Bandingkan Kadar-Kadar Faedah Pinjaman Kereta/Kenderaan

Di bawah adalah senarai pinjaman kereta yang disediakan oleh bank-bank yang berbeza di Malaysia. Setelah anda membuat pilihan, klik pada butang "Pohon" untuk memulakan proses permohonan.

Dikemas kini pada: 14 November 2013
Amaun Kadar Faedah Terendah (% setiap tahun) Tempoh Maksimum Pinjaman (tahun) Anggaran Bayaran Balik Bulanan Pohon
RM60,000 2.68% 9 RM690 Pohon
2.74% 9 RM693 Pohon
2.77% 9 RM694 Pohon
2.77% 9 RM694 Pohon
2.79% 9 RM695 Pohon
2.84% 9 RM698 Pohon
2.86% 9 RM699 Pohon
2.88% 9 RM700 Pohon
RM120,000 2.35% 9 RM1,346 Pohon
2.38% 9 RM1,349 Pohon
2.42% 9 RM1,353 Pohon
2.42% 9 RM1,353 Pohon
2.44% 9 RM1,355 Pohon
2.44% 9 RM1,355 Pohon
2.45% 9 RM1,356 Pohon
2.49% 9 RM1,360 Pohon
RM180,000 2.35% 9 RM2,019 Pohon
2.38% 9 RM2,024 Pohon
2.40% 9 RM2,027 Pohon
2.40% 9 RM2,027 Pohon
2.41% 9 RM2,028 Pohon
2.41% 9 RM2,028 Pohon
2.45% 9 RM2,034 Pohon
2.47% 9 RM2,037 Pohon
RM300,000 2.31% 9 RM3,355 Pohon
2.34% 9 RM3,363 Pohon
2.38% 9 RM3,373 Pohon
2.38% 9 RM3,373 Pohon
2.39% 9 RM3,375 Pohon
2.40% 9 RM3,378 Pohon
2.40% 9 RM3,378 Pohon
2.45% 9 RM3,390 Pohon

Andaian

  1. Dalam mengganggar kadar faedah, kami telah mengandaikan pinjaman 9 tahun dengan 90% margin.
  2. Model kereta yang berikut digunakan untuk andaian kadar faedah di atas : Proton Preve 1.6 MT Executive, Honda Civic 1.8S-L, Toyota Camry 2.5V, dan BMW 520d.
Tentang Pinjaman Kereta
Tip Pinjaman Kereta

Pinjaman Kereta – Pengenalan Asas

Bertepatan dengan namanya, pinjaman kereta adalah suatu kategori pinjaman yang biasanya dimohon oleh peminjam bagi tujuan pembelian kereta. Sekiranya mengambil pinjaman kereta, peminjam wajib membayar balik jumlah pinjaman bersama faedah kepada pemberi pinjaman (iaitu bank) secara ansuran dalam tempoh masa yang dipersetujui. Kegagalan untuk mematuhi syarat pembayaran boleh menyebabkan kereta peminjam ditarik balik oleh pemberi pinjaman.

Pinjaman Sewa Beli Berbanding Pinjaman Kereta

Pinjaman kereta juga dikenali sebagai pinjaman sewa beli. Istilah pinjaman sewa beli bermakna bahawa apabila anda mengambil pinjaman kereta, secara teknikalnya kereta tersebut adalah milik pemberi pinjaman anda (iaitu bank). Oleh itu, anda dianggap "menyewa" kereta itu dari pemberi pinjaman sehingga anda melengkapkan pembayaran balik pinjaman anda, di mana hak milik kereta itu akan dipindahkan kepada anda.

Pinjaman Kereta Di Malaysia

Di Malaysia, kebanyakkan pinjaman kereta mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%, oleh itu anda perlu membayar sekurang-kurangnya 10% bayaran pendahuluan kepada penjual kereta anda. Jika mampu, and boleh mempertimbangkan pembayaran pendahuluan berdasarkan peratusan yang lebih tinggi, ini akan mengurangkan jumlah pinjaman utama anda serta kadar faedahnya. Walau bagaimanapun, pinjaman kereta dengan margin pembiayaan 100% tetap wujud tetapi hanya ditawarkan oleh segelintir kecil pemberi pinjaman berdasarkan kepada demografi sasaran tertentu, seperti pembeli kereta kali pertama.

