Pengenalan Kepada Kelas Aset dalam Pelaburan

Istilah “aset” boleh ditafsir dalam bermacam cara.

Pada umumnya aset ditakrif sebagai sesuatu yang bernilai kepada seseorang. Rumah boleh jadi aset juga. Sesuatu yang abstrak seperti “pengetahuan” boleh dikatakan aset (dalam hal ini, aset manusia). Betul manakala sebuah kereta boleh jadi aset kepada seseorang, ia juga boleh jadi satu liabiliti (tanggungan) kepada orang yang lain – ianya bergantung kepada sama ada pemilik mendapat nilai dari mempunyai kereta atau rumah tersebut.

Contohnya, jika anda mempunyai kereta yang selalu rosak, makan banyak duit untuk dijaga dan lebih memberi beban dari bahagia, anda boleh kata ia lebih merupakan liabiliti kepada anda dari aset.

Dalam dunia pelaburan, bermacam jenis aset wujud. Aset-aset ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan ciri-cirinya (contohnya pulangan aset dan profail risiko, jenis pendapatan yang dihasilkan, jumlah pelaburan awal, dll).

Sebagai seorang pelabur, anda perlu mempunyai kefahaman yang baik tentang pelbagai jenis kelas aset utama dan perbezaan di antara mereka. Mari kita lihat beberapa kategori aset di bawah:

Wang tunai

Seperti namanya, wang tunai adalah tunai iaitu wang kertas dalam dompet anda. Namun begitu, dalam dunia pelaburan, kelas aset tunai biasanya ditakrifkan sebagai pelaburan yang mudah ditukar kepada wang tunai dalam masa yang singkat (selalunya 12 bulan). Dalam takrifan yang lebih luas, wang tunai termasuklah duit dalam akaun simpanan, semasa atau simpanan tetap anda.

Pelaburan tunai selalunya memberi pelabur pulangan (keuntungan) yang sangat rendah – anda jarang rugi melabur dalam pelaburan tunai.

Bon

Bon sama dengan pinjaman. Sebagai pelabur bon, anda “meminjamkan” wang kepada pengeluar bon, yang selalunya kerajaan atau sebuah syarikat yang besar. Sebagai balasan meminjamkan wang, anda dijanjikan bayaran faedah sepanjang tempoh pinjaman.

Satu dari risiko utama kepada pelabur bon ialah “risiko pihak peminjam” – iaitu risiko bahawa peminjam gagal membayar wang yang anda pinjamkan. Oleh kerana sifat atau kedudukan peminjam (contohnya kerajaan atau syarikat besar), bon pada umumnya dianggap pelaburan berrisiko rendah. Bon juga selalunya memberikan kadar pulangan yang rendah walaupun ia lebih tinggi dari pulangan pelaburan tunai.

Hartanah

Ramai orang kenal dan biasa dengan pelaburan hartanah – ini merupakan aset fizikal bata dan mortar, selalunya dalam bentuk rumah atau apartmen, yang meningkat atau menurun nilainya dan memberi pendapatan regular yang dipanggil “sewa”.

Pelaburan hartanah termasuklah rumah kedai, cawangan runcit dan di peringkat yang lebih besar – pusat membeli-belah, hotel, bangunan pejabat dan kawasan industri.

Saham

Saham (atau sijil saham) ialah satu dokumen yang sah dari segi undang-undang yang menyatakan hak milik dalam sesebuah syarikat. Apabila anda mempunyai saham dalam sesebuah syarikat, anda dianggap sebagai di antara pemilik syarikat tersebut (iaitu “pemegang saham”). Sebagai pemilik atau pemegang saham, anda mendapat keuntungan dari pertumbuhan syarikat tersebut.

Pulangan dari pelaburan dalam saham datang dalam bentuk pendapatan (dividen) atau pertumbuhan modal (peningkatan dalam harga saham).

Pelaburan saham selalunya dikatakan mempunyai tahap risiko yang tinggi dan potensi pulangan yang tinggi juga dalam jangka masa panjang berbanding dengan pelaburan tunai, bon atau hartanah.

Perbezaan di antara kelas aset utama

Suka artikel ini? Anda juga akan suka artikel tentang personaliti pelabur ini.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.