Kadar Faedah

4.39%

Bayaran Bulanan

RM1,250

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama
  • Kadar tetap pinjaman perumahan terbaik
  • Kadar faedah tidak dipengaruhi BLR
  • Tiada penalti penyelesaian awal untuk penjualan hartanah
  • Sesuai untuk penggabungan hutang
  • Pakej Zero Moving Cost disediakan
Terma & Syarat
  • Umur Minima: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90% termasuk pembiayaan MRTA
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan AIA Sesuai Untuk Saya?

AIA menawarkan tiga pakej pinjaman perumahan dengan kadar tetap yang bertujuan untuk melindungi anda dari kenaikan kadar faedah. Dengan menetapkan jumlah pembayaran balik, ini membolehkan perancangan kewangan yang efektif dan menghapuskan tekanan kewangan yang datang dengan fenomena turun naik kadar BLR.

Dengan Pakej Pertama Pinjaman Perumahan AIA, anda memperoleh kadar faedah tetap pada 4.99% setahun sepanjang tempoh pinjaman, manakala Pakej Kedua Pinjaman Perumahan menawarkan kadar faedah sebanyak 5.39% setahun tanpa kos pemindahan. Pakej Ketiga mengenakan kadar faedah sebanyak 4.39% setahun untuk dua tahun pertama dan 5.15% setahun untuk tahun seterusnya. Pakej Kos Pemindahdan Sifar AIA membiaya semua yuran perundangan dan insurans agar kos pendahuluan anda adalah lebih rendah. Walaubagaimanapun, pakej ini mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Jumlah minimum pinjaman dengan AIA ditetapkan pada RM100,000. Kesemua pakej pinjaman perumahan boleh dipohon untuk pembiayaan hartanah yang masih di dalam pembinaan, sub-jualan serta refinancing. AIA juga membenarkan pinjaman tambahan apabila anda melakukan refinancing untuk menyatukan beberapa hutang (termasuk pinjaman kereta dan hutang tidak bercagar).

Pinjaman perumahan AIA datang bersama tempoh lock-in selama 5 tahun dan penalti sehingga 3.5% dari jumlah terkumpul pinjaman sekiranya anda melakukan refinancing atau menyelesaikan pembayaran pinjaman di dalam tempoh ini. Namun, jika anda menjual hartanah anda dalam tempoh lock-in, penalti penyelesaian pembayaran awal tidak akan dikenakan. Ciri ini adalah unik di pasaran semasa dan menjadikan Pinjaman Perumahan AIA tarikan kepada pelabur hartanah.

Melalui Pinjaman Perumahan AIA, anda akan memperolehi margin pembiayaan sehingga 90% dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. AIA menawarkan MRTA, yang boleh dibiaya bersama pinjaman tetapi hanya terhad kepada margin pembiayaan sebanyak 90%. Ini membuatkannya berbeza dari bank-bank lain yang membenarkan had margin pembiayaan sebanyak 90%+5% apabila diambil bersama MRTA.

Pakej Pinjaman Perumahan AIA

AIA menawarkan pakej pinjaman perumahan asas tanpa perkhidmatan lebih dengan kadar faedah tetap yang berbeza agar bersesuaian dengan keperluan pembiayaan hartanah individu. Untuk mengetahui sama ada Pinjaman Perumahan AIA adalah sesuai untuk anda, kami telah menyenaraikan ciri-ciri ketiga-tiga produk seperti di bawah:

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Pakej Pertama Pinjaman Perumahan AIA
  • 4.99% setahun
  • Bukan Pakej Kos Pemindahan Sifar
Tidak
Pakej Kedua Pinjaman Perumahan AIA
  • 5.39% setahun
  • Pakej Kos Pemindahan Sifar
Tidak
Pakej Ketiga Pinjaman Perumahan AIA
  • 4.39% setahun (untuk dua tahun pertama)
  • 5.15% setahun (seterusnya)
  • Terma & Syarat Dikenakan
Tidak

Adakah Saya Layak Untuk Memohon Pinjaman Perumahan AIA?

Pinjaman perumahan AIA adalah terbuka untuk semua pemohon dan tidak mengira status kewarganegaraan dan harus berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Bagi pemohon yang berumur 23 tahun dan ke bawah, pemohon bersama dewasa diperlukan

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan AIA, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan AIA untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari AIA adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan AIA?

Tunai atau NETS
Anda boleh membayar secara tunai atau melalui NETS di Pusat Khidmat Pelanggan AIA.
Pemindahan Secara Online
Lakukan pembayaran melalui Perbankan Internet jika anda telah mendaftar untuk servis ini dengan mana-mana bank berikut: DBS, OCBC, UOB, Citibank, HSBC atau Standard Chartered.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Anda boleh mendaftar untuk membuat pembayaran automatik melalui akaun bank anda melalui GIRO. Ia adalah cara mudah untuk membayar semula pinjaman.
vPOST
Anda boleh mendaftar untuk pembayaran elektronik melalui www.vpost.com.sg. Pemotongan dari akaun bank anda akan dilakukan apabila vPost menerima arahan pembayaran dari anda.
Cek atau Draf Bank
Cek atau draf bak perlu dipalang dan ditujukan kepada AIA Malaysia Private Limited.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan AmBank
AmBank menawarkan pinjaman rumah bermula dari BLR-2.45%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 3 tahun.
Pinjaman Perumahan HSBC
Di HSBC, kadar gadai janji bermula dari BLR-2.45%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun untuk gadai janji ini.
Pinjaman Perumahan Standard Chartered
Kadar pinjaman perumahan daripada Standard Chartered bermula dari BLR-2.5%. Ia tidak mempunyai pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, tiada tempoh berkunci.
Pohon di sini
Sebagaimana Dipaparkan Di