Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan Anda di Malaysia

Dengan kadar faedah yang terendah dalam tempoh 10 tahun, ini mungkin masa terbaik untuk mempertimbangkan sama ada untuk membiayai semula pinjaman perumahan anda. Pembiayaan semula boleh membantu anda mengurangkan bayaran faedah bulanan,bahkan boleh memberi anda wang tunai tambahan. Gunakan kalkulator di bawah untuk mencari pilihan pembiayaan semula terbaik anda, dan klik "Pohon" apabila anda sudah bersedia.


Dikemaskini pada: 28 Januari 2014

Masukkan Keperluan Anda

« Back

Pembayaran Bulanan Semasa

RM

Baki Pinjaman

RM

Saya Hendak Membiayai Untuk

years

Tips Pembiayaan Semula:

  1. Gunakan kalkulator iMoney untuk mengira penjimatan anda dengan pembiayaan semula.
  2. Masukkan baki pinjaman dan tempoh atas pinjaman perumahan sedia ada anda.
  3. Masukkan pembayaran bulanan semasa anda atas pinjaman perumahan sedia ada anda untuk mengetahui jumlah yang anda dapat jimat!

Masukkan Keperluan Anda

« Back

Baki Pinjaman

RM

Estimated Current Value of Property

RM

How Much Extra Cash do You Want?

RM

New Loan Amount

RM230,000

Saya Hendak Membiayai Untuk

years
Kadar faedah (% setiap tahun) Bayaran Bulanan Jumlah Faedah Dalam Tempoh Pinjaman Penalti Penamatan Awal dan Tempoh Lock-In Pohon
4.15% RM RM 3 tahun Pohon
4.15% RM RM Tiada Pohon
4.15% RM RM Tiada Pohon
4.20% RM RM 3 tahun Pohon
4.20% RM RM 3 tahun Pohon
4.20% RM RM 5 tahun Pohon
4.20% RM RM 5 tahun Pohon
4.20% RM RM 3 tahun Pohon
4.20% RM RM 3 tahun Pohon
4.20% RM RM Tiada Pohon
4.20% RM RM Tiada Pohon
4.20% RM RM 3 tahun Pohon
4.20% RM RM 3 tahun Pohon
4.25% RM RM 6 tahun Pohon
4.30% RM RM 5 tahun Pohon
4.30% RM RM 3 tahun Pohon
4.30% RM RM Tiada Pohon
4.30% RM RM 3 years Pohon
4.30% RM RM 3 years Pohon
4.35% RM RM 5 tahun Pohon
4.40% RM RM 5 tahun Pohon
4.40% RM RM 3 tahun Pohon
4.40% RM RM 3 years Pohon
4.50% RM RM 3 tahun Pohon
4.55% RM RM Tiada Pohon
4.75% RM RM 5 tahun Pohon
5.30% RM RM 5 tahun Pohon
7.10% RM RM 5 tahun Pohon
Tentang Pembiayaan Semula Rumah
Tip Pinjaman Rumah

Sama ada anda ingin menikmati kadar faedah pinjaman yang rendah berbanding dengan pinjaman perumahan yang sedia ada atau hanya untuk memuaskan keperluan tunai jangka masa pendek anda, pembiayaan semula pinjaman perumahan anda mungkin menjadi jawapan yang sesuai. Walaupun pembiayaan semula gadai janji anda mempunyai banyak manfaat, anda tidak boleh mengabaikan bahawa terdapat risiko yang terlibat dengan pembiayaan semula yang mungkin memudaratkan anda lebih daripada membantu anda.

Oleh itu, kami telah menyediakan panduan ringkas untuk menjelaskan bagaimana pembiayaan semula pinjaman perumahan anda berfungsi dan apa yang anda perlu tahu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Apakah Pembiayaan Semula Gadai Janji?

Secara ringkasnya, pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah apabila anda mengambil pinjaman baru untuk menggantikan pinjaman anda yang sedia ada. Pembiayaan semula gadai janji membolehkan anda menikmati kadar faedah yang berbeza, berubah kepada bank lain dan juga termasuk pengambilan wang tunai untuk kegunaan peribadi.

Terdapat 3 jenis pembiayaan semula pinjaman perumahan:

  1. Pertukaran dari satu bank kepada bank yang lain
  2. Membuat pinjaman top up
  3. Pemindahan dari satu ahli keluarga kepada ahli keluarga yang lain

Fungsi Pembiayaan Semula Gadai Janji

Pembiayaan Semula Gadai Janji melibatkan proses permohonan semula pinjaman perumahan baru. Jumlah pinjaman baru ini bergantung kepada kelayakan anda (contohnya keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman, komitmen pinjaman lain anda yang sedia ada), serta syarat-syarat lain yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman.

