{"id":58167,"date":"2023-08-30T14:48:12","date_gmt":"2023-08-30T06:48:12","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=58167"},"modified":"2023-08-30T14:48:12","modified_gmt":"2023-08-30T06:48:12","slug":"runding-manfaat-faedah-gaji-kerja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja","title":{"rendered":"Apa Yang Anda Boleh Runding Semasa Temuduga Kerja"},"content":{"rendered":"<p>Kita semua pernah diberi nasihat untuk berunding gaji yang tinggi semasa temuduga kerja. Itulah nasihat yang sering kita dengar. Tetapi selain\u00a0 daripada gaji bulanan, ada banyak lagi perks dan manfaat yang anda boleh runding bersama majikan anda.<\/p>\n<p>Antara manfaat yang dimaksudkan di sini adalah seperti cuti bergaji, elaun ulang-alik kerja, peluang mengembangkan kemahiran, dan banyak lagi. Kesemua manfaat ini bergantung pada majikan masing-masing dan sangat penting untuk anda tahu jika ianya ditawarkan kepada anda.<\/p>\n<h2><span class=\"ez-toc-section\" id=\"Tetapi%E2%80%A6-bolehkah-anda-berunding-manfaat-dan-faedah\"><\/span>Tetapi&#8230; bolehkah anda berunding manfaat dan faedah?<span class=\"ez-toc-section-end\"><\/span><\/h2>\n<p>Mestilah boleh! Kebiasaannya, kita hanya fokus terhadap gaji semasa proses rundingan, tetapi anda juga berhak untuk mendapatkan manfaat kerja yang lebih baik.<\/p>\n<p>Cuba anda fikir, anda mungkin tidak menerima gaji yang banyak semasa memulakan kerja di tempat baru (atas sebab kelayakan), atau majikan sendiri yang tidak boleh memberikan gaji yang banyak kepada anda atas faktor syarikat itu sendiri. Jadi, inilah waktu yang sesuai untuk anda mendapatkan manfaat dan faedah lain yang boleh menambahbaik kelangsungan hidup anda.<\/p>\n<h2><span class=\"ez-toc-section\" id=\"Senarai-manfaat-yang-boleh-dirunding\"><\/span>Senarai manfaat yang boleh dirunding<span class=\"ez-toc-section-end\"><\/span><\/h2>\n<p>Seperti yang sudah dinyatakan, setiap majikan dan syarikat menyediakan manfaat dan faedah pekerjaan yang berbeza. Kebiasaannya pada zaman sekarang, majikan akan menawarkan manfaat kesihatan seperti insurans kesihatan, rawatan pergigian, rawatan mata dan banyak lagi. Dan manfaat sebegini agak sukar untuk dirunding kerana ianya telah ditetapkan oleh pihak majikan.<\/p>\n<p>Namun jangan risau, ada banyak lagi manfaat pekerjaan yang boleh dirunding seperti:<\/p>\n<h3>1. Cuti Bergaji\/Cuti Tahunan<\/h3>\n<p>Jika tempat kerja lama anda menyediakan cuti tahunan yang lebih tinggi berbanding tempat kerja baru, mungkin anda boleh meminta majikan anda untuk memberikan jumlah cuti tahunan yang sama atau lebih banyak.<\/p>\n<p>Katakan majikan baru anda hanya menawarkan dua minggu cuti tahunan, tetapi majikan lama menawarkan tiga minggu \u2013 jadi anda seharusnya berunding untuk tiga minggu. Jika majikan tersebut tidak boleh memberikan cuti tahunan seperti yang anda minta, sekurang-kurangnya mereka akan menambah beberapa hari untuk anda. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya adalah tambahan cuti untuk anda.<\/p>\n<h3>2. Waktu kerja yang fleksibel<\/h3>\n<p>Ada antara kita yang perlu menghantar anak ke sekolah setiap pagi dan ada juga yang perlu menjaga dan mengasuh ahli keluarga yang sakit, atau anda lebih gemar untuk melakukan kerja pada lewat malam atau awal pagi.<\/p>\n<p>Jika anda mempunyai sebab-sebab yang kukuh, kami cadangkan anda untuk berbincang dengan majikan. Anda boleh memberitahu majikan yang anda bercadang untuk bekerja sepenuh masa di pejabat dalam beberapa bulan yang pertama untuk membiasakan diri dengan keadaan pejabat, membina hubungan dengan pekerja lain, dan belajar selok-belok pekerjaan anda.<\/p>\n<p>Kemudian, barulah anda berbincang dengan majikan. Jangan pula minta terlalu awal, tunjukkan bahawa yang anda komited dengan kerja anda tetapi inginkan jadual kerja yang sedikit fleksibel.<\/p>\n<h3>3. Bekerja dari rumah<\/h3>\n<p>Bekerja dari rumah atau work from home telah menjadi budaya kerja yang popular sejak wujudnya wabak COVID-19. Ramai yang semakin arif dan tahu tentang cara-cara mengurus kerja dari rumah.<\/p>\n<p>Anda boleh bertanyakan kepada majikan jika mereka menyediakan kebebasan untuk bekerja dari rumah. Kebiasaannya, majikan akan memperuntukkan beberapa hari dalam sebulan untuk anda bekerja dari rumah. Ada juga majikan yang menggunakan konsep hybrid \u2013 minggu ini anda bekerja di pejabat, dan minggu depan anda bekerja dari rumah.