Bantuan kereta gantian sementara
Klik butang disebelah untuk maklumat lanjut
Anda boleh menganggarkan premium insurans motor anda dan pohon online untuk memperbaharui polisi anda di iMoney. Hanya lengkapkan borang permohonan kami, dan rakan kongsi insurans kami akan memperbaharukan polisi serta cukai jalan anda dalam satu proses yang mudah.
*Pengurusan dilakukan oleh Berjaya Sompo, kos ditanggung oleh pemegang polisi.
Berjaya Sompo menawarkan khidmat 24 jam Car Breakdown Assistance Program kepada pemegang polisi insurans bermotor komprehensif Berjaya Sompo. Servis ini diuruskan oleh Asia Assistance Network (AAN) Sdn. Bhd.
Berjaya General Insurance Berhad merupakan pembelian dari Tokio Marine & Fire Insurance Bhd pada tahun 1999. Berikutan pembelian kepentingan ekuiti sebanyak 30% dari Sompo Japan Insurance Inc, ia diberi nafas baru dan dinamakan Berjaya Sompo Insurance Berhad. Pada tahun 2011, Sompo Japan Insurance Inc membeli sebanyak 40% ekuiti dan menjadikannya pemilik dengan hak sebanyak 70%. Sebagai salah satu syarikat insurans terbesar di Jepun, Sompo Japan Insurance telah membantu pertumbuhan Berjaya Sompo Insurance Berhad dalam menjadi syarikat insurans yang berdaya saing di Malaysia.