Maybank Logo

Pinjaman Perumahan Maybank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPinjaman Perumahan Maybank?

  • Pakej Flexi

  • Pilihan Pembayaran Balik Fleksibel

  • Pengeluaran lebihan yang mudah

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90%
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Ulasan oleh iMoney

  • Maybank menawarkan pakej pinjaman perumahan yang fleksibel – MaxiHome – yang merupakan pinjaman perumahan semi-flexi dengan fasiliti pengeluaran semula. Juga terdapat skim pinjaman untuk hartanah di luar negara seperti di Melbourne dan London agar dapat menghapuskan impak perubahan mata wang ke atas ansuran gadai janji anda, selain dari pelbagai jenis pinjaman perumahan Islamik yang mematuhi Shariah. Pinjaman perumahan Maybank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dan boleh dikira sebagai tempoh kebiasaan apabila dibandingkan dengan produk dari bank lain. Jika anda mahu melakukan pembayaran penuh, anda perlu membayar penalti serendah 2% dari jumlah terkumpul pinjaman anda. Dengan pakej pinjaman perumahan Maybank, anda mendapat manfaat dari tempoh pinjaman yang lebih panjang sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun. Maybank juga boleh menawarkan margin pembiayaan sehingga 95% termasuk kos seperti Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA).

  • Maybank menawarkan dua pakej pinjaman perumahan yang kompetetif untuk memenuhi keperluan individu yang berbeza – MaxiHome dan Overseas Mortgage Loan Scheme. Ciri utama setiap pakej ini dirumuskan di bawah untuk perbandingan anda.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    MaxiHome
    • Penyemakan semula ansuran bulanan fleksibel yang memenuhi keperluan kewangan anda
    • Kelayakan pinjaman sehingga 40% dari nilai gaji
    • Margin pembiayaan sehingga 95%
    Ya, Semi-Flexi
    Maybank Overseas Mortgage Loan Scheme
    • Special Home Loan untuk pembelian hartanah di kawasan Melbourne Central Business District
    • Akaun pinjaman dikira dalam bentuk Ringgit untuk mengurangkan risiko pertukaran mata wang
    • Margin pembiayan sehingga 75%
    Ya, Semi-Flexi
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      MaxiHome Maybank Overseas Mortgage Loan Scheme
    Jenis Flexi Semi-Flexi Semi-Flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Tidak
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada Tiada
    Yuran Pengeluaran RM25 RM25
    Terma & Syarat Pengeluaran Jumlah harus mencecah nilai ribu. Tiada
  • Maybank menetapkan umur pemohon sekurang-kurangnya 25 tahun. Mereka juga membenarkan pembiayaan hartanah yang bernilai RM50,000 dan ke atas.

  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Maybank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Maybank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Maybank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Dengan rangkaian cawangan terbesar, adalah mudah untuk membayar pinjaman perumahan Maybank. Terdapat juga cara selain dari pergi ke cawangan Maybank yang anda boleh gunakan:

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Maybank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM Maybank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Maybank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Maybank.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Maybank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada Maybank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package