<\/p>\n<p>Namun anda mesti ingat, kebebasan ini mestilah datangnya dengan tanggungjawab dan kebolehan untuk mengurus kerja secara sendiri.<\/p>\n<h3>4. Program\/Kursus mengembangkan kemahiran<\/h3>\n<p>Ini adalah salah satu manfaat yang disediakan oleh kebanyakan majikan pada zaman sekarang, lebih-lebih lagi jika kemahiran tersebut akan digunapakai di syarikat itu sendiri.<\/p>\n<p>Anda boleh bertanyakan kepada majikan terlebih dahulu jika mereka menyediakan manfaat sebegini. Ini terutamanya bagus jika anda sudah memasang niat untuk mendapatkan sijil kemahiran dan ingin mempertingkatkan daya saing dalam industri anda.<\/p>\n<h3>5. Cuti paterniti dan cuti bersalin<\/h3>\n<p>Jika anda adalah bakal ayah dan ibu, ini adalah salah satu soalan yang paling penting untuk anda bertanyakan kepada majikan. Anda sepatutnya tahu tentang jumlah cuti paterniti dan cuti bersalin yang anda layak dapat, termasuklah polisi cuti tersebut.<\/p>\n<p>Ini juga menunjukkan bahawa anda seorang yang menitikberatkan kepentingan keluarga serta komitmen jangka masa panjang anda terhadap majikan. Barulah majikan tahu yang anda ingin bekerja lama di syarikat tersebut.<\/p>\n<h3>6. Elaun perjalanan dan tempat letak kereta<\/h3>\n<p>Ada antara kita yang perlu berulang-alik dari rumah ke tempat kerja sehingga beratus-ratus kilometer setiap hari. Contohnya, ada yang tinggal di hujung Selangor dan bekerja di tengah-tengah Lembah Klang. Ketahui jika majikan anda ada menyediakan elaun perjalanan yang meliputi kos tol dan minyak kereta, termasuklah elaun tempat letak kereta.<\/p>\n<p>Ada juga antara kita yang perlu bekerja di hujung minggu dan kadang-kala ditugaskan di negara atau negeri lain. Jadi, jangan lupa untuk bertanyakan tentang elaun harian jika anda ditugaskan di luar kawasan.<\/p>\n<h3>7. Pampasan pemberhentian kerja<\/h3>\n<p>Salah satu lagi manfaat penting yang anda perlu tahu adalah pampasan pemberhentian kerja. Pampasan ini akan dibayar kepada anda jika syarikat majikan anda muflis atau anda diberhentikan kerja yang disebabkan perkara lain yang bukannya salah anda. Ketahui segala tanggungjawab yang perlu di laksanakan oleh majikan anda melalui prosedur Garis Panduan Pemberhentian Pekerja.<\/p>\n<p>Pampasan ini akan membantu anda untuk lebih bersedia dari segi kewangan jika perkara-perkara tersebut berlaku. Nanti, tidaklah anda terkejut dan panik jika diberhentikan secara serta-merta.<\/p>\n<h2><span class=\"ez-toc-section\" id=\"Apakah-cara-terbaik-untuk-berunding\"><\/span>Apakah cara terbaik untuk berunding?<span class=\"ez-toc-section-end\"><\/span><\/h2>\n<p>Bergantung pada manfaat-manfaat yang di atas, anda boleh bertanyakan pada majikan semasa temuduga kerja ataupun semasa anda sudah bekerja di syarikat tersebut.<\/p>\n<h3>1. Berunding semasa temuduga terakhir<\/h3>\n<p>Kebanyakan temuduga pada zaman sekarang memerlukan dua hingga tiga pusingan. Jadi, kami galakkan anda untuk berunding semasa temuduga pusingan terakhir. Dengan cara ini, majikan tahu bahawa anda tidak gilakan manfaat dan sebaliknya bersabar dan bertimbang rasa.<\/p>\n<h3>2. Semasa penilaian prestasi tahunan<\/h3>\n<p>Tidak semestinya semasa temuduga kerja sahaja, anda juga boleh berunding semasa penilaian prestasi tahunan. Pastikan anda berbincang dengan penyelia (supervisor) atau ketua jabatan anda sebelum anda bertanya kepada wakil Sumber Manusia (HR) anda.<\/p>\n<h3>3. Utamakan manfaat yang penting dahulu<\/h3>\n<p>Berdasarkan pengalaman orang lain, kebarangkalian untuk anda mendapatkan kesemua manfaat di atas agak rendah (bergantung pada majikan. Jadi, sebelum anda berunding dengan majikan, pertimbangkan dahulu manfaat mana yang paling penting untuk anda.<\/p>\n<h3>4. Berikan sebab yang kukuh<\/h3>\n<p>Majikan tidak akan sewenang-wenangnya memberikan manfaat kepada anda tanpa sebab yang kukuh. Jika anda rasa anda layak untuk mendapat sesuatu manfaat tersebut, buktikan dengan menunjuk pencapaian tahunan anda. Juga, ini akan memudahkan proses rundingan anda dengan wakil Sumber Manusia.<\/p>\n<h3>5. Kenalpasti batasan majikan anda<\/h3>\n<p>Sebelum berunding, pastikan anda tahu akan situasi dan prestasi keuntungan majikan anda. Jika prestasi majikan anda tidak sebegitu bagus, ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih fleksibel semasa berunding. Jika majikan tidak dapat memberikan manfaat yang anda minta, mungkin anda boleh berunding untuk manfaat yang lebih kecil.<\/p>\n<p>Secara tuntasnya, majikan anda telah menemu duga dan mencari beratus-ratus calon yang sesuai yang diperlukan untuk satu jawatan sahaja. Jika mereka betul-betul sukakan anda, maka anda tidak perlu takut atau malu untuk berunding.<\/p>\n<p>Walau apapun keputusan dan jawapan majikan anda, kekalkan intonasi dan nada perbincangan yang beradab dan profesional. Sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan permintaan anda, jangan lupa untuk berterima kasih kepada mereka. Selamat berunding!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah tahu apa hendak dirunding semasa temuduga kerja?<\/p>\n","protected":false},"author":50,"featured_media":58163,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[326,1365],"tags":[1368,985,1369],"class_list":["post-58167","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-terkini","category-kerjaya","tag-gaji","tag-kerjaya","tag-temuduga-kerja"],"acf":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v26.6 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Tips Runding Gaji, Manfaat &amp; Faedah Semasa Temuduga Kerja<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Tujuh manfaat kerja untuk anda negotiate dan runding semasa temuduga kerja dan penilaian prestasi anda.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Tujuh Lagi Manfaat Kerja Untuk Anda Runding Semasa Temuduga\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Selain gaji, apa yang anda boleh minta dan runding semasa temuduga kerja? Kami ada tujuh manfaat pekerjaan untuk anda runding dengan majikan baru anda.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"iMoney Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-08-30T06:48:12+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30143406\/runding-e1693377279572.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1284\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"628\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Syazwan Zulkifli\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Syazwan Zulkifli\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"5 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja\",\"url\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja\",\"name\":\"Tips Runding Gaji, Manfaat & Faedah Semasa Temuduga Kerja\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30142549\/handshake-top-close-up-view-scaled-e1693376775447.jpg\",\"datePublished\":\"2023-08-30T06:48:12+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#\/schema\/person\/7800b21d80761570f406efa4b2360631\"},\"description\":\"Tujuh manfaat kerja untuk anda negotiate dan runding semasa temuduga kerja dan penilaian prestasi anda.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30142549\/handshake-top-close-up-view-scaled-e1693376775447.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30142549\/handshake-top-close-up-view-scaled-e1693376775447.jpg\",\"width\":942,\"height\":628,\"caption\":\"Handshake top close up view. Two businesspeople shake hands to seal a deal, laptop computer with rising stats on the desk. Human resources manager promoting successful employee. Seal a deal concept.\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Artikel Terkini\",\"item\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/category\/artikel-terkini\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":3,\"name\":\"Apa Yang Anda Boleh Runding Semasa Temuduga Kerja\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/\",\"name\":\"iMoney Malaysia\",\"description\":\"Everything you need to know about improving your personal finances.\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#\/schema\/person\/7800b21d80761570f406efa4b2360631\",\"name\":\"Syazwan Zulkifli\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/62fe8724cf4edab0e731236af072da78b4eb4dcb47df2eac4efbbb37b73945ff?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/62fe8724cf4edab0e731236af072da78b4eb4dcb47df2eac4efbbb37b73945ff?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Syazwan Zulkifli\"},\"description\":\"Fluent in both Bahasa and English, Syazwan weaves the realms of copywriting and translation with precision without compromise.\",\"url\":\"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/author\/syazwan-zulkifli\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Tips Runding Gaji, Manfaat & Faedah Semasa Temuduga Kerja","description":"Tujuh manfaat kerja untuk anda negotiate dan runding semasa temuduga kerja dan penilaian prestasi anda.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Tujuh Lagi Manfaat Kerja Untuk Anda Runding Semasa Temuduga","og_description":"Selain gaji, apa yang anda boleh minta dan runding semasa temuduga kerja? Kami ada tujuh manfaat pekerjaan untuk anda runding dengan majikan baru anda.","og_url":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja","og_site_name":"iMoney Malaysia","article_published_time":"2023-08-30T06:48:12+00:00","og_image":[{"width":1284,"height":628,"url":"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30143406\/runding-e1693377279572.png","type":"image\/png"}],"author":"Syazwan Zulkifli","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Syazwan Zulkifli","Est. reading time":"5 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja","url":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja","name":"Tips Runding Gaji, Manfaat & Faedah Semasa Temuduga Kerja","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30142549\/handshake-top-close-up-view-scaled-e1693376775447.jpg","datePublished":"2023-08-30T06:48:12+00:00","author":{"@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#\/schema\/person\/7800b21d80761570f406efa4b2360631"},"description":"Tujuh manfaat kerja untuk anda negotiate dan runding semasa temuduga kerja dan penilaian prestasi anda.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#primaryimage","url":"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30142549\/handshake-top-close-up-view-scaled-e1693376775447.jpg","contentUrl":"https:\/\/static.imoney.my\/articles\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/30142549\/handshake-top-close-up-view-scaled-e1693376775447.jpg","width":942,"height":628,"caption":"Handshake top close up view. Two businesspeople shake hands to seal a deal, laptop computer with rising stats on the desk. Human resources manager promoting successful employee. Seal a deal concept."},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/runding-manfaat-faedah-gaji-kerja#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Artikel Terkini","item":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/category\/artikel-terkini"},{"@type":"ListItem","position":3,"name":"Apa Yang Anda Boleh Runding Semasa Temuduga Kerja"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#website","url":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/","name":"iMoney Malaysia","description":"Everything you need to know about improving your personal finances.","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#\/schema\/person\/7800b21d80761570f406efa4b2360631","name":"Syazwan Zulkifli","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/62fe8724cf4edab0e731236af072da78b4eb4dcb47df2eac4efbbb37b73945ff?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/62fe8724cf4edab0e731236af072da78b4eb4dcb47df2eac4efbbb37b73945ff?s=96&d=mm&r=g","caption":"Syazwan Zulkifli"},"description":"Fluent in both Bahasa and English, Syazwan weaves the realms of copywriting and translation with precision without compromise.","url":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/author\/syazwan-zulkifli"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58167","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/users\/50"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=58167"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58167\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":58168,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58167\/revisions\/58168"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/media\/58163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=58167"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=58167"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=58167"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}