GAJI

CIRI CIRI

BANK

Filter

Apakah Itu Kad Kredit??

Kad kredit adalah kad pembayaran yang dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan (iaitu pengeluar kad) yang membolehkan pemegang kad untuk membeli barangan serta perkhidmatan secara kredit.

Kegunaan Kad Kredit

Kad kredit berfungsi seperti pinjaman peribadi. Apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit, anda sebenarnya telah "meminjam" wang daripada pengeluar kad anda. Pada akhir setiap bulan, anda dijangka untuk membayar balik jumlah yang telah "dipinjamkan" kepada and. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan faedah ke atas jumlah yang belum dibayar.

Kategori Kad Kredit Yang Berbeza Di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis kad kredit yang masing-masing mempunyai keistimewaan dan fungsinya yang berbeza. Berikut adalah kategori utama kad kredit di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:

  • Kad Kredit Ganjaran: Kad-kad kredit ini memberikan anda mata ganjaran untuk pembelian kad kredit. Mata ganjaran boleh menebus hadiah dan baucer-baucer lain yang dipamerkan dalam katalog ganjaran pengeluar.
  • Kad Kredit Pulangan Tunai: Kad-kad ini memberi balik anda satu peratus jumlah digunakan serta dibayar kembali kepada pemegang kad kredit. Setiap kad kredit memberikan lokasi lain, dari mana anda boleh menerima pulangan tunai darpada perbelanjaan.
  • • Low interest: These cards offer lower interest rates compared to conventional cards.
  • Kad Kredit Pelancongan: Kad-kad ini memberi anda mata Mile untuk belian terpilih. Mata Mile boleh tebus untuk hak istimewa pelancongan, seperti tiket penerbangan dan peningkatan tempat duduk dengan sistem penerbangan tertentu.
  • Kad Kredit Minyak Petrol: Kad-kad ini menawarkan faedah berkaitan petrol, seperti rebat tunai atau ganjaran tambahan minyak petrol dan perbelanjaan di kiosk petrol.
  • Kad Kredit Dining: Dengan kad kredit ini, membenarkan anda menikmati diskaun dan promosi eksklusif dari pelbagai restoran setiap kali anda makan di luar. Kad-kad ini menawarkan faedah berkaitan petrol, seperti rebat tunai atau ganjaran tambahan minyak petrol dan perbelanjaan di kiosk petrol.
  • Kad Kredit Membeli-Belah: Kalau anda suka membeli-belah, kad kredit macam ini boleh memberi anda tawaran-tawaran eksklusif dan pelbagai diskaun dari pusat beli-belah terkenal.
  • Kad Kredit Islamik: Kad-kad yang mematuhi undang-undang Syariah
  • • Premium: Kad ini menawarkan keistimewaan yang memberi tumpuan kepada produk yang berharga tinggi dan perkhidmatan mewah, seperti golf, restoran terpilih dan kelab eksklusif.

Kadar Faedah Kad Kredit Di Malaysia

Pengeluar kad mengamalkan sistem berperingkat terhadap kadar faedah bagi kad kredit mereka. Secara umumnya, anda akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi jika anda mempunyai sejarah pembayaran balik yang tidak konsisten, dan kadar faedah yang lebih rendah jika anda mempunyai sejarah pembayaran balik yang tepat pada masanya. Di Malaysia, kadar faedah yang biasanya dikenakan adalah sebanyak 13.5 - 17.5% setahun. Sesetengah pengeluar kad juga mungkin mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada polisi-polisi pengoperasian mereka.

Pembayaran Balik Minimum Bulanan Untuk Kad Kredit Di Malaysia

Di Malaysia, pemegang kad pada kebiasaannya diwajibkan untuk membuat bayaran minimum sebanyak 5% ke atas bil-bil kad kredit (atau minimum RM50) pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti yang bersamaan dengan 1% daripada jumlah yang belum dibayar pada bil kad kredit anda (atau minimum RM10).

Had Kredit Untuk Kad Kredit Di Malaysia

Di Malaysia, mana-mana individu dengan pendapatan sebanyak RM36,000 setahun atau kebawah akan dikenakan had kredit maksima sebanyak dua kali ganda daripada pendapatan bulanan beliau. Sebagai contoh: jika pendapatan bulanan anda adalah RM2,000, had kredit maksimum anda adalah 2 × RM2,000 = RM4,000. Had kredit untuk mereka yang berpendapatan melebihi RM36,000 akan ditetapkan oleh pengeluar kad.

Apakah Jumlah Kad Kredit Yang Boleh Anda Miliki Di Malaysia

Di Malaysia, anda layak memiliki seberapa banyak kad kredit yang anda perlu, namum hanya daripada dua (2) pengeluar kad sahaja dengan pendapatan tahunan anda sebanyak RM36,000 dan kebawah. Had pada bilangan kad kredit dan pengeluar kad tidak wujud jika pendapatan tahunan anda melebihi RM36,000. Walau bagaimanapun sila ambil perhatian terhadap cukai perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun bagi setiap kad utama anda, manakala cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun dikenakan untuk setiap kad tambahan anda.

Proses Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Kad Kredit

Anda boleh memohon untuk kad kredit melalui Internet secara PERCUMA dengan menggunakan kalkulator atas talian iMoney. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan berbeza mengikut pengeluar kad, tetapi biasanya termasuk:

Bagi pekerja:
Satu salinan MyKad anda (bahagian depan & belakang), slip gaji untuk tiga bulan terkini + penyata bank untuk tiga bulan terkini ATAU penyata KWSP untuk tiga bulan terkini.
Bagi yang bekerja sendiri:
Satu salinan MyKad anda (bahagian depan & belakang) dan Borang B / BE terkini yang diperakui oleh pihak LHDN.

Ask Us About Credit Card

Have a question about credit card? Ask us in the comment box below.