Bantuan kereta gantian sementara
Klik butang disebelah untuk maklumat lanjut
Anda boleh menganggarkan premium insurans motor anda dan pohon online untuk memperbaharui polisi anda di iMoney. Hanya lengkapkan borang permohonan kami, dan rakan kongsi insurans kami akan memperbaharukan polisi serta cukai jalan anda dalam satu proses yang mudah.
* Kos ditanggung oleh pemegang polisi. Servis akan diaturkan oleh Tokio Marine.
Tokio Marine Auto Partner Services adalah servis kecemasan 24 jam khas untuk pemegang polisi insurans kereta komprehensif Tokio Marine. Tokio Marine Auto Partner Services menyediakan perkhidmatan pembaikian kecemasan, penundaan dan servis tambahan yang melibatkan kecemasan atau kerosakan kereta.
Tokio Marine memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1957 sebelum menubuhkan cawangan rasmi pada tahun 1971. Sebagai sebahagian dari Tokio Marine & Fire Insurance di Jepun, operasinya di Malaysia adalah salah satu dari 37 buah negara di serata dunia. Melalui pembelian MUI Continental pada tahun 2012, Tokio Marine telah menjadi salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia.