran pelbagai
Tiada
Pelangsaian awal
Penalti sebanyak RM200 bagi pelangsaian dalam 6 bulan pertama dari tarikh kelulusan pinjaman
Caj bayaran lewat
1% dari jumlah pinjaman tertunggak

Kelayakan

Umur
Berumur antara 21 – 55 tahun
Kelayakan pekerjaan
Kakitangan kerajaan, kakitangan organisasi sektor swasta atau individu yang bekerja sendiri
Gaji minimum
> RM1,500 (gaji kasar) sebulan
Penjamin / Cagaran
Tidak diperlukan

Syarat-syarat lain

Perlu buka akaun bank dengan arahan tetap?
Ya
Perlu beli produk Takaful?
Pelanggan tidak perlu membeli Takaful untuk pinjaman EPE ini, insurans kemalangan peribadi Personal Smart Shield (PSS) ditawarkan


Soalan Lazim Pembiayaan Peribadi - Easy-Pinjaman Ekspres

Berapakah nilai maksimum yang anda boleh pinjam?

Jumlah yang boleh dipinjam adalah sehingga RM150,000 bagi tempoh maksimum pinjaman selama 7 tahun untuk pendapatan sebayak RM10,000. Tempoh pembiayaan maksimum untuk pendapatan di bawah RM10,000 adalah 5 tahun.

Syarat Utama?

Pemohon mestilah berumur antara 21 hingga 55 tahun untuk layak memohon.

Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja sebagai kakitangan organisasi sektor swasta atau bekerja sendiri dengan pendapatan (gaji kasar) minimum sebanyak RM1,500 sebulan.

Pemohon diwajibkan membuka akaun bank bersambung.

Berapakah nilai kos yang terlibat dan bagaimana anda akan dicaj?

Yuran pengurusan (sekali sahaja):

  • Yuran duti setem 0.5% dikenakan merngikut Akta Setem 1949 (Pindaan 1989). Tiada yuran pengurusan lain yang perlu dibayar.
  • Bayaran berulang:

  • Pembayaran balik bulanan yang merangkumi jumlah prinsipal dan caj faedah melalui pemotongan arahan tetap.
  • Bagi nilai pinjaman antara RM2,000 – RM10,000, untuk pinjaman 12 bulan sehingga 60 bulan:

  • Kadar faedah tetap pada 13.45% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pinjaman.
  • Bagi nilai pinjaman antara RM11,000 – RM15,000, untuk pinjaman 12 bulan sehingga 84 bulan:

  • Kadar faedah tetap pada 13.45% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pinjaman.
  • Bagi nilai pinjaman antara RM16,000 – RM50,000, untuk pinjaman 12 bulan sehingga 84 bulan:

  • Kadar faedah tetap pada 11.66% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pinjaman.
  • Bagi nilai pinjaman antara RM51,000 – RM99,000, untuk pinjaman 12 bulan sehingga 84 bulan:

  • Kadar faedah tetap pada 9.91% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pinjaman.
  • Bagi nilai pinjaman antara RM100,000 – RM150,000, untuk pinjaman 12 bulan sehingga 84 bulan:

  • Kadar faedah tetap pada 8.18% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pinjaman.
  • Penalti:

  • Penalti pelangsaian awal sebanyak RM200 bagi pelangsaian dalam 6 bulan pertama dari tarikh kelulusan pinjaman.
  • Caj bayaran lewat sebanyak 1% dari jumlah pinjaman tertunggak. Penalti ini akan meningkatkan jumlah keseluruhan pinjaman tertunggak anda.
  • Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan dan apakah dokumen yang diperlukan?

    Setelah melengkapkan permohonan dengan iMoney, wakil kami akan menghubungi anda dalam hari perniagaan yang sama untuk mengesahkan permohonan anda. Semua yang anda perlukan untuk membawa bersama anda kepada bank adalah MyKad anda. Dengan pengesahan biometrik, semua data pendapatan anda yang diperlukan akan diisi secara automatik secara elektronik oleh Easy oleh RHB. Tiada dokumen atau borang untuk diisi!

    Walaubagaimanapun, untuk berada di sisi yang selamat, bawa bersama dokumen berikut dengan anda juga!

    Jika anda seorang pekerja makan gaji, sila sediakan berikut:

    • Slip pembayaran terkini
    • Slip EPF terkini dengan pembayaran 18 bulan berturut-turut
    • Penyata akaun semasa/simpanan terkini

    Jika anda mempunyai perniagaan sendiri, sila sediakan yang berikut:

    • Sijil Pendaftaran Bisnes (mesti berada dalam bisnes sekurang-kurangnya 2 tahun)
    • Penyata bank 6 bulan terkini
    • Borang B/BE terkini daripada LHDN

    Bolehkah anda memohon sekiranya anda mempunyai rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit yang tidak baik?

    Tidak, anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pinjaman mengikut masa untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula.


    Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang lain, anda boleh mempertimbangkan yang berikut:

    Hong Leong Islamic Pembiayaan Peribadi-i

  • Hong Leong Islamic Pembiayaan Peribadi-i menawarkan kadar faedah tetap bermula dari 12% setahun. Tempoh pembayaran balik maksimum untuk pinjaman peribadi ini adalah 5 tahun. Syarat pendapatan bulanan minimum untuk memohon adalah RM2,000.
  • UOB Pinjaman Peribadi

  • Kadar faedah tetap yang ditawarkan untuk pinjaman UOB Pinjaman Peribadi bermula dari 9.99% setahun. Ia mempunyai tempoh pembayaran balik maksimum sehingga 5 tahun. Syarat pendapatan minimum untuk memohon pinjaman ini adalah RM2,000.
  • Maybank Islamic Pembiayaan Peribadi-i

  • Kadar faedah yang ditawarkan untuk Maybank Islamic Pembiayaan Peribadi-i bermula dari 6.5% setahun. Ia mempunyai tempoh pembayaran balik maksimum sehingga 6 tahun. Syarat pendapatan minimum untuk memohon pinjaman peribadi ini adalah RM2,500.
  • Pohon di sini
    DMCA.com Protection Status
    Sebagaimana Dipaparkan Di