Pembiayaan Sewa-Beli Di Malaysia

Apakah dia sewa-beli?

Anda telah menjumpai kereta yang berkenan di hati, namun harganya membuatkan anda patah balik. Biasanya dalam keadaan seperti ini, kemudahan pembiayaan sewa-beli yang anda cari. Ia membantu anda membiayaai pembelian kereta idaman secara ansuran bila anda tak dapat kemukakan setongkol jumlah pembelian penuh.

Pembiayaan sewa-beli biasanya dipanggil “pinjaman kereta”. Bila anda buat pembiayaan sewa-beli, anda adalah “penyewa”, and pihak yang memberi pinjaman (selalunya bank) adalah “pemilik”. Di Malaysia, urusan sewa-beli dikawal di bawah Akta Sewa-Beli 1967. Akta ini menggariskan hak dan tanggungjawab pemilik dan penyewa dari segi undang-undang.

Bagaimana sewa-beli berfungsi?

Setelah anda pilih kereta idaman, anda biasanya akan membayar wang pendahuluan minimum (contohnya 10% daripada nilai kereta) kepada penjual kereta. Bakinya (iaitu 90% lagi) akan dibayar oleh bank di bawah perjanjian sewa-beli anda dengannya.

Pada masa ini, bank “memilikki” kereta idaman anda tersebut. Anda memasuki perjanjian sewa-beli untuk menyewa kereta tersebut daripada bank selama tempoh yang ditentukan. Sebagai balasan, anda berjanji untuk buat pembayaran bulanan tertentu (termasuk faedah) kepada bank.

Setelah semua pembayaran habis dibuat, hak milik kereta tersebut akan dipindahkan kepada anda. Pada asasnya, dalam perjanjian sewa-beli, anda tak punyai hak milik ke atas kereta yang anda beli selagi semua bayaran seperti dalam perjanjian telah dibereskan. Anda boleh pohon pembiayaan sewa-beli dari bank atau dari penjual kereta. Carta ringkas di bawah menerangkan transaksi dalam pembiayaan sewa-beli yang melibatkan anda, penjual kereta dan pembiaya (bank).

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.