Soalan Lazim

- IMONEY -

header detail header detail

Tentang iMoney

  1. Siapakah itu iMoney?

    iMoney adalah di sini untuk menolong anda untuk membandingkan produk kewangan dan mendapat tawaran terbaik untuk keperluan spesifik anda. Kami menganalisis maklumat mengenai semua produk kewangan yang ada di pasaran Malaysia: kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kereta atau insurans, prosesnya dan mengemukakannya kepada anda dengan cara yang mudah difahami, dan membantu anda mengetahui syarat-syarat yang tersembunyi supaya anda boleh membuat pilihan yang baik.

  2. Apakah yang dilakukan oleh iMoney?

    Kami menawarkan perbandingan yang percuma, terbaru dan saksama untuk produk-produk kewangan termasuk pinjaman bank, kad kredit, akaun simpanan dan pelaburan. Selain itu, kami menterjemahkan perkataan-perkataan teknikal kewangan kepada perkataan yang senang dan mudah untuk difahami, supaya anda boleh melayari www.iMoney.my untuk membandingkan dan memohon produk kewangan dengan kekecohan dan kesusahan yang minimal.

  3. Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh iMoney kepada pelanggan?

    Pada masa ini, perkhidmatan kami boleh dikategorikan ke dalam kategori-kategori utama ini:

    Perkhidmatan Perbandingan:
    Produk dan perkhidmatan perbankan dan insurans akan dipaparkan pada www.iMoney.my dalam format jadual untuk memudahkan perbandingan. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan boleh didapatkan atas talian untuk 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

    Perkhidmatan Pertanyaan / Permohonan:
    Kebanyakan produk kewangan yang anda lihat pada www.iMoney.my boleh dimohon atau ditanyakan secara langsung melalui laman web kami, tanpa perlu menjejak kaki ke dalam bank. Semua pertanyaan dan permohonan anda diproses secara teliti oleh pasukan iMoney kami yang berdedikasi, yang akan menentukan produk yang paling sesuai dan meneruskan untuk membuat panggilan kepada anda. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan boleh didapati atas talian 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

    Kandungan Pendidikan:
    Pusat Komuniti atas talian kami mengandungi pelbagai sumber pendidikan yang boleh membantu menerangkan dan menghilangkan salah faham atas semua produk dan perkhidmatan perbankan di Malaysia. Dari gaya blog panduan dan artikel-artikel hinggalah ke maklumat grafik yang menyeluruh, anda boleh mengakses maklumat ini 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dari keselesaan rumah anda atau pejabat anda. Perkhidmatan ini juga percuma.

  4. Berapakah yang saya perlu bayar untuk menggunakan perkhidmatan iMoney?

    Semua perkhidmatan daripada iMoney adalah PERCUMA. Semestinya tiada sebarang yuran atau caj yang terlibat.

  5. Bagaimanakah iMoney mengekalkan bisnesnya?

    Kami mengekalkan operasi kami melalui pelbagai saluran, termasuk dana daripada entiti pelaburan, yuran rujukan daripada pihak bank dan hasil daripada pengiklan. Kami TIDAK mengenakan sebarang caj pada anda untuk menggunakan perkhidmatan kami.

  6. Adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen semasa menggunakan perkhidmatan iMoney?

    Tidak jika anda tidak mahu. Kami hanya memerlukan maklumat yang ringkas sahaja seperti nama, butiran perhubungan dan produk-produk kewangan daripada anda sekiranya anda membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kami.

  7. Bank-bank manakah yang berurusan dengan iMoney?

    Kami menggalakkan anda untuk membandingkan, membuat pertanyaan dan memohon untuk produk dan servis yang ditawarkan oleh hamper semua bank di Malaysia. Bank-bank ini termasuk:

    • Affin Bank
    • Alliance Bank
    • AmBank
    • Bank Islam
    • Bank Simpanan Nasional
    • CIMB Bank
    • Citibank
    • Hong Leong Bank
    • HSBC
    • Maybank
    • OCBC Bank
    • Public Bank
    • RHB
    • Standard Chartered Bank
    • UOB

    Dari semasa ke semasa, kami akan menambahkan lebih banyak bank ke dalam senarai ini, sebab objektif kami adalah untuk menjadi laman web perbandingan yang paling komprehensif dan dipercayai di Malaysia.

  8. Apakah hubungan iMoney dengan pihak bank?

    iMoney menghubungkan pengguna seperti anda dengan pihak bank. Apa yang dimaksudkan adalah kami memproses pertanyaan anda dan mengaturkan mereka dengan bank-bank yang menawarkan perkhidmatan yang paling sesuai. Kami BUKAN subsidiary atau syarikat bersekutu dengan mana-mana bank di Malaysia.

  9. Bagaimanakah iMoney mendapatkan maklumat peribadi saya?

    Satu-satunya cara di mana kita mendapatkan maklumat pelanggan adalah daripada pelanggan itu sendiri. Jika anda menerima panggilan daripada kami, anda mungkin telah membuat pertanyaan atau memohon untuk perkhidmatan kami di www.iMoney.my atau melalui salah satu daripada laman web sekutu kami. Kami tidak terlibat dalam pembelian atau penjualan data pelanggan kerana kami anggap ia adalah satu amalan perniagaan yang tidak beretika.