Tempoh pembayaran balik maksimum bagi pinjaman kereta Malaysia adalah sembilan (9) tahun. Semakin lama tempoh pembayaran balik anda, semakin kurang jumlah ansuran yang anda perlu bayar setiap bulan. Akan tetapi anda bakal menanggung faedah yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Kadar Tetap Berbanding Kadar Berubah

Terdapat dua jenis pinjaman kereta utama: pinjaman kadar tetap dan pinjaman kadar berubah. Kadar pinjaman kereta tetap tidak meningkat atau menurun dan mempunyai jumlah ansuran yang tidak berubah sepanjang tempoh pembayaran balik, manakala kadar pinjaman kereta berubah pula mempunyai kadar faedah dan jumlah ansuran yang turun dan naik mengikut Kadar Pinjaman Asas semasa (BLR). Di Malaysia, kebanyakkan pinjaman kereta termasuk dalam kategori pinjaman kadar tetap.

Pembeli kereta dengan pendapatan tambahan mungkin ingin mempertimbangkan pinjaman kadar berubah yang membolehkan mereka mengurangkan kadar faedah dengan mendepositkan wang tambahan ke dalam akaun pautan yang berkaitan, ini adalah sama seperti pinjaman perumahan fleksibel. Untuk mengakses pinjaman jenis ini, klik di sini.

Menggunakan kalkulator pinjaman untuk mencari pinjaman kereta yang terbaik

Di Malaysia, kadar faedah pinjaman kereta berbeza berdasarkan beberapa criteria seperti buatan dan model kereta, umur kereta (baru atau terpakai), kedudukan kewangan peminjam, jumlah pinjaman, tempoh pembayaran balik serta pihak yang menyediakan pinjaman. Secara amnya, langkah terbaik sebelum memohon sebarang pinjaman kereta adalah untuk membuat perbandingan antara beberapa pemberi pinjaman terlebih dahulu, dan cara yang paling mudah untuk berbuat demikian adalah dengan menggunakan kalkulator pinjaman atas talian iMoney.

Untuk menggunakan kalkulator kami, hanya pilih buatan dan model kereta anda kemudian gunakan skala yang disediakan atau masukkan jumlah pinjaman pilihan anda berserta tempoh pinjaman di bahagian atas halaman ini. Setelah siap, kalkulator atas talian iMoney akan menjana senarai pakej pinjaman kereta mengikut keperluan anda bermula dari kadar pinjaman yang terbaik. Klik butang "kadar tetap" atau "kadar berubah" di bawah kalkulator untuk menukar antara dua kategori utama pinjaman kereta yang tersedia. Masukkan butiran berlainan sehingga anda menemui pakej yang anda suka. Kemudian pilih pinjaman kereta terbaik untuk anda dan klik pada butang “Mohon Sekarang” untuk mendaftar. Perkhidmatan permohonan dalam talian kami adalah PERCUMA dan boleh digunakan oleh semua.

Istilah umum pinjaman kereta

Margin pembiayaan: Ini adalah jumlah pinjaman yang dinyatakan sebagai peratusan mengikut nilai kereta. Sebagai contoh: jika bank menawarkan margin pembiayaan sebanyak 90% untuk kereta bernilai RM100, 000, maka bank itu bersetuju untuk memberi pinjaman sebanyak 90% x RM100, 000 = RM90, 000 kepada peminjam.

Penjamin: Penjamin adalah individu yang bersetuju untuk membayar balik pinjaman bagi pihak peminjam sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjamannya. Di Malaysia, seorang penjamin adalah diwajibkan untuk pinjaman kereta terutamanya jika peminjam tidak mempunyai pendapatan yang stabil, atau telah memilih untuk meminjam dalam jumlah peratusan yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan berdasarkan pendapatan beliau.

Penarikan hak milik: Ini berlaku apabila pemberi pinjaman mengambil balik kereta yang dibeli dari peminjam apabila beliau gagal untuk membayar ansuran pinjaman kereta dalam tempoh dua bulan berturut-turut. Di Malaysia, kereta tidak boleh ditarik jika lebih daripada 75% daripada pinjaman kereta itu telah diselesaikan.

Produk-Produk Lain

iMoney Malaysia membandingkan pelbagai produk kewangan. Gunakan alat perbandingan kami seperti kalkulator pinjaman perumahan, jadual perbandingan pembiayaan semula pinjaman rumah, senarai kad kredit terbaik di Malaysia dan lain-lain.

Ada pertanyaan mengenai pinjaman keretat? Tanya dalam kotak komen di bawah.