Setelah permohonan pinjaman baru anda berjaya diluluskan dan diterima, kadar faedah pinjaman rumah anda akan diselaraskan berdasarkan kadar faedah yang terbaru. Tempoh lock-in anda juga akan dikira semula dan mengikut tempoh lock-in yang baru (jika ada). Jika anda bercadang untuk membiayai semula gadai janji anda, rumah anda akan perlu dinilai semula sekali lagi.

Setelah itu, anda akan menentukan margin pembiayaan semula yang anda ingin dapatkan, dan bank-bank pilihan anda akan memberi kelulusan mengikut jumlah yang mereka selesa.

Baki hutang pada jumlah asal perlu dibayar dahulu sebelum pemberian pinjaman untuk jumlah baki kepada pemilik dilakukan.

Pembiayaan Semula Untuk Mengurangkan Kadar Bayaran Bulanan

Oleh kerana Kadar Pinjaman Asas Malaysia (BLR) kini berada pada paras terendah dalam tempoh 10 tahun, ini adalah masa yang baik untuk mempertimbangkan pembiayaan semula. Pembiayaan semula rumah anda pada kadar faedah yang lebih rendah boleh membantu mengurangkan jumlah pembayaran balik bulanan anda. Hanya pastikan sama ada pinjaman perumahan anda adalah tertakluk kepada mana-mana tempoh ‘lock-in’ atau penalti penyelesaian awal. Pembiayaan semula juga akan melibatkan kos dan yuran perundangan yang lain.

Pembiayaan Semula Untuk Tunai Tambahan

Sekiranya nilai rumah anda telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ini mungkin adalah masa yang baik untuk memohon pembiayaan semula. Kenaikan harga rumah bermakna anda boleh menambah jumlah pinjaman anda dan mendapatkan wang tunai tambahan yang boleh anda gunakan untuk pelaburan, pengubahsuaian atau membayar hutang-hutang lain.

Apa Yang Harus Anda Tahu Sebelum Membiayai Semula Gadai Janji Anda

Kelebihan: Pembiayaan Semula gadai janji anda boleh membantu anda untuk mengurangkan faedah jika kadar faedah baru yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah daripada yang sedia ada. Dengan menggantikan pinjaman anda dengan pinjaman baru ini, ansuran bulanan anda boleh dikurangkan dan anda akan menikmati lebih banyak penjimatan.

Risiko: Jika anda memilih untuk membiayai semula pinjaman perumahan anda, anda mungkin akan menanggung denda daripada pinjaman yang sedia ada terutamanya jika anda masih dalam tempoh ‘lock-in’ pinjaman tersebut. Penalti yang dikenakan adalah biasanya sebanyak 2% - 3% daripada jumlah pinjaman anda. Selain itu, jika kadar faedah baru adalah lebih tinggi daripada kadar faedah lama, anda mungkin juga akan membayar lebih wang ansuran setiap bulan. Akhir sekali, pembiayaan semula pinjaman perumahan anda juga melibatkan yuran seperti duti setem, yuran guaman, yuran penilaian dan lain-lain.

Perhatian: Dalam usaha untuk menentukan sama ada anda perlu membiayai semula pinjaman anda, pastikan untuk memberi perhatian kepada kadar faedah dan tempoh ‘lock-in’ kedua-dua pinjaman sedia ada dan pinjaman baru anda.

Kadar, Yuran & Penalti

Penalti Penyelesaian Awal: Sesetengah pemberi pinjaman gadai janji boleh memohon penalti penyelesaian awal jika pinjaman itu dibayar sebahagian atau sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan, termasuk jika anda membiayai semula pinjaman dengan pemberi pinjaman yang lain. Tempoh masa yang dinyatakan di mana anda bertanggungjawab untuk membayar penalti penyelesaian awal dikenali sebagai "lock-in period". Bergantung kepada tempoh dan saiz pinjaman anda, bayaran ini boleh menjadi agak ketara.

Yuran & Caj Pinjaman Perumahan: Terdapat beberapa kos yang berkaitan (seperti yuran profesional dan caj kerajaan) yang perlu dibayar apabila anda memohon pinjaman perumahan. Beberapa yuran biasa dan caj yang ditanggung oleh anda termasuk:

Duti Setem: Perjanjian Jual Beli (0.5% hingga 1.0%), Perjanjian Pinjaman (0.5%) dan Pemindahan Pemilik (1.0% kepada 2.0%)

Yuran Pembayaran: Berbeza mengikut negeri, pejabat tanah dan jenis harta

Yuran Penilaian: Bergantung kepada nilai harta

Ada pertanyaan tentang pembiayaan semula pinjaman perumahan? Tanya dalam kotak komen di bawah.