Apakah Simpanan Tetap? Bagaimana Simpanan Tetap Berfungsi?

Simpanan tetap, atau lebih dikenali sebagai “FD” (untuk fixed deposit) di Malaysia, ialah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.

Dalam pelaburan simpanan tetap, faedah hanya akan dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Ini berlainan dengan akaun simpanan biasa di mana faedah dikira setiap hari dan selalunya dibayar di hujung setiap bulan. Oleh kerana tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, anda mudah mengira jumlah faedah yang bakal diperolehi pada hujung tempoh pelaburan simpanan tetap.

Bagaimana simpanan tetap berfungsi

Dengan simpanan tetap, satu dari ciri paling aneh ialah dana tak boleh dikeluarkan selama tempoh yang telah ditetapkan.

Tempoh simpanan tetap berbeza dari 1 bulan sehingga 5 tahun.

Apabila anda melabur dalam pelaburan simpanan tetap, anda selalunya dikemukakan dengan tempoh berbeza atau opsyen jangka masa berbeza seperti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan 1 tahun dsbnya.

Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza. Contohnya, bank biasanya menyatakan kadar faedah simpanan tetap mereka dalam jadual seperti yang berikut:

Ini bermakna jika anda pilih untuk melabur dalam simpanan tetap dengan tempoh 3 bulan, anda akan mendapat kadar faedah 3.05% setahun pada hujung tempoh 3 bulan tersebut.

Ingin mengetahui bank mana yang menawarkan kadar faedah simpanan tetap yang tertinggi? Lihatlah jadual perbandingan simpanan tetap kami di sini.