4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

duit raya

Banyak duit raya yang anak-anak anda terima? Ha… jangan anda guna pula duit itu! Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama macam meminjam hutang, tahu?

Lebih baik anda simpan semua duit raya anak itu untuk keperluan akan datang. Betul tak? Nanti, bolehlah mereka menggunakan duit ini untuk sambung belajar ke, melangsungkan perkahwinan ke.

Tapi nak simpan di mana?

Jangan risau ibu bapa semua! Hari ini kami akan mengajar anda 4 cara bijak bagaimana anda boleh menguruskan duit raya anak-anak anda.

Lepas ini, tak payah serabut lagi!

4 Cara Bijak Menguruskan Duit Raya Anak

Pertama sekali – anda perlu…

1. Asingkan duit tersebut

Ha… pastikan anda telah asingkan setiap duit raya anak-anak anda siap-siap. Jangan tercampur pula! Biasanya, ibu bapa akan memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.

2. Simpan dalam bank/ tabung khas pelaburan

Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, okay.

Ada banyak tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk membuat penyimpanan. Antaranya adalah Tabung Haji. Tahun lepas, Tabung Haji telah mengagihkan dividen sebanyak 4.25%!

Untuk membuka akaun Tabung Haji, anda hanya memerlukan RM2 saja. Jom simpan duit raya anak dalam tabung khas ini.

Apa yang anda perlukan: Sijil lahir anak dan sijil nikah anda.

3. Akaun ASB Remaja

Siapa tak kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Semua orang tahu kebaikan tabung simpanan ini. Sekarang, dividen yang diagihkan adalah sebanyak 6.75% bersama bonus sebanyak 0.50%!

Tunggu apa lagi? Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru – iaitu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jadi, anda boleh senang-senang buka akaun ASB untuk anak anda dan simpan semua duit rayanya!

Apa yang anda perlukan: Borang pendaftaran unit Amanah, kad pengenalan/sijil lahir anak, dan kad pengenalan penjaga

4. Akaun SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.

Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.

Pendeposit SSPN-i akan menerima manfaat kesihatan dan pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM6,000 setahun! Jadi, apa tunggu lagi?

Haa… macam mana? Sekarang anda sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit raya anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.

Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?

Selamat mencuba semua ibu bapa!

Artikel ini diterbitkan untuk kali pertama di theAsianparent.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.