Ciri-Ciri Utama

Ciri-Ciri Lain

  • Diskaun 10% bagi pembelian dalam semua penerbangan Malaysia Airlines (MAS)

  • Diskaun sehingga 20% bagi transaksi runcit di kedai niaga yang terlibat

  • Pelan Perlindungan

    • Perlindungan Insurans Kemalangan Perjalanan sehingga RM1,000,000 apabila tambang penuh penerbangan dicaj pada kad kredit
  • Pindahan Baki

    • Jumlah minimum pindahan: RM1,000 - 12 bulan: 10% setahun; yuran pendahuluan (sekali sahaja) 0%
  • Pelan Ansuran

    • Faedah Pelan Pembayaran Ansuran 0% di semua kedai niaga yang terlibat
Yuran tahunan RM388. Percuma bagi perbelanjaan:
  • RM100,000 ke atas: penepian 100%
  • RM50,000 – RM99,999: penepian 50%
  • RM50,000 ke bawah: tiada penepian
Pendapatan bulanan minimum RM5,000
Umur minimum pemegang prinsipal 21 tahun dan ke atas
Umur minimum pemegang tambahan 18 tahun dan ke atas
Yuran untuk pemegang tambahan Percuma seumur hidup
Caj pembiayaan
  • 15% setahun – bayaran tepat pada masanya untuk 12 bulan
  • 17% setahun – bayaran tepat pada masanya untuk sekurang-kurangnya 10 bulan daripada 12 bulan
  • 18% setahun – jika syarat-syarat di atas tidak dipenuhi
Cukai Perkhidmatan Kerajaan RM50 (pemegang prinsipal); RM25 (pemegang tambahan)
Syarat pengecualian Cukai Perkhidmatan Kerajaan Tiada
Caj bayaran lewat RM10 atau 1% dari baki tertunggak (mana-mana yang lebih tinggi), caj maksimum sehingga RM100
Jumlah pendahuluan tunai RM5,000 sehari
Caj pendahuluan tunai RM15 atau 5% dari jumlah pendahuluan tunai (mana-mana yang lebih tinggi)
Caj faedah pendahuluan tunai 18% setahun dari jumlah pendahuluan tunai
Had rebat tunai Tiada
Tempoh tamat mata ganjaran Tiada


Kad Para Traveller

CIMB Kad Enrich Platinum berpotensi untuk menjadi kawan baik anda jika anda seseorang yang gemar berlancong. Menerusi keistimewaan kad ini yang memberikan satu tiket kelas bisnes apablia anda beli 1 tiket kelas bisnes dengan kad ini, anda berpeluang untuk memperkayakan minda anda melalui perlancongan (dengan keselesaan!). Perlindungan Insurans Kemalangan Perjalanan sehingga RM1,00,000 akan diberikan apabila tambang penuh penerbangan dicaj pada kad kredit. Selain itu, anda boleh memperolehi sehingga 2x Malaysian Airline (MAS) Enrich Miles dengan setiap perbelanjaan runcit dan memperolehi diskaun sebanyak 10% bila membuat pembelian dalam semua penerbangan MAS. Dapatkan 2 Enrich Miles dengan setiap RM4 dibelanjakan di luar negara dan 1.5 Enrich Miles dengan setiap RM6 dibelanjakan dalam negara. Di samping itu, anda juga dapat 1 Enrich Miles dengan setiap RM1 dibelanjakan dalam Malaysia Airlines’ Online Booking. Tambahan pula, anda juga berhak untuk menikmati sehingga 20% dalam transaksi runcit di kedai niaga yang terlibat dan juga faedah pelan pembayaran ansuran 0% di semua kedai niaga yang terlibat. Kad ini bagus untuk mereka yang suka berlancong menggunakan Malaysia Airlines.

Caj Pembiayaan

Yuran tahunan untuk kad ini adalah RM388 tetapi yuran tahunan akan dikecualikan bagi perbelanjaan RM100,000 ke atas dan penepian 50% untuk perbelanjaan RM50,000 to RM99,999. Yuran tahunan untuk kad tambahan adalah dikecualikan untuk seumur hidup. Cukai Perkhidmatan Kerajaan akan dikenakan kepada semua kad kredit selaras dengan syarat Bank Negara pada RM50 untuk setiap kad utama dan RM25 pada setiap kad tambahan. Jika anda membuat pembayaran minimum tepat pada masa 12 bulan (membuat pembayaran minimum 5% dari baki tertunggak atau RM50 yang mana lebih tinggi), anda berhak menikmati caj pembiayaan yang rendah pada 15% setahun. Untuk caj bayaran lewat pula, anda akan dicaj bayaran lewat serendah RM10 atau 1% (yang mana lebih tinggi) daripada jumlah baki tertunggak yang belum dijelaskan (tidak melebihi RM100).Jika anda berminat untuk membuat pindahan baki,jumlah minima pindahan adalah RM1,000 dengan kadar faedah pada 10% setahun dengan yuran pendahuluan 0% untuk sekali sahaja.

Adakah anda layak untuk memohon CIMB Kad Enrich Platinum?

Untuk memohon kad CIMB Kad Enrich Platinum, anda perlu mempunyai pendapatan bulanan minima sebanyak RM5,000 dan berumur 21 tahun ke atas.

Pohon

Ia adalah percuma!

Get the best financial deals in Malaysia

Want to keep up with the latest news on savings, loans and investments?
Sign up for iMoney’s newsletter now!

DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di