Caj-Caj Kad Kredit – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Satu daripada pemacu utama kepesatan penggunaan kad kredit ialah kemudahan yang diberikan oleh kad kredit kepada kita. Daripada membawa dompet padat berisi wang, agak senang guna kad kredit untuk bayar pembelian pakaian yang indah dan bawa pasangan anda keluar makan malam istimewa. Manakala kad kredit memberikan kelebihan ini kepada kita, ia datang bersama-sama dengan kos yang dianggap lazim. Walaupun yuran yang dikenakan oleh pengeluar kad adalah boleh dikatakan “kecil”, namun bila caj-caj ini dihimpun, ia berupaya menjadi jumlah yang besar pada masa akan datang.

Menyedari akan caj-caj yang dikenakan sememangnya satu langkah utama dalam mengurus kewangan kita. Amatilah berbagai jenis yuran yang dikenakan dan jangan mudah terperangkap dengan tempoh tanpa faedah. Anda dinasihati bertanya panjang lebar tentang syarat dan terma yang dikenakan atas kad kredit untuk memastikan kita akhirnya tak membayar lebih dari yang dijangka. Berikut adalah senarai caj yang patut disedari oleh pengguna kad kredit:

Caj-caj kredit kad

Yuran Masuk: Ini adalah yuran yang dikenakan sekali sahaja sama seperti yuran pendaftaran. Caj dikenakan berbeza bergantung kepada bank yang anda pilih. Kadar biasa ialah di antara RM50 sehingga RM100.

Yuran Tahunan: Yuran tahunan adalah yuran yang bank kenakan setiap tahun. Ia berbeza bergantung kepada jenis kad yang anda pohon, sama ada klasik, emas, emas bisnis, platinum bisnis, platinum dan sebagainya. Sesetengah bank juga mungkin kenakan yuran tahunan untuk kad kredit tambahan.

Cukai Perkhidmatan Kerajaan: Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan sebanyak RM25 untuk kad kredit tambahan.

Caj Bayaran Lewat: Bagi pemegang kad kredit yang lewat dalam pembayaran mereka, sebahagian dari jumlah baki belum jelas, biasanya 1% atau jumlah minimum RM5 atau RM10 (yang mana lebih tinggi) akan dikenakan sebagai caj bayaran lewat. Bagaimanapun bergantung kepada bank, bayaran maksimum seseorang perlu bayar adalah dari RM50 ke RM100.

Yuran Pendahuluan Tunai: Kad kredit berfungsi sama seperti kad debit, iaitu anda boleh mengeluarkan wang dengannya. Namun, kadar faedah yang dikenakan boleh naik setinggi 3% hingga 5% atas jumlah yang dikeluarkan, atau di sesetengah bank RM 25 hingga RM50 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi).

Caj Pertukaran Wang Asing: Sebarang transaksi pembayaran kad kredit luar negeri akan dikenakan caj pertukaran wang asing, selalunya pada kadar 1%.

Lain-lain caj:

Yuran Pengeluaran Penyata: Sesetengah bank kenakan caj untuk penyata bercetak, dengan kadar bermula dari RM5 hingga RM20 setahun. Permohonan penyata tambahan akan dikenakan caj tambahan.

Yuran penggantian kad: Anda boleh dikenakan di antara RM25 hingga RM50 untuk kad yang diganti.

Masa Kelonggaran: Sesetengah bank memberi tempoh tanpa faedah atas pembelian yang dikenali sebagai tempoh kelonggaran, yang biasanya 20 hari dari tarikh penyata. Tempoh kelonggaran ini selalunya hanya dinikmati oleh pemegang kad yang telah membayar penuh baki kad kredit bulan sebelumnya.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.