Penafian

iMoney dan PIDM

iMoney.my (selepas ini dirujuk sebagai “iMoney”) adalah sebuah laman web perbandingan produk kewangan berdikari. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia atau PIDM adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di Malaysia. iMoney dan PIDM bukan suatu pembekal perkhidmatan kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat kewangan.

Kandungan di (https://www.imoney.my/kempen/pidm-sedia-payung-kewangan) disediakan atas dasar “seperti adanya” untuk tujuan maklumat umum sahaja. Kandungan tersebut tidak membentuk sebarang nasihat dan mana-mana bahagian kandungan tersebut tidak merupakan suatu tawaran terbuka yang mampu membentuk asas kontrak. iMoney dan PIDM berusaha untuk memastikan maklumat di laman web ini adalah tepat dan terkini, namun, iMoney tidak mewajarkan atau menjaminkan kandungan di sini adalah 100% tepat, mengikut masa, atau berkait dengan sebarang penyelesaian masalah yang mungkin ada oleh pihak pelawat. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, iMoney dan PIDM menafikan sebarang dan semua jaminan, sama ada tidak tersirat atau tersirat, termasuk kualiti atau kesesuaian yang boleh dirunding bagi tujuan tertentu, yang berkenaan tentang penerbitan kandungan ini.

Laman mikro ini mungkin akan memasukkan penyataan, pendapat atau pandangan pihak ketiga, termasuk kandungan atau hantaran oleh pengguna atau pelawatan di laman mikro ini. Walaupun iMoney dan PIDM pada masa-masa yang tertentu akan merujuk kepada pembekal, produk atau perkhidmatan tertentu dengan menggunakan nama, ia tidak membentuk sebarang sokongan oleh iMoney dan PIDM. Juga, sebarang kandungan atau hantaran oleh pengguna atau pelawat di laman mikro ini tidak disokong dalam apa-apa cara, atau mewakili pandangan pihak iMoney dan PIDM. iMoney dan PIDM menafikan sebarang dan semua liabiliti atau tanggungjawab atas apa-apa kesilapan, ketidaktepatan, peninggalan, pengeliruan atau kandungan fitnah. Sebagai pelawat atau pengguna yang berdaftar bersama iMoney, anda tidak boleh bergantung kepada sebarang kandungan tersebut tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat kewangan daripada pakar yang berkelayakan profesional.

Nama produk, logo, jenama dan tanda dagangan lain pihak ketiga di laman mikro ini adalah hak milik yang diperolehi oleh pemegang-pemegang tanda dagangan masing-masing. Pemegang-pemegang tanda dagangan ini tidak bergabung atau berkaitan dengan iMoney dan PIDM atau laman mikro ini dan mereka tidak menaja atau menyokong kandungan kami.

iMoney dan PIDM khususnya mengecualikan liabiliti untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan atau pergantungan anda ke atas sebarang kandungan atau servis yang disediakan melalui laman mikro ini. iMoney dan PIDM berhak untuk mengemaskini, meminda atau mengubah kandungan laman mikro ini tanpa notis.

Setiap usaha dilakukan bagi memastikan laman mikro ini berjalan lancar. Namun, iMoney dan PIDM tidak bertanggungjawab jika laman mikro tidak boleh digunakan secara sementara kerana masalah teknikal adalah di luar kawalan kami.