Dapatkan Pendapatan Tambahan Sebanyak RM3,000 Setiap Bulan Dengan Uber!

UBER

Dengan kos kehidupan yang kian meningkat dan kadar peningkatan pendapatan yang tidak selari, rakyat Malaysia terus berdepan dengan perjuangan kewangan. Untuk mengatasi peningkatan kos kehidupan, orang ramai mula berjimat dengan mengurangkan aktiviti seperti membeli-belah dan makan di luar.

Jalan penyelesaian yang paling tepat untuk mendapatkan pendapatan tambahan ialah dengan mempertimbangkan peluang memanfaatkan masa lapang yang ada. Kami ingin memaksimalkan kadar pendapatan anda sejam, walaupun selepas waktu perkerjaan!

Salah satu pilihan yang semakin popular adalah untuk menjadi rakan kongsi Uber, dan ianya bersesuaian dengan keperluan anda. Perkhidmatan paling asas Uber adalah Uber X, diikuti Uber XL dan Uber Black.

Persoalan yang paling penting disini adalah: berapakah pendapatan yang anda boleh perolehi dengan memandu pelanggan di sekitar bandar? Kami juga ingin mendapatkan jawapannya. Oleh sebab itu, kami telah membuat pengiraannya untuk manfaat orang ramai:

Berapakah pendapatan anda apabila anda menjadi seorang pemandu Uber X?

HariPengiraan Berdasarkan JamJumlah Pendapatan Harian
Isnin
Pagi: RM30 x 2 jam = RM60
Petang: RM22 x 2 jam = RM44
RM104
Selasa
Pagi: RM30 x 2 jam = RM60
Petang: RM22 x 2 jam = RM44
RM104
Rabu
Pagi: RM30 x 2 jam = RM60
Petang: RM22 x 2 jam = RM44
RM104
Khamis
Pagi: RM30 x 2 jam = RM60
Petang: RM22 x 2 jam = RM44
RM104
Jumaat
Pagi: RM30 x 2 jam = RM60
Petang: RM25 x 2 jam = RM50
RM16 x 1 jam = RM16
RM126
Sabtu
RM16 x 2 jam = RM32
RM22 x 4 jam = RM88
RM120
Ahad
RM16 x 6 jam = RM96
RM96
Jumlah Pendapatan
Mingguan
RM758/seminggu
Anggaran Pendapatan
Bulanan Dari Rujukan
Pemandu
RM200/sebulan
Jumlah Pendapatan
Bulanan
(RM758 x 4 minggu) + RM200
= RM3,232

Berdasarkan pengiraan di atas, kemungkinan besar pendapatan kasar pemandu Uber X separuh masa boleh mencecah RM3,032 sebulan sekiranya dia bekerja 4 jam setiap hari pada hari minggu (Isnin hingga Khamis), 5 jam pada hari Jumaat dan 6 jam pada hujung minggu. Ini tidak termasuk rujukan aktif daripada pelanggan Uber.

Namun, ini hanyalah pengiraan anggaran jika anda boleh memandu ketika waktu puncak yang ditetapkan (sila rujuk kepada struktur bertingkat di bawah yang berasaskan kadar sejam).

Sekiranya anda ingin menjadi pemandu Uber sepenuh masa, anda kemungkinan boleh memperolehi sebanyak ini sebulan (berdasarkan cara konservatif) – dengan memperolehi pendapatan sebanyak RM2,095 setiap minggu dalam konteks tambang kasar!

Maksimakan potensi pendapatan anda
20 jam x RM30 = RM600
7 jam x RM25 = RM175
20 jam x RM22 = RM440
42 jam x RM16 = RM672
6 jam x RM12 = RM72
Jumlah pendapatan mingguan = RM1,958/seminggu (95 jam)
Jumlah pendapatan bulanan = RM7,832/sebulan (380 jam)

Untuk mendapatkan gambaran menyeluruh yang lebih baik, berikut adalah struktur pembayaran terkini (Mei 2016) bagi pemandu Uber X.

Antara manfaat terbesar apabila anda menyertai Uber ialah anda menjadi majikan sendiri dan anda dapat mengawal sepenuhnya segala urus niaga anda. Namun demikian, anda harus aktif di talian untuk jangka masa yang agak panjang untuk mendapatkan potensi pendapatan yang ditetapkan.

Rakan kongsi pemandu Uber juga harus menyediakan kenderaan sendiri. Kenderaan tersebut haruslah keluaran tahun 2007 dan ke atas. Kenderaan yang melebihi lima tahun memerlukan pemeriksaan tambahan.

Anda juga perlu membiayai segala perbelanjaan ke atas kenderaan anda (termasuk peyelenggaraan, pinjaman bank dan insuran), walaupun Uber mempunyai program manfaat rakan kongsi untuk membantu anda.

Akhirnya, Uber akan mengenakan caj komisen sebanyak 25% untuk UberX, 25% caj komisen untuk Uber Black dan 28% caj komisen untuk Uber XL.

Walau bagaimanapun, Uber masih menyediakan perjanjian yang lumayan dari segi kewangan untuk mereka yang ingin mendapatkan pendapatan bulanan tambahan.

Cara fleksibel untuk memperolehi pendapatan sampingan

Kebanyakan orang berpendapat bahawa cara sampingan untuk memperolehi pendapatan tambahan adalah menarik dan semakin popular di kalangan orang ramai terutamanya untuk rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan kebebasan kewangan.

Salah satu tarikan Uber ialah ia seakan-akan satu kerja sambilan yang senang dimulakan dan diakhiri mengikut kehendak anda. Anda tidak terikat kepada apa jua pertalian atau perjanjian.

Selain itu, anda hanya perlu mempunyai kenderaan sendiri (kebanyakan daripada kita sudah pun memiliki kenderaan sendiri), lesen memandu yang sah dan waktu lapang di sebelah petang (ataupun pagi mengikut masa lapang anda) – dan anda sudah siap sedia.

Akhir sekali, pendapatan sampingan bukan sekadar memberikan anda kehidupan yang lebih mewah seperti menghirup kopi Starbucks atau bersantai di pantai. Beban anda akan menjadi lebih ringan apabila anda mempunyai pendapatan sampingan untuk membiayai komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahaan dan juga kos pendidikan anak-anak yang kian meningkat. Anda juga boleh menggunakan pendapatan sampingan ini untuk membuat pelaburan yang boleh menjana pendapatan tambahan.

Selain itu, pendapatan sampingan juga bermanfaat di peringkat berbeza kehidupan kita seperti menjemput kelahiran anak baru, simpanan untuk tempahan rumah baru ataupun untuk menukar kereta yang lebih besar bagi menampung keluarga anda yang membesar.

Yang paling penting, tiada masa yang lebih sesuai daripada ini untuk melindungi simpanan hari tua anda di samping mempunyai pendapatan tambahan yang dapat menambah wang persaraan anda. Selain itu, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, kita perlu mempunyai sokongan kewangan yang sepenuhnya.

Uber-banner02

Diterjemahkan oleh Wong Hua Ying.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.