• Harga

    RM288.00/bulan

  • Kelajuan

    30 Mbps

  • Liputan

    Terhad

  • Quota Data

    Tiada Had

Kelajuan

Muat turun lagu Muat turun filem
Kualiti CD SD (1.5GB)
1 saat 7 minit
Kualiti Terbaik HD (4GB)
3 saat 18 minit

* Saiz fail filem berdasarkan iTunes Movies.

* Tempoh muat turun dikira berdasarkan kelajuan maksima servis internet. Kelajuan sebenar mungkin berbeza.


Pakej internet ini ideal untuk...
  • Pejabat
  • Melayari web
  • Semak email
  • Facebook
  • Twitter
  • Spotify
  • SKype
  • YouTube
  • Muat Turun...
  • Pemindahan fail
  • Persidangan video
  • Permainan online

Panggilan Telefon

  • 5,000 minit panggilan percuma
  • 2 talian
  • Kadar rata 11 sen bagi setiap minit ke seluruh malaysia

Peranti Percuma

  • Modem
  • Wifi Router (ZTE H298N)
  • 2 telefon

Yuran dan Caj

  • Dasar penamatan: RM500

Ulasan Produk oleh iMoney

Untuk mula menikmati salah satu sambungan internet yang terpantas di Malaysia untuk perniagaan anda, dapatkan pakej TIME Fibre Business Internet Basic 30 Mbps oleh TIME, salah satu pembekal sambungan internet berprestasi tinggi yang terkemuka di Malaysia.

Gunakan Gentian!

Pelan TIME Fibre Internet Basic 30 Mbps memastikan bahawa perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana dapat menikmati perkhidmatan sambungan internet yang lancar; untuk memudahkan kerja-kerja perniagaan. Anda dan kakitangan anda kini boleh menyambung ke internet secara serentak tanpa perlu menjejaskan pengalaman melayari internet. Sebagai tambahan, anda juga akan menerima pakej pengehosan percuma, Pelan Ebiz Power untuk 5 pengguna, disediakan oleh Exabytes Network.

Perniagaan Anda Layak Menerimanya

Selain daripada kelajuan internet 30 Mbps yang diperolehi dengan pakej ini, anda juga akan mendapat tambahan bulanan percuma di mana kelajuan internet ditingkatkan ke 50 Mbps untuk 15 jam melalui pakej TIME Fibre Business Internet Basic 30 Mbps ini. Anda tidak perlu risau tentang menghadkan penggunaan internet anda kerana pakej ini mempunyai kuota internet yang tidak terhad. Panggilan boleh dilakukan melalui pelan ini pada kadar RM0.11/minit untuk panggilan tempatan dan RM0.10/minit atau kurang untuk panggilan antarabangsa. Kredit panggilan percuma sehingga 5,000 minit juga diberikan apabila anda mendaftar untuk pakej TIME Fibre Business Internet Basic 30 Mbps.

Pelan Jalur Lebar Gentian Termurah untuk Perniagaan

Anda boleh menikmati perkhidmatan Pelan Time Fibre Business Internet Basic 30 Mbps dengan yuran bulanan EM390.08 dan kos pemasangan sekali RM249. Yuran pemasangan ini akan dikecualikan jika anda memilih kontrak 24 bulan. Telefon DECT, Penghala Wifi ZTE dan modem juga disertakan dalam kos pemasangan.

Anda juga boleh melihat pelan Jalur Lebar Perniagaan Gentian TIME yang lain dan membuat permohonan anda dengan segera.