Kempen Kalkulator Bajet PIDM/iMoney
Intelligent Money Sdn. Bhd. (Company No. 1005180-T) akan dirujukan sebagai “iMoney” atau “syarikat”. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia akan dirujuk sebagai “PIDM”.
Kempen Kalkulator Bajet PIDM/iMoney (“Kempen”) akan bermula pada 21 Ogos 2021 hingga jam 23:59:59 (+8:00 GMT: Kuala Lumpur), 31 Oktober 2021.
- Kempen Kalkulator Bajet PIDM/iMoney terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia.
- Kakitangan PIDM dan iMoney tidak layak untuk menyertai kempen ini.
- Untuk mengambil bahagian, peserta harus melengkapkan kesemua ruang kosong di kalkulator bajet sebelum 23:59:59 (+8:00 GMT: Kuala lumpur), 31 Oktober 2021.
- Hanya penyerahan yang lengkap yang dihantar sebelum 23:59:59 (+8:00 GMT: Kuala lumpur), 31 Oktober 2021 akan dipertimbangkan untuk hadiah ini. Masa adalah mengikut waktu sistem pelayan.
- Setiap peserta ke-30 yang berjaya akan memenangi satu (1) hadiah dari kumpulan:
40 x RM50 PIN tambah nilai Touch N’ GO eWallet
- PIDM adalah pihak berkuasa muktamad dalam menentukan tafsiran ke atas terma dan syarat ini dan sebarang perihal mengenai hadiah ini.
- PIDM/iMoney berhak untuk menggantikan hadiah dengan yang lain yang bersamaan nilai mengikut budi bicaranya.
SYARAT GANJARAN DAN PEMBERIAN |
- Dengan menyertai kempen ini, peserta memberi kebenaran dan bersetuju:
a) bahawa iMoney berhak untuk mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi yang dihantar untuk kegunaan kalkulator bajet dan kempen ini, termasuk mendedahkan perkara yang sama kepada penyedia perkhidmatan/pemberian pembekal bagi tujuan pengumpulan ganjaran dan pulangan tunai.
b) bahawa iMoney berhak untuk mengguna dan menerbit nama pemenang yang terpilih bagi tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa memberi pampasan atau sebarang notifikasi awal (jika perlu).
c) bahawa keputusan iMoney setelah diumumkan adalah muktamad. Sebarang persoalan mengenai keputusan tidak akan dilayan.
- Kesemua hadiah akan diberikan oleh Intelligent Money Sdn. Bhd.
- Pemenang yang terpilih akan dihubungi dan dimaklumkan melalui emel dan mesej teks dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh kempen tamat.
- Hadiah akan diberikan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pengumuman pemenang.
- Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas pengumuman akan ditarik balik.
- iMoney berhak untuk memberi hadiah lain dengan nilai yang bersamaan mengikut kesesuaian iMoney.
Pin Tambah Nilai eWallet Touch N’ Go
- Buka Aplikasi TNG eWallet dan klik Tambah Nilai.
- Klik PIN Tambah Nilai TNG eWallet.
- Masukkan kod tebusan dan hantar.
Penggunaan PIN Tambah Nilai Touch N’ Go eWallet ditadbir oleh terma dan syarat Touch N’ Go eWallet.
- PIDM/iMoney berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa notis awal. Penyertaan peserta dalam kempen ini adalah mengikut terma dan syarat PIDM/iMoney.
- Terma dan syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul dari atau berkaitan dengan kempen ini akan dirujuk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Maklumat ini telah dikemaskini pada 21 Ogos 2021