  10. Adakah iMoney sebuah organisasi bisnes yang sah?

    Ya, iMoney adalah syarikat dengan status MSC yang berdaftar sepenuhnya dan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dalam operasi perniagaan kami.

  11. Adakah ia selamat untuk memberikan maklumat saya kepada iMoney?

    Semua data yang diserahkan kepada iMoney akan diproses oleh pasukan dalaman kami dan dilihat hanya oleh bank-bank yang dipilih oleh anda. Kami menyokong Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), yang menetapkan bahawa kami menyimpan maklumat anda peribadi & sulit dan menghalang mereka daripada sebarang penyalahgunaan dalam apa jua cara sekalipun. Untuk melihat Polisi Privasi kami, sila klik di sini.

  12. Mengapakah ia penting untuk saya dihubungi melalui telefon apabila saya membuat pertanyaan atau mengemukakan permohonan melalui iMoney?

    Disebabkan kes-kes lazim penipuan dan lain-lain tingkah laku yang tidak beretika atas talian, ia adalah polisi kami untuk membuat hubungan awal dengan anda melalui telefon untuk menentukan kesahihan permintaan yang dibuat melalui www.iMoney.my. Selain itu, kami membuat demikian untuk mendapatkan maklumat asas daripada anda yang boleh membantu mempercepatkan proses siasatan / permohonan dengan bank-bank yang paling sesuai.

  13. Bilakah saya boleh mengharapkan iMoney untuk memanggil saya apabila saya membuat pertanyaan atau mengemukakan permohonan?

    Berdasarkan polisi amalan dalaman kami yang terbaik, anda boleh mengharapkan untuk menerima panggilan dalam tempoh 24 jam (iaitu hari bekerja sahaja) selepas penyerahan pertanyaan atau permohonan anda. Kini, pusat pangillan kami hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat (10am – 6pm).

Tentang Permohonan Pinjaman

  1. Apabila saya membuat permohonan pinjaman melalui iMoney, adakah saya perlu mengambil jumlah pinjaman yang lebih tinggi dan sebahagian pinjaman saya ditolak sebagai komisen kepada iMoney?

    Tidak, semua perkhidmatan di iMoney adalah PERCUMA kerana kami dibiayai sendiri melalui cara penjanaan pendapatan lain. Permohonan pinjaman anda melalui iMoney adalah sama dari semua aspek jika anda mengambil pinjaman daripada bank secara langsung.

  2. Bolehkah saya melanjutkan tempoh pinjaman peribadi kepada lebih daripada X bilangan tahun?

    Di Malaysia, tempoh pinjaman berbeza bergantung kepada faktor-faktor seperti kedudukan kewangan pemohon serta pilihan bank dan produk perbankan. Di iMoney, kami hanya beroperasi dalam polisi-polisi yang ditetapkan oleh bank, dan tidak dibenarkan untuk melanjutkan atau memendekkan tempoh pinjaman di luar terma yang ditetapkan.

  3. Adakah iMoney mempengaruhi kadar faedah pinjaman saya?

    Sama seperti tempoh pinjaman, kami beroperasi hanya dalam polisi-polisi yang ditetapkan oleh bank. Oleh sebab itu, semua kadar faedah yang dipaparkan pada www.iMoney.my hendaklah dianggap muktamad melainkan jika perjanjian yang berbeza dirunding dan disetujui antara anda dan bank pada tarikh terkemudian.

  4. Bagaimanakah jika saya sudah memohon pinjaman dan telah ditolak? Adakah permohonan saya akan diterima melalui iMoney?

    Di Malaysia, keupayaan anda untuk mendapatkan pinjaman ditentukan oleh penarafan kredit anda dengan bank serta keadaan kewangan anda seperti yang ditunjukkan dalam sistem data kewangan seperti CCRIS dan CTOS. Walaupun anda dialu-alukan untuk mengemukakan pertanyaan dan permohonan melalui iMoney pada bila-bila masa, ia adalah disyorkan bahawa anda meneruskan untuk menyemak penilaian anda dengan bank anda jika anda telah mengalami beberapa kes permohonan yang ditolak.

  5. Sekiranya permohonan ditolak, apakah tempoh yang disyorkan untuk menunggu sebelum saya memohon untuk pinjaman lagi?

    Secara umumnya, kami akan mengesyorkan tempoh menunggu tiga bulan sebelum anda cuba untuk memohon pinjaman dengan bank yang sama sekali lagi. Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk memohon pinjaman dengan bank lain dengan terma-terma yang sesuai dengan kedudukan kewangan anda. Sementara itu, kami juga ingin menasihatkan supaya anda jelas daripada mana-mana status kewangan cemerlang yang mungkin menghalang peluang anda mendapatkan pinjaman. Untuk maklumat lanjut, sila semak dengan bank anda.

  6. Apakah umur minimum untuk memohon pinjaman di Malaysia?

    Bank-bank berbeza mempunyai syarat-syarat berlainan tatapi secara umumnya, umur minimum untuk menjadi layak untuk pinjaman adalah 21 tahun di Malaysia. Untuk terma dan maklumat terkini, sila teruskan ke halaman Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Pinjaman Kereta kami.

  7. Bolehkah saya memohon untuk pinjaman jika saya baru sahaja mula bekerja selama sebulan?

    Untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan, anda dinasihatkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga slip gaji yang didokumenkan (iaitu tiga bulan dalam tenaga kerja) sebelum anda memohon untuk pinjaman.